Mark Jessop VK5QI telah menerima radiosonde WxR-301D

credit 9M2ZAK

 Kiriman peranti radiosonde WxR-301D dari Malaysia telah selamat ke VK-Land. Kiriman peranti ini amat penting bagi membolehkan Mark Jessop VK5QI menyelesaikan masalah agar auto-rx dapat berfungsi secara langsung dalam talian. Ketika ini, auto-rx dapat berfungsi dengan baik secara luar talian sahaja. Setelah mendapat peranti sebenar, pasti Mark Jessop VK5QI akan memecah kebuntuan agar model ini dapat dilihat secara langsung di laman sesawang SondeHub. Sebelum ini team Malaysia hanya mengirim fail audio sahaja bagi membolehkan perisian auto-rx dapat bekerja dengan baik bagi model ini.

credit 9M2CEI

Perkongsian Mark Jessop VK5QI setelah menerima model WxR-301D. Kelihatan pelbagai model radiosonde menjadi koleksi beliau bagi memastikan setiap model dapat bekerja dengan baik menggunakan perisian radiosonde_auto_rx.

credit 9M2ZAK

Paparan menunjukkan stesen radiosonde VK5QI telah menggunakan perisian radiosonde_auto_rx 1.6.3-beta4. Beliau menggunakan antena 1/4 wave monopole.

credit 9M2ZAK

Paparan peta Adelaide bersama belon model RS41 telah aktif ketika waktu tersebut. Namun, stesen radiosonde milik beliau tidak mengaktifkan frekuensi RS41 tersebut telah dipercayai sibuk menggodek model oppa. Harapan besar agar model oppa akan terpampang di laman sesawang Sodehub nanti. Bulatan merah yang ditandakan oleh Zak 9M2ZAK merupakan base station Mark Jessop VK5QI.
credit 9M2ZAK


Tiada stesen beliau tersenarai dalam pemburun RS41-SG tersebut. Ternyata beliau sedang sibuk membuat uji kaji dan bedah siasat untuk memecah kod agar perisian tersebut boleh digunakan secara dalam talian. Beberapa stesen persekitaran beliau memburu model RS41-SG. Ini menunjukkan rakan ham di sana sangat aktif untuk memburu belon kaji cuaca.

Besarlah harapan team Malaysia agar perisian auto-rx ini dapat berfungsi secara dalam talian seperti model DFM-17. Usaha bersepadu setiap ahli telah berjaya membawa proses hingga peringkat terkini. Hanya satu langkah sahaja lagi untuk berjaya mencapai matlamat. Tahniah kepada semua ahli pemburu belon team Malaysia atas usaha yang dilakukan hingga tercapai hasrat ingin terus ke hadapan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...