Total Pageviews

Sunday, June 11, 2017

QSO di V38 Putrajaya

Jam 2:10 petang kedengaran abg Fadzil 9W2FDK cuba memanggil rakan yang beliau mendengar untuk memancar. Malangnya rakan itu tidak membalas apabila dipanggil.

Kemudian akupun masuk memanggil dan disahut beliau. Petang ini signal sangat baik penerimaannya. Terima readability 5/9 sepanjang QSO berlangsung. WX petang ini sangat panas namun audio yang diterima sangat baik.

Rancak berbual rupanya ada juga rakan yang minitor. Kemudian abg Shahrill 9W2LRN masuk bergabung yag monitor sejak awal lagi sambil membuat tugasan. Terima anda petang ini juga sangat baik readability 4/8. Menggunakan antena 15 kaki yang lain daripada kebiasaan namun dapat dicopy lebih baik juga.

Seterusnya abg Rahim 9W2YXM di Beranang menyusul. Terima beliau juga baik readability 4/8 di portable stesen Batu 10 Cheras. Ketiga-tiga stesen petang ini penerimaannya sangat berbanding petang sebelum ini.

Kemudian jam 2:40 petang akupun mohon mendarat untuk melakukan sedikit tugasan sambil radio tetap dinyalakan.

Jam 3 petang kedengaran stesen 9W2PLG di Bera disambut oleh abg Rahim 9W2YXM. Pak Lang Bera tidak dapat dicopy. Satu stesen yang sudah lama kedengaran callsign yang simplex sampai ke Lembah Klang.

Seterusnya jam 3.45 petang kedengaran Abg Zamri 9W2ZBV bermobile dari Kuala Lumpur hingga ke Sungai Besi dapat dicopy readability 4/8.

Manakala abg dobot 9W2DFL mobili ke Kenanga dan sampai ditempat dituju itu  terima readability 3/8. Beliau mengaktifkan 9W2DFL-9 dan 9W2DFL menggunakan APRSdroid.

Stesen terakhir kedengaran audionya readabilty 3/8 kadangkala hilang terus adalah abg Nas 9W2YOE.

Seterusnya abg Fadzil langsung QRT jam 4:12 petang

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment