QSO bersama 9W2FDK dan 9W2DKA di Putrajaya

Awal pagi ini, cuba memanggil di V38 145.475MHz. Akhirnya stesen 9W2FDK Mohd Fadzilah menyambut panggilanku kira-kira 12:35 tgh malam di Presint 14. Base beliau di tingkat 2 rumah pangsa mengadap Sungai Merab. Manakala base stesen 9W2PIO mennghadap ke Presint 15 menurut beliau.

Stesen 9W2FDK sejak semalam lagi aku monitornya. Tidak disangka pagi ini berjaya bekerja denngan beliau dengan baik sekali. Terima anda readabilty 4/8 dan kadangkala terputus tetapi masih dapat dicopy tutur kata dengan baik sekali.

Kemudian satu lagi stesen masuk bergabung sedang bermobile di Presint 9 iaitu 9W2DKA Khairul Afdzillah. Beliau dapat copy dengan baik walaupun busy mode audioku di Batu 10 Cheras. Malangnya secara keseluruhan QSO aku tidak dapat mendengar audio. Sekali- sekala sahaja audionya muncul dari handyku ini. Yang penting 9W2DKA mendengar apa yang aku sedang perkatakan.

Terima kasih kedua rakan dapat bergabung jua akhirnya. Sebelum ini, hanya dapat monitor sahaja dan antena dapat bekerja menghala ke Putrajaya pula.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...