Wirata LT-Q1A FM/MW/SW1-2 4 Band Receiver

Satu lagi radio untuk aktiviti Shortwave listening atau SWLing. Kabel untuk power juga disediakan tanpa mengharapkan dua biji bateri D sahaja.

Harganya RM48.45 sahaja beli di Tesco Bandar Puteri Bangi. Boleh untuk belajar-belajar aktiviti swling. Harga mampu milik ini boleh menggalakan orang ramai untuk mendengar pelbagai stesen penyiaran seluruh dunia.

Walaupun pelbagai media  dan teknologi canggih mengambil tempat. Penggunaan radio bagi mendapatkan maklumat masih lagi relevan. Banyak badan penyiaran dunia menggunakan medium ini bagi menyampaikan maklumat ke seluruh dunia melalui gelombang pendek. Malahan rancangan juga mengikut pelbagai bahasa bagi menarik pendengar seluruh dunia.




Ia juga satu alternatif komunikasi, apabila talian internet dan elektrik tidak dapat berfungsi dengan baik. Radio portable seperti ini, masih mampu berfungsi dengan penggunaan bateri sahaja. 


Seperti dalam filem Sarjan Hassan, sesiapa yang didapati menggunakan radio pasti ditangkap oleh tentera Jepun. Ini kerana penerimaannya sangat meluas menjangkau ke seberang laut. Ia alat penyampaian berita yang sangat diperlukan terutamanya di kawasan pedalaman.

Tidak hairanlah kuasa besar dunia melalui badan penyiaran mereka, masih menggunakan radio gelombang pendek bagi menyampaikan maklumat ke seluruh dunia.

Berbalik kepada radio ini terdapat 4 band:
FM 88 - 108MHz
MW 530 - 1600 KHz
SW1 3 - 13MHz
SW2 13 - 23MHz

Antena teleskopik untuk penerimaan yang lebih baik bagi Frequency Modulation FM. Manakala built-in ferrite antena untuk Medium wave MW dan Short wave SW.

Comments

Popular posts from this blog

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Bercuti di Pulau Pangkor

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne