Stesen 9V1LH-5 makan angin di Pulau St John, Singapura


Petang ini kelihatan stesen 9V1LH-5 makan angin di Pulau St John, Lazarus dan Seringat. Jam 14:26 telah dilihat bergerak menaiki kenderaan laut bergerak keluar dari pulau.

Jikalau tidak ditunjukkan oleh stesen ini tentang kewujudan tempat menarik. Rata-rata kita di Malaysia pasti tidak sangka ada tempat tarikan pelancong seperti ini.

Penulis suka melihat aktiviti pergerakan seberapa banyak stesen. Ia dapat menambah pengetahuan dan pengalaman tentang sesuatu tempat yang kita tidak tahu.

Jam 14:37 stesen 9V1LH-5 melengkapkan satu pusingan dan kembali ke jeti. Jam 14:43 telah bergerak mengelilingi pulau. Bergerak 15km/h hingga 17km/h.

Jam 14:52 melengkap pusingan Pulau St John menghala ke Pulau Kusu.

Jam 15:21 sudah tiba di Pulau Kusu dan memulakan meronda di sekitar pulau. Ada santuari penyu di pulau ini. Jam 15:33 masih berjalan mengelilingi pulau.

Jam 18:00 stesen 9V1LH-5 telah berjaya pulang ke Marina Bay menaiki kenderaan air dari Pulau Kasu.


Kedudukan Pulau St John  selatan Pulau Sentosa di Selat Singapura.

 

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...