Terjumpa CP 6


 Hari ketiga 27 Mei 2024 kembara ke pantai timur bermula dengan sarapan di hadapan Hotel Ridel. Bermula dari jendela tingkap bilik di tingkat 5. Melihat orang makan pada pinggannya penuh. Tidak pasti makanan apakah yang dinikmati?. Selepas check-out dan menyimpan beg ke dalam kereta terus bergerak gerai hadapan itu. Oh! rupanya roti Tsunami.


Patutlah penuh sepinggan macam pizza melihat dari jauh. Roti canai yang dipenuhi kuah kari ayam berserta dua biji telur separuh masak. Roti canai banjir sebegini semamangnya menyelerakan. Sambil menikmati pemandangan Sungai Kelantan dihadapan. Kemudian bergerak ke sekolah harmonic. Pagi yang sangat mendebarkan kerana keputusan SPM keluar pada pagi itu.


Alhamdulillah harmonic mendapat keputusan SPM cemerlang! Usai urusan terlihat di hadapan Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'ishah Puri CP 6. Semalam di Pintu Gerbang dekat Kota Bharu telah jumpa CP 7. Penemuan ini telah berjaya menjumpai dua CP iaitu CP 6 dan CP 7. Mungkin ada CP 1 hingga CP 5 di kawasan persekitaran lagi. Mana-mana pembaca yang mengetahui CP yang lain boleh tulis pada ruang komen di bawah entri ini. Ada kesempatan lain bolehlah Penulis menambah koleksi lagi.


Bendera belang hitam putih agak luntur. Pasir menutup permukaan. Warna turut semakin pudar dan hilang. Kawasan hadapan sekolah yang sibuk pastilah sentiasa dipijak dan dilanggar. 


Gambaran sebenar CP 6 yang terjumpa semasa pergi ke sekolah harmonic. Inilah rezeki berganda pada pagi itu. Maksudnya ada kemungkinan terdapat beberapa CP lagi di sekitar Kota Bharu ini.


Permukaan CP 6 berpasir dan warna cat semakin hilang. Jikalau memandu pasti kita tidak akan perasan. Sebab itu, berjalan kaki adalah cara terbaik untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Paku tertera Jupem T10/2022 VCP seperti CP 7 juga.


Seterusnya bergerak ke Terengganu. Singgah makan tengah hari di Pasir Puteh terlebih dahulu. Usai makan perjalanan masuk ke Terengganu melalui Jerteh. Kemudian jumpa satu stesen tanda aras berhampiran kawasan dalam pembaikan jalan. Kawasan berdebu hingga menutup plat. Ternyatalah musim panas dan kering di sebelah pantai timur ini.


Melatakkan kereta di bahu jalan yang agak selamat. Berpatah balik ke batu dengan persekitaran agak berdebu yang teruk. Terpaksa membersihkan plat bagi melihat nombor siri.


Stesen pertama BM#203 nombor stesen T 5054. Koordinat 5.652571 darjah Utara dan 102.631058 darjah Timur. Batu tanda aras berdekatan dengan papan tanda Yus Tomyam Thai.


Cuaca panas dan kering ketika dokumentasi dibuat. Boleh dilihat kawasan persekitaran batu tanda aras diselaputi debu pembinaan jalan.


Stesen kedua BM#204 nombor stesen T 5088. Koordinat 5.473259 darjah Utara dan 102.798130 darjah Timur. Berdekatan dengan papan tanda FT 003/601/90. Kereta diletakkan di bahu jalan hadapan stesen ini. Terpaksalah berpatah balik ke arah batu.


Stesen T 5088 ini ditemui melepasi Permaisuri. Terlepas untuk mencari 0 km Permaisuri. Ada kesempatan lain boleh mencari dengan betul lagi.


Stesen ketiga dan terakhir BM#205 nombor stesen T 5093. Koordinat 5.427306 darjah Utara dan 102.846236 darjah Timur. Stesen ini berada bersebelahan Klinik Kesihatan Sungai Lerek, Setiu.


Ada sedikit semburan cat merah pada plat. Jika dibuat penelitian terdapat dua nombor siri pada plat ini telah dipadamkan. Salah satu bermula dengan abjad D.


Seterusnya, pemanduan diteruskan ke Kuala Terengganu. Cuaca petang itu amat baik sekali. Singgah sebentar untuk solat di Masjid Tengku Tengah Zaharah. Masjid yang dibina atas lagun sebelah Sungai Ibai.


Masjid berwarna putih menyerlah keindahan antara biru tasik dengan riak air bersama biru langit petang. Sungguh indah kebesaran Allah swt. 


Puas melihat ikan berenang-renang dalam lagun ini bergerak menghala ke Dungun. Anak-anak boleh memberi ikan makan kerana ada jualan makanan ikan sebungkus RM1 sahaja. Seterusnya singgah di Marang untuk makan malam terlebih dahulu.


Rakaman video suasana pantai yang berangin kuat berdekatan kedai makan di Marang. Ombak membelah pantai dengan deruan angin yang kuat memecah kesunyian. Pengunjung bermain di gigi air sahaja. Pantai ini sangat bahaya untuk tujuan bermandi-manda.

Usai makan terus memandu ke arah Dungun. Tiba di Dungun mencari tempat penginapan. Sayangnya semua sudah Full House. Maka terpaksalah mencari di tempat lain pula. Pemanduan diteruskan hingga ke Paka. Alhamdulillah masih terdapat bilik kosong di Paka ini. Hotel Casaria tempat dituju. Pada mulanya bertanya di kaunter ada bilik kosong. Kemudian bilik itu sudah ditempah orang sebenarnya. Nasib baik bilik di homestay masih ada kosong lagi.

Rumah yang mempunyai beberapa bilik. Setiap bilik mempunyai tandas serta berhawa dingin pastilah selesa. Sekadar bermalam untuk melepaskan lelah berjalan jauh sahaja tidak menjadi masalah. Hargapun RM90 semalam amat berbaloi.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Misi Bench Mark (BM) Sendayan ke Sepang

  Oleh kerana belon KLIA pagi ini agak sukar untuk mencarinya. Misi mencari Batu Aras (BM) diteruskan pula. Semalam semasa hala ke Sepang te...