Stesen K4UAH-6 menghala ke Pulau Yuzhny, Rusia


 Pada malam ini, sekali lagi penulis menjejak stesen K4UAH-6 sedang melakukan penerbangan ke Pulau Yuzhny, Rusia. Bentuknya seperti tulang belakang manusia sekali imbas.

Pada 12 Jun 2021 yang lalu, stesen ini pernah menghala ke pulau ini juga. Kali kedua jejak ke pulau ini dari arah negara Skandinavia.

Jam 22:38 kelajuan 15 km/h dengan bearing 30 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 3.40 volt. Locator LQ22AX.


Pulau Yuzhny terletak dalam kepulauan Novoya Zemlya. Ia juga merupakan pulau terbesar  benua Eropah di lautan Artik. Menjadi tapak ujian tenaga nuklear di kepulauan ini.


Keindahan taman negara di kepulauan ini yang tiada tolok banding.

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...