Stesen K4UAH-6 menghala ke negara Skandinavia.


 Pada malam ini, stesen K4UAH-6 berada laut Norway menghala ke negara Skandinavia. Seperti dijangka pada hari semalam, stesen ini tidak menghala ke Pulau Svalbard. Sebaliknya terus ke arah selatan ke negara Skandinavia.

Jam 22:38 kelajuan 43 km/h dengan bearing 129 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator JQ52VB.

Pada 11 Jun 2021, penulis telah melaporkan stesen K4UAH-6 telah berada di Sweden. Ketika itu penerbangan dari Pulau Faroe di eropah.

Kali ini, penerbangan dari Greenland menghala ke negara Skandinavia. Laluan yang berbeza telah dipantau oleh penulis dalam blog ini.


No comments:

Post a Comment

Uji pancar Yaesu FT-818 @ Putrajaya

  Pagi tadi telah dipukat oleh Ayub 9W2VDN semasa memandu pulang di Putrajaya. Baru selasai memasukkan duit atas bayaran Igate 9W2DYA-2 di B...