Radisonde D22027258 jatuh di Xiamen University Malaysia
Pada 14 Februari 2023 telah berjaya mendapat belon KLIA radiosonde D22027258 di Xiamen University Malaysia. Jatuh tepi tasik di kampus itu. Nasib baik peranti tersangkut pada pokok tepi tasik tersebut.
Berjaya recover tiga radiosonde daripada enam misi
Hari ini berjaya recover tiga unit radiosonde daripada enam misi yang dilancarkan. Agak lewat bergerak ke Banting pada hari ini. Cuaca sebelah pagi tadi hujan. Selepas zohor dan makan tengah hari barulah meneruskan pemanduan ke arah Banting melalui Dengkil.
Kemudian terus memandu ke Prosper Resort di Morib melalui jalan Tali Air. Belon malam tadi telah jatuh diatas resort ini. Terus masuk ke padang seperti tangkap layar di atas. Jangkaanku pasti pekerja telah mengutip lalu membuangnya. Mencari-cari kawasan sekitar resort, namun tidak dapat melihat sebarang tanda.
Belon Ozon radiosonde D22003082 jatuh di Selat Melaka
Buat julung kalinya belon ozon berjaya dijejaki oleh semua stesen radiosonde. Semua stesen berjaya mendekodkan peranti ini setelah software auto-rx berjaya dikemaskinikan.
Belon KLIA telah mula jatuh di Pulau Carey
Bermula minggu lepas belon KLIA telah dilihat mendarat di Pulau Carey. Angin telah mengarah ke Pulau Carey seperti tahun lepas setiap awal tahun. Namun musim tengkujuh belum berakhir, turut membawa jatuh ke Banting juga.
Awal minggu lepas ia jatuh di sebelah Kampung Ulu Chuchoh kawasan ladang kelapa sawit. Radiosonde D22028563 jatuh jam 9:22 pagi bertarikh 29 Januari 2022. Koordinat 2.6877 darjah Utara dan 101.70997 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir sangat tinggi iaitu 457m dan ketinggian maksimum mencapai 30,337m. Jalan masuk boleh ikut jalan ladang berdekatan jalan masuk bertar Kg Ulu Chuchoh dari KLIA.
Pada sebelah malamnya pula, radiosonde D22028666 telah jatuh berhampiran hujung jalan Kg Kachong Tengah dan Kg Batu Untung. Koordinat 2.73428 darjah Utara dan 101.53311 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 125m dan ketinggian maksimum adalah 20,083m. Kawasan persekitaran ladang kelapa sawit ini kebiasaannya sangat semak. Ia dimiliki oleh tanah persendirian. Namun, radiosonde ini jatuh berhampiran dengan jalan besar memudahkan pencarian.
Hari Selasa 31 Januari 2023 radiosonde D22028956 telah jatuh di Pulau Carey. Koordinat 2.84441 darjah Utara dan 101.38657 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 75m sangat rendah. Pasti ia ditemui dengan lebih mudah ditambah pula berhampiran jalan besar. Altitud ketinggian maksimum adalah 26,638m.
Keesokannya hari selasa, belon KLIA jatuh di Jalan Tongkah dekat Morib. Bertarih 1 Februari 2023 jam 9:43 pagi. Jatuh di kawasan kampung yang masih dikelilingi kebun sawit. Koordinat 2.76305 darjah Utara dan 101.44 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 292m. Jangkaan dengan ketinggian itu, belon akan terus jatuh lebih kehadapan lagi dalam kebun kelapa sawit mendarat. Altitiud ketinggian maksimum adalah 29,312m. Belon ini jatuh di tepi jalan besar pasti mudah diakses.
Manakala, hari khamis 2 Februari 2023 belon KLIA radiosonde D22028940 sekali lagi jatuh di Pulau Carey. Jatuh jam 9:35 padi berhampiran Amverton Resort. Koordinat 2.85945 darjah Utara dan 101.39772 darjah Timur. Titik akhir di simpang jalan tanah merah akan terlajak sedikit ke dalam sawit. Jikalau atas laluan jatuhnya, pastilah pekerja akan mengalih atau membuangnya ke timbunan pelepah kering. Altitud ketinggian terakhir 279m dan ketinggian maksimum 29,422m.
Pada hari jumaat 3 Februari 2023 belon KLIA radiosonde D220285-5 jatuh di Pulau Carey lagi. Koordinat 2.84828 darjah Utara dan 101.37015 darjah Timur. Kali ini titik akhir di simpang empat. Jangkaan titik mendarat belon membuat pusingan U. Pasti mencabar bagi bagi belon ini untuk ditemui. Altitud ketinggian terakhir 384m dan ketinggian maksimum adalah 29,140m.
Sebelah malamnya pula belon KLIA radiosonde D22028748 jatuh di Kolej Matrikulasi Selangor. Jatuh jam 21:26 di kawasan lapang bersebalahan Balai Pengawal. Boleh tanya pengawal yang bertugas jikalau mereka telah menjumpai peranti dan belon. Altitud ketinggian sangat rendah bermakna kedudukannnya sangat tepat iaitu 69m. Altitud ketinggian maksimum adalah 28,537m.
Pada hari sabtu bertarikh 4 Februari belon KLIA radiosonde D22028720 jatuh di Pulau Carey. Jatuh di ladang kelapa sawit. Boleh cuba laluan masuk dari Kampung Melayu. Koordinat 2.8169 darjah Utara dan 101.3915 darjah Timur. Belon jatuh mengarah ke barat laut dari arah tenggara. Boleh jumpa berhampiran jalan tanah merah kerana altitud ketinggian terakhir agak rendah iaitu 114m sahaja. Altitud ketinggian maksimum pula adalah 26,140m.
Sebelah malamnya pula belon KLIA radiosonde D22028698 telah jatuh di Dusun Durian milik Sime Darby. Koordinat 2.79548 darjah Utara dan 101.46637 darh Timur. Altitud ketinggian 154m dan ketinggian maksimum 27,40m. Minta bantuan kepada Pegawai yang bertugas di Bilik Pengawal dengan melaporkan nama dan alamat. Kemudian ikut sahaja laluan utama itu sebelum belok ke kanan setelah menghampiri titik akhir. Syarikat perladangan yang besar menjaga kawasan ladang dengan baik sekali. tidaklah terlalu semak berbanding pemilik persendirian.
Seterusnya pada hari ahad 5 Februari 2023 buat kali keduannya belon KLIA mendarat di Kolej Matrikulasi Selangor. Seminggu dua kali berjaya mendarat di Kolej ini. Kali ini mendarat menghampiri bangunan. Atitud ketinggan 306m membolehkan ia bergerak ke hadapan lagi. Harap ia tidak jatuh di atas atap. Pasti sukar untuk dikesan kecuali ada juntaian benang berhampiran. Altitud ketinggian maksimum adalah 27,770m.
Pada sebelah malamnya pula, ia jatuh di bahagian utara Pulau Carey. Koordinat 2.88739 darjah Utara dan 101.3173 darjah Timur. Terpaksa hati-hati melalui jalan tanah merah memandang hujan yang turun menyebabkan laluan lecah. Altitud ketinggian terakhir 278m dan ketinggian maksimum adalah 20,393m.
Gunakan koordinat pada tangkap layar di atas untuk mencari belon. Gunakan sahaja google map dengan memasukkan koordinat mengikut kaedah seperti ini. Contohnya koordinat yang harus dimasukkan 2.88739N selang 101.3173E dan tekan butang search. Kemudian ia akan menunjukkan arah dari tempat kita berada.
Jika berjaya jumpa, sila laporkan di laman sesawang Sondehub.org
Sangat penting laporkan setiap penemuan. Ini kerana pemburu belon yang lain tidak mencarinya lagi.
73, Jojet de 9w2dya
Menara Kuala Lumpur BASE Jump 2023
Meriahnya AIS malam ini
Malam ini aktiviti AIS di Pelabuhan Klang sangat meriah. Stesen AIS di Langsa, Sumatera YB6DE-AIS berjaya hingga ke Klang. Ingatkan ada stesen AIS di Klang. Rupanya satu-satu stesen AIS di Selat Melaka telah bekerja dengan baik dari Langsa hingga ke Selat Melaka perairan Selangor.
Vesel beratur di Selat Melaka perairan Selangor boleh dilihat. Pulau Pinang tiada pula aktiviti AIS. Rasanya ia lebih dekat berbanding dengan Pelabuhan Klang. Masa awal-awal penglibatan dengan aprs. Selain Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Singapura turut aktif dengan aktiviti AIS.
Kapal paling hujung sekali adalah BSG Bonaire berhampiran Tanjung Tuan. Turut aktif stesen AIS di Genting Highland iaitu 005330045 MY. Tidak lupa juga stesen AIS di Gunung Brinchang, Cameron Highland 005330704 MY.
Pixel Park
Pixel Park terletak di Setia Alam Sari.Taman ini berdekatan jalan lama laluan 31. Pihak pemaju telah membina jalan empat lorong. Hanya dua...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada malam semalam berjaya mengesan 20 aircraft melalui airband frekuensi 135.250MHZ. Jalur ini merupakan kapal terbang berlepas di KLIA. ...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...









.jpg)
















.jpg)























