Stesen K4UAH-6 berada di Pulau Prince of Wales, Alaska


Pagi ini stesen K4UAH-6 telah memasuki Amerika Utara. Berada di ruang udara Pulau Prince of Wales, Alaska menuju Canada.

Waktu tempatan jam 15:43 bertarikh 13 Julai 2021. Jam 7:38 kelajuan 63 km/h dengan bearing 29 darjah. Altitud ketinggian 12960m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator CO36LA.


Jam 10:08 telah memasuki Canada dengan kelajuan 31 km/h dengan bearing 28 darjah. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar untuk jam terakhir ini adalah 3.70 volt. Locator CO47HF.

Jam 23:18 kelajuan 59 km/h dengan bearing  62 darjah. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.50 volt. Locator CP81IO. Ketika ini berada di Taman Negara Nahanni, Canada. Waktu tempatan adalah 9:18 pagi di Canada.

Jam 23:28 kelajuan menurun kepada 37 km/h dengan bearing 43 darjah. Altitud ketinggian kekal 12780m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar di pagi hari di sana adalah 3.60 volt semakin meningkat perlahan-lahan. Locator CP81JP.



 

No comments:

Post a Comment

Stesen 9W2UQU-7 dan 9W2UQU-9 terlibat Misi SAR Gunung Batu Putih

  Dua stesen telah dikesan berada di Banjaran Titiwangsa pada pagi ini. Stesen tersebut adalah 9W2UQU-7 dan 9W2UQU-9 terlibat dengan misi SA...