K6MRC-1 berlepas dari Sri Lanka

Pagi ini stesen K6MRC-1 kapal hospital telahpun berlayar meninggalkan Sri Lanka. Jangkaan berpatah semula ke Selat Melaka destinasi seterusnya ke Vietnam.


Jam 12:15 tengahari menghala ke tenggara bergerak 24km/h.


Hari Kedua 11 Mei 2018

Semakin menghala ke Indira point.



Jam 2:30 petang semakin menghampiri Indira point.


Jam 7:15 malam semakin kelihatan Indira point. Seterusnya melalui Banda Acheh sebelum memasuki Selat Melaka. Selepas masuk sahaja ke Selat Melaka pasti packet pertama akan muncul terutamanya digipeater Gunung Jerai. 9M4RJR-3


Jam 11:30 malam telahpun berada di selatan Indira Point menuju ke timur bearing 88 darjah. Bergerak 22km/h dengan altitud 23m.

Hari Ketiga 12 Mei 2018

Telah menghampiri Banda Acheh.



4:50 petang telah melepasi Banda Acheh dan berada di utara Sumatera.



Jam 11 malam K6MRC-1 telah memasuki Selat Melaka.
Menanti kemunculan packet pertama stesen ini. Bergerak 24km/h dengan bearing 110 darjah dan altitud 28m.



Hari Keempat 13 Mei 2018


K6MRC-1 telah berada berhampiran perairan Pulau Pangkor jam 8:30 pagi.

Pada jam 9:55 pagi berada di perairan Bagan Datoh. Pada jam 9:45 pagi berjaya mendapat packet pertama dari 9M4RKV-3 Bukit Kledang sejauh 142.9km. Position packets sent to APRS-IS sebanyak 28.



Jam 2:30 petang telah berada diperairan Selangor. Stesen ini juga mendapat packet dari 9M2RKK-3 Bukit Lanjan sebanyak 7 packet dengan jarak 142.3km



Jam 6:25 petang K6MRC-1 telah berada diperairan Pulau Carey. Kedudukan 40.4km dari Banting.



Jam 7:45 malam berada di Tanjung Sepat.



Jam 9:30 malam menghala ke Tanjung Tuan. Melepasi Lembah Klang tidak menerima sebarang packet lagi. Menunggu packet di negeri Melaka pula.



Hari Kelima 14 Mei 2018

Jam 12:40 tengah malam K6MRC-1 telah berada di perairan Pulau Besar, Melaka.



Jam 8:00 pagi telah berada di Kukup. Jam 9:00 berjaya mendapat beacon dari Gunung Pulai 9M4RGP-3



Jam 10:15 pagi telah berjaya memasuki Selat Singapura.



Jam 2:30 petang melepasi Selat Singapura memasuki laut China Selatan.

Jam 7:30 malam berada berhampiran kepulauKe Mersing.

Jam 11:00 malam meninggalkan Kepulauan Mersing berhampiran Pulau Tioman.



Hari Keenam 15 Mei 2018

Kapal hospital K6MRC-1 meneruskan pelayaran menuju ke Vietnam. Jam 12:20 tengah malam meninggalkan perairan Pulau Tioman.



Jam 8:45 pagi berada di utara Pulau Jemaja, Pulau Telaga, Pulau Siantan, Pulau Bajau, Palau Matak dan Pulau Airabu di Kepulauan Riau.

Pergerakannya semakin perlahan iaitu bergerak 4km/h mungkin berehat seketika setelah belayar dari Sri Lanka tanpa berhenti dari 24km/h hingga 20km/h. Kedudukan terkini berda di Barat Laut Pulau Natuna dan timur Kerteh di Laut China Selatan.

Jam 11:00 malam sudah jauh meninggalkan Pulau Natuna. Bergerak 24km/h dengan bearing 17 darjah.



Hari ketujuh 16 Mei 2018

Pada jam 4:50 petang K6MRC-1 telah berada perairan Vietnam.

Jam 10:20 malam K6MRC-1 masih berada di laut timur menuju destinasi.



Hari Kelapan 17 Mei 2018

Jam 8:00 K6MRC-1 menghampiri Nha Trang. Destinasi yang dituju telah tiba selam hampir seminggu lebih berlayar dari Sri Lanka.



Jam 11:15 kapal Hospital K6MRC-1 telahpun berlabuh di Nha Trang bay.


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...