credit 9M2ZAK |
Pada hari Khamis 14 Sepetember 2023, belon Kuantan telah jatuh berhampiran Jalan nombor 62 Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka. Radiosond 2302103050 telah jatuh jam 9:33 pagi di koordinat 3.66323 darjah Utara dan 102.62092 darjah Timur. Altitud ketinggiann terakhir 238m dan ketinggian maksimum 29,898m. Frekuensi belon Kuantan yang dicerap 401.4970 MHz.
credit 9W2FVC |
credit 9W2FVC |
Pak Yus Bera 9M2EVR berjaya menemui belon dan peranti bersama Fitri 9W2FVC. Untungnya belon pagi itu, jatuh berhampiran jalan utama. Pasti rugi yang amat jika tidak datang mengutipnya. Jadi Pak Yus datang dari Bera sanggup untuk turun mencari peranti radiosond oppa yang pertamanya.
credit 9W2FVC |
Peranti radiosond WxR-301D bersama telefon pintar menunjukkan jarum kompas digital berwarna hijau 17.5m bagi altitud 238m. GPS waypoint finder sangat membantu bagi mengesan sesuatu kedudukan dengan tepat. Tahniah! akhirnya Pak Yus Bera 9M2EVR berjaya mendapatkan lesen oppa dengan kerjasama Fitri 9W2FVC.
credit 9W2PRX |
Semalam juga, belon Kuantan telah jatuh ke darat bagi tiga hari berturut. Sememang monsun barat daya membawa tuah kepada pemburu belon Kuantan kerana ia sering ke darat. Radiosond 2302105373 jatuh di koordinat 3.6392 darjah Utara dan 102.6937 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 424m dan ketinggian maksimum 27,988m.
credit 9W2FVC |
credit 9W2FVC |
Fitri 9W2FVC pemegang rekod terbanyak telah berjaya menjumpai radiosonde oppa setakat ini. Tahniah kepada beliau serta Swl Nor berjaya menemui di Kuala Sentul dekat Jengka 5.
Selamat memburu oppa!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment