Stesen K4UAH-6 menghampiri Near Islands, Amerika


 Setelah beberapa hari berpusing di Rusia, pagi ini stesen K4UAH-6 kembali semula ke Amerika melepasi garis tarikh antarabangsa. Menghampiri Near Islands bermaksud pulang kembali ke kampung semakin dihampiri.

Jam 8:38 kelajuan 33 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator RO51MX.

Jam 8:48 kelajuan meningkat kepada 69 km/h dengan bearing kekal ke timur. Altitud ketinggian kekal 13000m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar meningkat kepada 4.50 volt. Locator RO51OX.

Pulau Near merupakan jajaran pulau yang paling hujung di barat Alaska bersempadan dengan pulau di Rusia. Terdiri Pulau Attu, Pulau Aggattu dan Shemya. Pulau Attu terdapat Attu station dan Navy town. Panjangnya 56.3km dan lebar 32.2km serta titik tertinggi adalah Gunung Attu.

Pada Perang Dunia kedua, Jepun pernah berperang dengan Amerika di pulau ini. Masih terdapat kesan peninggalan PD ke-2 di pulau ini seperti kereta kebal dan kesan dan bekas peluru dan bermacam lagi.


Jam 10:18 kelajuan 48 km/h dengan bearing 96 darjah. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator RO61CW.

Jam 10:58 menghampiri Pulau Agattu dengan kelajuan 59 km/h bearing 83 darjah. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator RO61JX.



No comments:

Post a Comment

Belon Radiosonde D20050785 jatuh di Pulau Carey

  Belon radiosonde D20050785 telah jatuh di Pulau Carey pada malam ini jam 21:56. Altitud ketinggian terakhir adalah 469m. Bearing 95 darjah...