QSO bersama Shahrill 9W2LRN

Jam 12 tgh malam cuba memanggil diV47. Kedengaran audio menyahut bermobile dari arah Cheras melalui Lebuhraya Cheras Kajang. Stesen 9W2LRN Shahrill bermobile melalui portable stesenku di Batu 10 Cheras. Dari Plaza Tol Batu 9 hingga ke lampu isyarat Saujana Impian terima anda tiada masalah readabilty 5/9.

Beliau juga terima portable stesen Batu 10 baik 5/9. Tiba dibasenya di Sungai Kantan berjaya menguji pancar menggunakan rig dan handy dari 10watt hingga ke 0.5watt. Terima anda crystal clear 5/9 dari Sungai Kantan ke Batu 10 Cheras.

Seperti biasa aku menggunakan handy TYT- UVF8 kuasa pancaran 7 watt dengan bantuan antena quarterwave groundplane setinggi 7 meter. Antena menghala arah selatan ke kajang windownya.

Terima kasih Shahrill dapat juga bersalaman diudara. Menurut beliau rakan di Kajang-Cheras menggunakan V47. Sempat juga bertukar no telefon untuk info aktiviti rakan ham di Kajang.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...