APRS di Kota Bharu


Hari Raya kelima bergerak dari Sungai Petani ke Kota Bharu. Dapat dilihat stesen yang aktif APRS disekitar Kota Bharu.

9W2DYA-10 diaktifkan sepanjang perjalanan.
Monitor di frekuensi 147.7625MHz dan 147.8625MHz.



Hari Raya ketiga portable di Sungai Petani

Pada Hari Raya ketiga semalam memandu jelopi dari Cheras ke Sungai Petani, Kedah. Mengikut lebuhraya Utara Selatan beberapa kali mengalami kesesakan trafik.

Namun pergerakan jelopi tetap lancar tanpa menghadapi sebarang kemalangan.

Eyeball V38 Putrajaya

Malam semalam berlangsungnya eyeball Komuniti Radio Amatur Putrajaya (P.A.R.C). PARC telah didaftarkan dengan no pendaftaran PPM-007-16-09032017.
Komuniti Radio Amatur Putrajaya atau dikenali sebagai Putrajaya Radio Amateur Community (P.A.R.C) merupakan satu komuniti di Putrajaya yang meminati bidang radio dua hala secara umum dan radio amatur secara khusus.

Untuk mengendalikan radio amatur, kita perlu menduduki peperiksaan bagi melayakkan kita mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
PARC menggalakkan penyertaan keahlian daripada orang ramai terutama mereka yang menetap dan bertugas di Putrajaya. PARC juga akan membimbing ahli-ahli yang tidak mempunyai lesen bagi mendapatkan lesen bagi mendapatkan lesen yang sah.

Matlamat PARC
1. Meningkatka pengetahuan dan amalan komunikasi radio dua hala bagi menggalakkan pertukaran maklumat di antara sesama ahli.
2. Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling amnya Putrajaya dalam kerja-kerja kemasyarakatan, kebajikan, aktiviti sosial, kecemasan dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam aktiviti radio dua hala.

Acara 2m net telah dijalankan pada jam10.30 malam dan berakhir jam 11:59 malam. 



Antara stesen yang berjaya check-in adalah
9W2AET, 9W2RFX, 9W2SVY, 9W2NVA, 9W2DKA, 9W2DFL, 9W2NDF, 9W2TDG, 9W2BXD, 9W2DYA, 9W2LIX, 9W2LQK, 9W2AXF, 9W2XIK, 9W2EVQ, 9W2ULH, 9W2BRO, 9W2PAZ, 9W2EUM, 9W2VDN, 9W2YOE, 9W2GPB, 9W2SMF dan 9W2BXI. 



2m Net V38

🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨

Assalamualaikum w.b.t

Putrajaya Amateur Radio Community (PARC) akan mengadakan acara 2m net di simplex V38 bersempena *Eyeball De'Ambang Syawal* pada :

Tarikh : 19/06/17 ( Isnin )
Masa. :. 2200hrs - 2359hrs

NCS : 9W2 YEX
Opr. : Yen
NCS Backup​: 9W2 FDK
Opr. : Fadzil
*Frequency : 145.475*

Qth Net : Restoran Nasi Ulam Eida P15 )Depan Public Bank P15)

Dijemput semua yg berkelapangan untuk menyertai untuk menyampaikan ucapan sempena Hari Raya yg bakal menjelang ..

Semoga dengan penyertaan rakan rakan dapat mengeratkan lagi silatulrahim ..

insyaAllah

Terima kasih
9W2PIO
Siaraya
*PARC*

Monitor V17

Selepas 2m Net Marts linking sempena Hari Bapa. Stesen 9W2ATX dan 9W2YIZ telah QSY ke V17.

Monitor dapat dicopy baik abg Aidel 9W2ATX di Sungai Besi readability 5/9 dan abg Azizul 9W2YIZ negatif copy. Lagi satu stesen abg Nasir 9W2VWT readability 5/9 dicopy rapi.

Selepas abg Pot QRT, kedengaran stesen  abg Anuar 9W2AXF  masuk bergabung malang tidak dapat dicopy dari Bukit Damansara.

Kemudian QRT, aku cuba contact abg Aidel 9W2ATX dan disahut beliau. Terima anda readabilty 5/9 beliau memancar 10 tingkat 14 di Sungai Besi.  Bertukar audio report dan keduanya baik sekali penerimaannya. Sempat juga bertukar nombor lands line dan bertanyakan tentang banjir di Hulu Langat kelmarin.

Selepas aku QRT, kedengaran abg Aidel menyahut stesen abg Zul 9W2DTZ di Selayang. Juga negative copy audio dari Selayang ke Batu 10 Cheras.

Semasa mereka QSO, stesen 9W2YIZ masuk bergabung dari Sungai Buloh semula.

Kemudian mereka QSY di V23 untuk menguji penerimaannya.
Audio abg Aidel di V23 sedikit menurun ke Readability 4/8.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA


2m Net Marts linking Hari Bapa

Malam ini diadakan 2m Net di Marts linking yang dikendalikan abg Nasir 9W2VWT.

Terima anda readability 5/9 menggunakan pengulang yang sam 9M4RLG Ulu Kali, Genting.

Net sempena Hari Bapa pada hari ini.

Sementara itu, aktiviti menembak burung besi malam terdapat beberapa stesen yang aktif untuk satelit lapan A2.

9V1SV
YD6CZD
YC9DCK
9W8VIN
9W6JRE
9W8VWW
9W2GLX
9W8DNX
9W2BXN

Semasa 2m Net juga, monitor di 147.300MHz. Beberapa stesen dapat dicopy audionya. Antara stesen tersebut adalah;
9W2VWT Readability 5/9
9W2WWG Readability 5/9 Gemas
9W2LQK Readabilty 5/9 Tmn Delima, Kajang
9W2GPB Readabilty 5/9 Segamat 5 watt


Monitor V38 Putrajaya

11:30 malam monitor V38 Putrajaya

9W2YOE negative copy kadang mendengar readability 4/8 kemudian hilang lagi

9W2PIO readabilty 4/8 di Presint 14

9W2ATX abg Aidel readability 5/9 di Sungai Besi

9W2VMJ abg Jefrizal readability 4/8 mobile di Ampang

9W2DKA abg Khairul Presint 17 negative copy

9W2DFL abg dobot negative copy

Manakala aktiviti komunikasi satelit IO-86 UTC ,14:28 yang dilaporkan oleh abg Dahlan 9W2BXN;

9W2AWA
9W2VMW
9W2LRN
YB3MBN
YD6CZD
YD0NQJ
YE1GD
YD2FTC
9M6BOB
9M2DA
9W8ZZK
9W8VIN
YB8XM
9W6JRE
YC8VRS
9W8VWW
9W2BXN

Check-in 2m Net Nesrac

Selasa 13 Jun 2017 telah diadakan acara 2m Net yang dikendalikan oleh Tn Hj Din Mega 9W2DGA di Mantin.

Sempatlah check-in stesen yang terakhir sekali sebanyak tujuh pusingan. Terima anda crystal clear readability 5/9 dari portable station Batu 10 Cheras.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA


Monitor V38 Putrajaya

Monitor 1:30 pagi ini rakan diV38 145.475MHz stesen terlibat 9W2PIO, 9W2OZU, 9W2YXM, 9W2YEX dan 9W2PJH

9W2PIO Readability 4/8 QTH Presint 14 kuasa 25w
9W2OZU Readability 3/8 QTH Bandar Baru Bangi kuasa 25w
9W2YXM Readability 5/9 QTH Beranang kuasa 5w
9W2YEX Readability 5/9 base
9W2PJH Negative Presint 11

Check-in 2m Net Marts linking

Malam ini diadakan 2m Net sempena Nuzul Quran di Marts linking. Pengawal rangkaiannya adalah abg Nasir 9W2VWT.

Terima anda readability 5/9 diportable stesenku Batu 10 Cheras.

Abg Nasir juga menyampaikan maklumat tentang Nuzul Quran. Antaranya info tentang Gua Hiraq

Semalam hari Ahad, juga diadakan 2m Net yang dikendalikan oleh abg Azizul 9W2YIZ. Terima anda readability 5/9 diportable stesenku Batu 10 Cheras.

Projek Amelia Earhart 2017

Flight Schedule : Date : Days : Airport ID
In flight to N'Djamena, Chad : 11-Jun : 1 : FTTJ
Khartoum, Sudan : 12-Jun : 1 : HSSS
Muscat, Oman : 13-Jun : 1 : OOMS
Karachi, Pakistan : 14-Jun : 2 : OPKC
Kolkata, India : 15-Jun : 1 : VECC
Chittagong, Bangladesh : 15-Jun : 0 : VGEG
Rangoon, Myanmar : 15-Jun : 1 : VYYY
Bangkok, Thailand : 16-Jun : 2 : VTBD
Singapore : 18-Jun : 2 : WSSL
Jakarta, Java, Indonesia : 20-Jun : 2 : WIHH
Bandung, Java, Indonesia : 22-Jun : 1 : WICC
Kupang, Timor, Indonesia : 23-Jun : 1 : WATT
Darwin, Australia : 24-Jun : 1 : YPDN
Alice Springs, Australia : 25-Jun : 2 : YBAS
Townsville, Australia : 27-Jun : 2 : YBTL
Brisbane, Australia : 29-Jun : 1 : YBBN
Sydney, Australia : 30-Jun : 4 : YSBK
Auckland, NZ : 4-Jul : 10 : NZAA
Suva, Fiji : 14-Jul : 2 : NFNA
Howland Island overflight : 16-Jul : 0
Kauai, HI, USA : 15-Jul : 2 : PHLI
Honolulu, HI, USA : 17-Jul : 0 : PHNL
Hilo, HI, USA : 17-Jul : 2 : PHTO
Oakland, CA, USA : 19-Jul : 3 : KOAK
Atichison, KS, USA : 22-Jul : 2 : KK59
Oshkosh, WI, USA : 24-Jul : 5 : KOSH
Kestrel Airpark, TX, USA : 29-Jul :  : 1T7
(Note: Locations/Dates of this schedule may change)
more info and tracking: http://projectameliaearhart.org/
Project Amelia Earhart - 80th Anniversary Flight









QSO di V38 Putrajaya

Jam 2:10 petang kedengaran abg Fadzil 9W2FDK cuba memanggil rakan yang beliau mendengar untuk memancar. Malangnya rakan itu tidak membalas apabila dipanggil.

Kemudian akupun masuk memanggil dan disahut beliau. Petang ini signal sangat baik penerimaannya. Terima readability 5/9 sepanjang QSO berlangsung. WX petang ini sangat panas namun audio yang diterima sangat baik.

Rancak berbual rupanya ada juga rakan yang minitor. Kemudian abg Shahrill 9W2LRN masuk bergabung yag monitor sejak awal lagi sambil membuat tugasan. Terima anda petang ini juga sangat baik readability 4/8. Menggunakan antena 15 kaki yang lain daripada kebiasaan namun dapat dicopy lebih baik juga.

Seterusnya abg Rahim 9W2YXM di Beranang menyusul. Terima beliau juga baik readability 4/8 di portable stesen Batu 10 Cheras. Ketiga-tiga stesen petang ini penerimaannya sangat berbanding petang sebelum ini.

Kemudian jam 2:40 petang akupun mohon mendarat untuk melakukan sedikit tugasan sambil radio tetap dinyalakan.

Jam 3 petang kedengaran stesen 9W2PLG di Bera disambut oleh abg Rahim 9W2YXM. Pak Lang Bera tidak dapat dicopy. Satu stesen yang sudah lama kedengaran callsign yang simplex sampai ke Lembah Klang.

Seterusnya jam 3.45 petang kedengaran Abg Zamri 9W2ZBV bermobile dari Kuala Lumpur hingga ke Sungai Besi dapat dicopy readability 4/8.

Manakala abg dobot 9W2DFL mobili ke Kenanga dan sampai ditempat dituju itu  terima readability 3/8. Beliau mengaktifkan 9W2DFL-9 dan 9W2DFL menggunakan APRSdroid.

Stesen terakhir kedengaran audionya readabilty 3/8 kadangkala hilang terus adalah abg Nas 9W2YOE.

Seterusnya abg Fadzil langsung QRT jam 4:12 petang

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

Monitor V38 9W2FDK QSO 9W2SNR

Lebih kurang 12:20 tengah malam kedengaran abg Fadzil 9W2FDK sedang QSO bersama abg Muzammil 9W2SNR di Seri Kembangan.

Hanya audio abg Fadzil 9W2FDK sahaja kedengaran dari Presint 14. Manakala, audio abg Muzammil 9W2SNR tidak kedengaran.

QSO bersama 9W2FKF di 9M4RLG

Kira-kira jam 3 petang kedengaran abg Kamarul 9W2FKF sedang bermobile di Bukit Beruntong memanggil-manggil di Marts linking. Aku yang ketika itu monitor cuba menjawab panggilannya namun tidak copy callsignku memandang sedang bermobile.

Kemudian selepas memberi mic padaku baru beliau dapat copy callsignku.

Percubaan kali pertama menggunakan pengulang portable di Batu 10 Cheras.

Terima kasih abg Kamarul 9W2FKF atas short contactnya. Salam contact kenal salam contact perdana. Menambah lagi rakan ham.
Jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9W2DYA

Sembang petang di V38

Lebih kurang 5.50 petang semalam kedengaran Fadzil 9W2FDK memanggil-manggil diV38. Namun tiada menjawab sahutannya. Selepas selesai tugasan aku cuba memanggil dan beliau masih monitor dijaluran lagi.

Apa lagi QSOpun bermula. Petang penerimaan signal berbeza dengan malam. Penerimaan agak kurang jelas readabilty 4/8. Propagasi kurang disebabkan gangguanyang banyak ketika siang hari ditambah dengan pelbagai aktiviti manusia dan WX.

Kemudian stesen 9W2LRN Shahrill di Kajang masuk bergabung. Pada mulanya sukar juga penerimaannya. Apabila QRO ke 7 watt dapat terima 4/8. Masih berbeza berbanding QSO waktu malam. Merujuk perbualan abg Shahrill sangat mahir tentang fungsi gelombang radio berfungsi.

Seterusnya, abg Rahim 9W2YXM di Beranang turut bergabung. Nampaknya semua stesen petang ini pernah QSO sebelum ini. Ternyata pada sebelah petang penerimaan isyarat sangat berbeza dengan waktu pagi ketika QSO sebelum ini. Terima anda 4/8 dapat dicopy dengan baik setiap patah kata.

Selepas dua pusingan aku mohon mendarat untuk melakukan tugasan petang menyiram pokok bunga. Mendengar last over dari ke semua stesen terdapat satu stesen mobile bergabung. Akupun terus QRT tinggalkan radio.

Pada awal pagi ini pula jam 1:30 pagi audio abg Suhaimi 9W2GPB dapat menerima audio rakan di Putrajaya diV38. Stesen yang dapat menerima audionya dari Segamat dan QSO adalah 9W2FDK, 9W2PIO dan 9W2PJH.

Namun, audio beliau tidak kedengaran di portable stationku Batu 10 Cheras. Ramai yang RX di Putrajaya abg Suhaimi 9W2GPB readabilty 3 lapor 9W2FDK. Audio abg Johan 9W2PJH tidak kedengaran dari Batu 10 Cheras. Seterusnya audio abg Pio 9W2PIO readability 4/8 tercopy rapi.

Beliau bekerja guna rig bantuan antena Diamond X300 ketinggian 30 kaki dari Segamat.

Jam 1:55 kedengaran satu stesen dari Shah Alam abg Bad 9W2BXD lapor abg Fadzil 9W2FDK. Audio dari Shah Alam tidak dapat dicopy.

Lagi satu stesen 9W2YOE kedengarannya 3/8.

QSO bersama 9W2FDK dan 9W2DKA di Putrajaya

Awal pagi ini, cuba memanggil di V38 145.475MHz. Akhirnya stesen 9W2FDK Mohd Fadzilah menyambut panggilanku kira-kira 12:35 tgh malam di Presint 14. Base beliau di tingkat 2 rumah pangsa mengadap Sungai Merab. Manakala base stesen 9W2PIO mennghadap ke Presint 15 menurut beliau.

Stesen 9W2FDK sejak semalam lagi aku monitornya. Tidak disangka pagi ini berjaya bekerja denngan beliau dengan baik sekali. Terima anda readabilty 4/8 dan kadangkala terputus tetapi masih dapat dicopy tutur kata dengan baik sekali.

Kemudian satu lagi stesen masuk bergabung sedang bermobile di Presint 9 iaitu 9W2DKA Khairul Afdzillah. Beliau dapat copy dengan baik walaupun busy mode audioku di Batu 10 Cheras. Malangnya secara keseluruhan QSO aku tidak dapat mendengar audio. Sekali- sekala sahaja audionya muncul dari handyku ini. Yang penting 9W2DKA mendengar apa yang aku sedang perkatakan.

Terima kasih kedua rakan dapat bergabung jua akhirnya. Sebelum ini, hanya dapat monitor sahaja dan antena dapat bekerja menghala ke Putrajaya pula.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

M0GAM berada di Admiral Marina & Leisure Club

Stesen M0GAM kelihatan di Admiral Marina Port Dickson. Motor sailed pass Malacca in Admiral Marina. Weather still good. Itulah komennya dalam station info.

Source callsign WINLINK ikon parking warna merah. Biasa pelayar-pelayar menggunakan WINLINK. Biasanya ikon P merah dapat dilihat di Marina kapal layar berlabuh.

Manakala, stesen DL2FX-5 telah lama aktif berada di Singapura. Menggunakan aplikasi aprstrack pada gajetnya. Klaus dari Germany mungkin ada tugasan di sana.

Manakala, rakan yang berjumpa semalam telahpun berada di Sungai Rengit, Pengerang. Stesen 9W2EDK-5 dan 9W2VIS-5 telah diaktifkan.

Lepas berbuka monitor diV38, kedengaran 9W2FDK QSO bersama 9W2PJH. Hanya audio 9W2FDK sahaja kedengaran 5/9 di Presint 14. Kemudian kedengaran 9W2TDG di Sungai Besi base tingkat 5 antena di tingkat 11. Terima anda 3/8 . Seterusnya 9W2AET sedang bermobile masuk bergabung.





QSO bersama 9W2YXM

Pada 9.20 pagi sempat QSO bersama abg Rahim 9W2YXM simplex V47. QSO dari base Taman Tasek Kesuma, Beranang ke portable stesenku di Batu 10, Cheras.

Kuasa pancaran 5 watt menggunakan rig berjaya menerjah audio ke Cheras. Terima anda readabilty 5 dan signal strength 9. Manakala beliau terima audioku 5/7 di Beranang.

Nampaknya signalku berjaya mencapai hingga ke Beranang. Kebiasaannya beliau di V66 Semenyih dan scan sangkut di V47 ketika aku memanggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan untuk bergabung.

Kemudian beliau bersiap untuk tugasan langsung QRT. Ada kelapangan dapatlah bertemu lagi diudara mahupun didaratan. Salam keluarga buat keluarga.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA


Kunjungan ke TYT Puchong Gateway

Tengahari ini sempat ke TYT Puchong Gateway untuk mendapatkan adapter charger handy yang asli. Tiba di sana kelihatan stesen 9W2SZR dan 9W2EDK bersembang di pintu masuk.

Bersalaman dan masuk ke kaunter untuk mendapatkan barang yang dihajati. Setelah berjaya mendapatkannya terus ke jelopi untuk uruskan beberapa perkara. Rupanya meletakkan jelopi bersebelahan dengan jelopi 9W2VIS.

Kemudian aku keluar untuk melihat aktiviti di sini. Pergi ke jelopi yang pernah dimiliki oleh SKMM. Kelihatan Eddie 9W2EDK dan Iskandar 9W2VIS sedang melakukan tugasan.
Mereka melakukan persiapan untuk ke Pengerang keesokkannya. Memasang repeater komersil tujuannya ke sana.

Akupun mengintai-intai apa yang terdapat dalam jelopi itu. Menggunakan kuasa daripada genset untuk mengaktifkan sumber tenaga ruang dibelakang jelopi itu. 

Sempat juga melihat mereka menyediakan pole untuk antena yang akan dipasang di Pengerang.

Tidak dilupa juga seekor burung kakaktua yang mencuit hati. Tinggal bersendirian dalam sangkarnya.


Terima kasih tak terhingga kepada 9W2SZR, 9W2EDK dan 9W2VIS atas layanannya. Dapat juga mempelajari cara penyambungan pole untuk antena.

Jumpa dan jumpa lagi, salam keluarga buat keluarga

73, Jojet de 9W2DYA



QSO bersama Shahrill 9W2LRN

Jam 12 tgh malam cuba memanggil diV47. Kedengaran audio menyahut bermobile dari arah Cheras melalui Lebuhraya Cheras Kajang. Stesen 9W2LRN Shahrill bermobile melalui portable stesenku di Batu 10 Cheras. Dari Plaza Tol Batu 9 hingga ke lampu isyarat Saujana Impian terima anda tiada masalah readabilty 5/9.

Beliau juga terima portable stesen Batu 10 baik 5/9. Tiba dibasenya di Sungai Kantan berjaya menguji pancar menggunakan rig dan handy dari 10watt hingga ke 0.5watt. Terima anda crystal clear 5/9 dari Sungai Kantan ke Batu 10 Cheras.

Seperti biasa aku menggunakan handy TYT- UVF8 kuasa pancaran 7 watt dengan bantuan antena quarterwave groundplane setinggi 7 meter. Antena menghala arah selatan ke kajang windownya.

Terima kasih Shahrill dapat juga bersalaman diudara. Menurut beliau rakan di Kajang-Cheras menggunakan V47. Sempat juga bertukar no telefon untuk info aktiviti rakan ham di Kajang.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

Stesen KE6CAC-8 berada di Kuala Lumpur

Stesen KE6CAC-8 dikesan berada di Kuala Lumpur. Menggunakan handy TH-D74 dan berjaya mendapat 2 packet daripada 9M4GCJ-1 dan 9W2SVT-1.

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...