MALAYSIA LOCAL CONTEST 2021

 


MALAYSIA LOCAL CONTEST 2021

TARIKH: 26 Jun 2021

MASA PERTANDINGAN:

[MULA]

10:00 AM MST, 26 Jun 2021 (Sabtu)

[TAMAT]

10:00 PM MST, 26 Jun 2021 (Sabtu)

TEMPOH PERTANDINGAN12 jam.

TUJUAN:

Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur di Malaysia dengan aktiviti ‘contest‘ yang memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan di samping mempromosi jalur frekuensi VHF dan UHF serta menggalakkan peserta menyertai pertandingan CQ WW VHF.

BANDS:

o Hanya penggunaan jalur frekuensi 144 MHz (2m) dan 430 MHz (70cm) dibenarkan dengan mengikut jalur frekuensi yang dicadangkan oleh MARTS berpandukan Pelan Jalur IARU R3 iaitu dengan beza 12.5kHz antara frekuensi.

o Hanya operasi secara simplek dibenarkan iaitu tanpa penggunaan pengulang.

o Kosongkan jalur frekuensi V40 (145.500 kHz) dan U40 (433.300 MHz) kerana ini ialah ‘Calling Frequency‘.

JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:

FM –> RST + 6 Digit Grid Square. (Contoh: 59 + OJ03WD)

o Sila layari QRZ Grid Mapper untuk dapatkan 6 Digit Grid Square tempat anda atau muat turun aplikasi HamLog melalui PlayStore.

CARA PANGGILAN PERTANDINGAN: 

SSB : “CQ….CQ….CQ MY LOCAL ….CONTEST”

KATEGORI:

1. SOAB –> Single Operator All Band (Kuasa pancaran mengikut AA).

2. SOSB VHF –> Single Operator Single Band VHF (Kuasa pancaran mengikut AA).

3. SOSB UHF –> Single Operator Single Band UHF (Kuasa pancaran mengikut AA).

4. MSAB –> Mobile Station All Band (Kuasa pancaran mengikut AA).

PEMARKAHAN:

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang sama: 1 mata.

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang berbeza 2 digit akhirmata.

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang berbeza 4 digit awal5 mata.

PENDARABAN:

Jumlah Mata x ( Jumlah Prefix 9M + Jumlah Negara ).

Contoh: 1000 mata QSO x ( 3 prefix 9M + 70 negara ) = 73000 (Mata akhir)

LOGGING SOFTWARE:

Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia Local Contest 2021 ini.

Penggunaan aplikasi telefon iaitu HamLog juga telah disediakan khas untuk membantu stesen mencatat log terutamanya bagi stesen ‘Mobile‘. Sila muat turun dari versi 2.6 dari PlayStore dan tonton video panduan penggunaan di bawah.

Video is still in editing. Kindly wait.

CABRILLO FORMAT:

Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.

USER DEFINE CONTEST (UDC):

Sila muat turun fail UDC di sini.

PERATURAN UMUM:

1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada stesen radio amatur dari Malaysia.

2. Mata akhir akan dikira mengikut Wilayah ‘Contest’ yang telah ditetapkan. ‘Contact‘ log dengan stesen dari luar wilayah tidak akan dikira dan diberikan 0 mata.

3. Stesen yang mempunyai ‘contact‘ di dua jalur frekuensi iaitu 2m dan 70cm, sila pilih kategori ‘All Band‘ semasa penghantaran log dibuat.

4. Stesen yang memasuki kategori ‘Mobile Station‘ boleh mempunyai 6 Digit Grid Square berbeza untuk setiap ‘contact‘ yang dibuat bergantung pada lokasi tempat anda sedang memancar.

5. ‘Dupe log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.

6. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 yang telah ditetapkan sahajaSila hantar log anda dalam format cabrillo di sini.

7. Jawatankuasa 9MDXC tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.

8. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 7 hari selepas tamat pertandingan iaitu 3 Julai 2021 (23:59 MST)Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai ‘check log‘.

9. Perlakuan ‘self spotting’ adalah tidak dibenarkan.

10. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.

11. Semua peralatan ‘transmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.

12. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.

13. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.

14. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.

15. Keputusan pertandingan  Malaysia Local Contest 2021 ini akan diumumkan pada 24 Julai 2021 (10:00 MST).

WILAYAH ‘CONTEST’

WILAYAH UTARA:

o Perlis.

o Kedah.

Pulau Pinang.

WILAYAH TENGAH:

o Perak

o Selangor.

Kuala Lumpur.

Putrajaya.

WILAYAH SELATAN:

o Negeri Sembilan.

o Melaka.

Johor.

WILAYAH TIMUR:

o Kelantan.

o Terengganu.

Pahang.

WILAYAH BORNEO:

o Sarawak.

o Sabah.

Labuan.

SIJIL:

Semua stesen yang menyertai Malaysia Local Contest 2021 ini akan diberikan sijil dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC.

PLAK:

o Single Operator All Band.

o Single Operator Single Band VHF.

Single Operator Single Band UHF.

Mobile Station All Band.


http://www.9mdxc.com/2021/06/rules-myc-2021

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...