Sembang petang di V38

Lebih kurang 5.50 petang semalam kedengaran Fadzil 9W2FDK memanggil-manggil diV38. Namun tiada menjawab sahutannya. Selepas selesai tugasan aku cuba memanggil dan beliau masih monitor dijaluran lagi.

Apa lagi QSOpun bermula. Petang penerimaan signal berbeza dengan malam. Penerimaan agak kurang jelas readabilty 4/8. Propagasi kurang disebabkan gangguanyang banyak ketika siang hari ditambah dengan pelbagai aktiviti manusia dan WX.

Kemudian stesen 9W2LRN Shahrill di Kajang masuk bergabung. Pada mulanya sukar juga penerimaannya. Apabila QRO ke 7 watt dapat terima 4/8. Masih berbeza berbanding QSO waktu malam. Merujuk perbualan abg Shahrill sangat mahir tentang fungsi gelombang radio berfungsi.

Seterusnya, abg Rahim 9W2YXM di Beranang turut bergabung. Nampaknya semua stesen petang ini pernah QSO sebelum ini. Ternyata pada sebelah petang penerimaan isyarat sangat berbeza dengan waktu pagi ketika QSO sebelum ini. Terima anda 4/8 dapat dicopy dengan baik setiap patah kata.

Selepas dua pusingan aku mohon mendarat untuk melakukan tugasan petang menyiram pokok bunga. Mendengar last over dari ke semua stesen terdapat satu stesen mobile bergabung. Akupun terus QRT tinggalkan radio.

Pada awal pagi ini pula jam 1:30 pagi audio abg Suhaimi 9W2GPB dapat menerima audio rakan di Putrajaya diV38. Stesen yang dapat menerima audionya dari Segamat dan QSO adalah 9W2FDK, 9W2PIO dan 9W2PJH.

Namun, audio beliau tidak kedengaran di portable stationku Batu 10 Cheras. Ramai yang RX di Putrajaya abg Suhaimi 9W2GPB readabilty 3 lapor 9W2FDK. Audio abg Johan 9W2PJH tidak kedengaran dari Batu 10 Cheras. Seterusnya audio abg Pio 9W2PIO readability 4/8 tercopy rapi.

Beliau bekerja guna rig bantuan antena Diamond X300 ketinggian 30 kaki dari Segamat.

Jam 1:55 kedengaran satu stesen dari Shah Alam abg Bad 9W2BXD lapor abg Fadzil 9W2FDK. Audio dari Shah Alam tidak dapat dicopy.

Lagi satu stesen 9W2YOE kedengarannya 3/8.

No comments:

Post a Comment

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...