Misi Mencari Stesen Tanda Aras ke Kuala Lipis

Pada 25 Mei 2024 yang misi mencari stesen tanda aras hingga ke Kuala Lipis. Misi ini adalah sempena perjalanan ke pantai timur dari base stesen Bangi. Hari pertama hanya berjaya menemui dua stesen tanda aras sahaja.

Perjalanan ke pantai timur lebih menggemari melalui jalan belakang. Bermula dari Bangi menghala ke Lenggeng melalui Eco Hill. Kemudian terus ke Kuala Klawang. BM#178 nombor stesen N 5291 berada di hadapan sekolah. SMK Dato' Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang.

Pada bulan Februari yang lalu hanya perasan batu tanda aras ini ketika hendak pulang ke Bangi. Pada kali ini, sudah pastilah menjadi sasaran pula. Koordinat 2.948200  darjah Utara dan 102.085613 darjah Timur. Perjalanan kemudian diteruskan ke Karak melalui N23 Jalan Kerangai - Air Baning. Seterusnya ke sempadan Pahang, Simpang Pelangai.


Penulis lebih menggemari laluan jalan lama berbanding lebuhraya. Selekoh yang tajam dan jalan bengkang-bengkok lebih memberi kepuasan pemanduan berbanding laluan lurus mudah mengantuk. Melepasi Karak melalui Mempaga menghala ke Raub. Laluan FT08 tetap menjadi pilihan. Kemudian berhenti rehat minum petang di hentian rehat Benta.


Usai menyegarkan badan dan mengisi perut terus keluar melalui jalan belakang. Terlihat di tepi jalan tersebut satu lagi stesen tanda aras. Meletak kereta di tempat yang selamat. Kemudian berjalan kaki ke arah batu. BM#179 nombor stesen C 2116 menjadi jumlah dua stesen yang berjaya ditemui pada hari pertama.


Koordinat 4.021405 darjah Utara dan101.975486 darjah Timur. Terus ke Kuala Lipis mencari tempat penginapan yang sama seperti bulan Februari yang lalu. Star-Well Hotel menjadi pilihan kerana selesa dan mudah parkir kereta. Kawasan hotel yang luas tanpa berkongsi dengan bangunan lain menjadi kriteria utama.

Rakaman video dari tingkap penulis menginap. Ada sebuah takungan air yang menjadi unggas mencari air dan makan. Hotel ini turut menyediakan sarapan. Sudah pasti tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari sarapan pada keesokan pagi.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Misi Bench Mark (BM) Sendayan ke Sepang

  Oleh kerana belon KLIA pagi ini agak sukar untuk mencarinya. Misi mencari Batu Aras (BM) diteruskan pula. Semalam semasa hala ke Sepang te...