Wirata LT-608B World Receiver

Wirata LT-608B world receiver merupakan high sensitivity radio. Boleh menerima siaran dari seluruh dunia. Short-wave listener atau SWL boleh dilakukan dengan radio yang compact ini. 

Kuasa bateri 1.5 volt sebanyak dua biji untuk memberi tenaga atau DC power 3V boleh disambung ke plug. Terdapat empat band disedikan iaitu FM, MW, SW1 dan SW2 sesuai untuk penerimaan dari stesen penyiaran seluruh dunia.



Antena teleskopik bagi menerimaan isyarat yang lebih jelas. Ia juga terdapat built-in ferrite antena for MW. This built-in antenna is directional so reception from distant station MW band may be improved by roating the unit.

Harganya RM42.95 seunit yang dibeli di Tesco Nilai. Bolehlah buat aktiviti SWL mendengar siaran gelombang pendek dari stesen penyiaran seluruh dunia. Pelbagai bahasa dapat didengari dengan pelbagai genre muzik.

Malam tadi sudah mula monitor untuk melihat sejauh mana penerimaan oleh radio ini.

SW1 Band aktif di frekuensi 6.4MHz-8Mhz terdapat kedengaran BBC Beijing dan juga BBC Kabul jikalau tidak silap pendengaranku.

Frekuensi 8MHz - 9.6MHz juga aktif kedengaran juga BBC Beijing dan stesen  berbahasa urdu yang memasang lagu hindustan.

Frekuensi 9.6MHz - 11.4MHz kedengaran bahasa dari timur tengah.

Manakala petang ini Band SW2 yang aktif 14.6MHz - 16.5MHz steen NHK Jepun siaran sukan.

Frekuensi 13MHz - 14.6MHz stesen berbahasa Mandarin kedengaran.

Frekuensi 16.5MHz - 18MHz stesen berbahasa Indonesia dari China Radio International Beijing. Kedengaran juga rancangan belajar bahasa Mandarin oleh stesen ini. Ia juga boleh didengari di frekuensi antara 14.6MHz - 16.5MHz. Rancangan seterusnya adalah berita Hiburan Asia.

Jam 5:43 petang di frekuensi 16.5MHz - 18MHz kedengaran lagu hindustan. 

Jam 6:05 petang frekuensi antara 11.4MHz - 13MHz kedengaran juruhebah berbahasa jepun membaca berita.



No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...