Imej SSTV April 2018

Lintasan ISS jam 1:42 pagi telah memancar imej SSTV.
Dua imej berjaya didecodekan melalui apps Robot36.
RS0ISS memancar menggunakan mode PD120.


Imej 4/12 diatas adalah penuh, manakala imej 5/12 separuh sahaja dapat diterima. Ini kerana imej kedua dipancar hampir dengan LOS atau kata mudahnya penghujung lintasan. Jadi pancaran tidak dapat diterima dan dan semakin hilang dan terus terputus.


ISS akan memancar secara berterusan diselang beberapa saat setiap imej. Malam ini lintasan agak cantik membolehkan hampir 2 imej dapat diterima. 

Ada satu lagi lintasan pada awal pagi ini  jam 3:18. Siapa tidak mengantuk boleh tunggu bersama bulan purnama pagi ini.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...