Monitor V17

Selepas 2m Net Marts linking sempena Hari Bapa. Stesen 9W2ATX dan 9W2YIZ telah QSY ke V17.

Monitor dapat dicopy baik abg Aidel 9W2ATX di Sungai Besi readability 5/9 dan abg Azizul 9W2YIZ negatif copy. Lagi satu stesen abg Nasir 9W2VWT readability 5/9 dicopy rapi.

Selepas abg Pot QRT, kedengaran stesen  abg Anuar 9W2AXF  masuk bergabung malang tidak dapat dicopy dari Bukit Damansara.

Kemudian QRT, aku cuba contact abg Aidel 9W2ATX dan disahut beliau. Terima anda readabilty 5/9 beliau memancar 10 tingkat 14 di Sungai Besi.  Bertukar audio report dan keduanya baik sekali penerimaannya. Sempat juga bertukar nombor lands line dan bertanyakan tentang banjir di Hulu Langat kelmarin.

Selepas aku QRT, kedengaran abg Aidel menyahut stesen abg Zul 9W2DTZ di Selayang. Juga negative copy audio dari Selayang ke Batu 10 Cheras.

Semasa mereka QSO, stesen 9W2YIZ masuk bergabung dari Sungai Buloh semula.

Kemudian mereka QSY di V23 untuk menguji penerimaannya.
Audio abg Aidel di V23 sedikit menurun ke Readability 4/8.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...