Stesen 9W2DYA-5 diaktifkan

Cuti hari Buruh membolehkan 9W2DYA-5 diaktifkan. Sejak jam 11:10:17 hinggalah ke 16:26:25 petang.  Beberapa stesen berjaya mendapat beacon;

9M2CW-9, 9M2EDU-8, 9M2AUR-8, 9M4RJR-3, 9W2EDK-1, 9M2RKK-3, 9W2VIS-2, 9W2DIE-8, 9W2ZSU-3, 9W2RGH-9, 9W2RUT-9, 9W2SVT-1, 9W2LYO-9, 9M2FDO-9, 9W2RGH-1, 9W2FTG-1, 9W2DYA-3 dan 9W2DYA-1.



Stesen 9M2CW-9 bermobile di Ipoh. Tracker aprs yang digunakan bersambung dari digipeater Bukit Kledang ke Bukit Lanjan dan terus ke Bangi. Oleh kerana digipeater Genting down maka, Bukit Lanjan telah mengambil alih di kawasan tengah.


Begitu juga, stesen 9M2EDU-8 mobile beacon ke Bukit Lanjan seterusnya ke Bangi. Beacon disalur melalui digipeater di puncak bukit dan menyebarkan ke stesen lain.  


Semua stesen yang disenaraikan dalam artikel ini bersambung dengan radio. Beacon akan pergi ke digipeater atau Igate yang berhampiran untuk mendapatkan packet. Berbeza  dengan stesen yang menggunakan smartbeacon memerlukan internet bagi berfungsi dengan baik.


Stesen 9W2EDK-1 di Saujana Putra terus menghala ke Bukit Lanjan sebelum ke arah Bangi di seltan Lembah Klang. Stesen ini juga mempunyai keupayaan tinggi berjaya menarik semua stesen dan digipeater di lembah Klang.


Digipeater Bukit Lanjan 9M2RKK-3 ini  merupakan nadi penggerak utama menyebarkan ke seluruh lembah Klang beacon aprs. Digipeater Gunung Jerai 9M4RJR-3 menghantar beacon ke Bangi melalui Bukit Kledang dan Bukit Lanjan. Ia merupakan stesen yang paling jauh beacon dapat diterima.


Stesen 9W2VIS-2 dari Klang turut menghantar ke Bukit Lanjan terlebih dahulu sebelum tiba di Bangi. Lagi banyak stesen aprs, bertambah meriahlah aktiviti aprs seluruh negara.


Stesen mobile 9W2DIE-8 dari Sungai Buluh berhampiran dengan Bukit Lanjan. Jadi mudahlah terus ke arah Bangi.


Stesen 9W2ZSU-3 di Kuala Selangor mampu ke Cameron Highlands 9M4RCH-3. Ini memandangkan Dataran Selangor tanaman padi utama tiada kawasan berbukit atau penghalang. Mudahlah isyarat terus ke puncak Gunung Brinchang. Ia juga mempunyai window yang baik terus ke Bukit Lanjan.


Stesen bermobile di Telok Panglima Garang turut ke Bukit Lanjan terlebih dahulu sebelum patah ke Bangi. Di sini boleh mencapai digipeater 9M4RTB-3 Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan.


Stesen yang portable di Pinggiran Putra dekat taman Equine sentiasa bersama 9W2RUT-9 dan 9M2AUR-8.


Stesen 9W2SVT-1 di Cheras meliputi kawasan bandaraya hingga ke Kajang.

Stesen lokalan Bandar Seri Putra, Bangi yang mendapat dua packet semasa bermobile. Turut mencapai Bukit Lanjan untuk menambah satu packet lagi.


Stesen ini portable di Cheras, beacon ke Bukit Lanjan terlebih dahulu sebelum hala ke Bangi. Ahli KLDX yang aktif ke rumah kelab sempena cuti ini.


Satu lagi digipeater/igate yang aktif di Pelabuhan Klang. Memancar terus ke Bukit Lanjan sebelum lencong ke selatan.


Stesen di Bukit Ampang ini mempunyai altitud yang tinggi. Kelebihan ini digunakan untuk mengaut sebanyak mana beacon stesen lain sekitar lembah Klang.


Stesen adik beradik ini selalunya bergantung pada 9W2DYA-2.

Keseronokkan aprs tetap ingin mencapai stesen yang dapat pergi sejauh mungkin. Hanya packet sebagai pengantara membuktikan kejayaan penggunaan radas dan antena yang terbaik.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...