Misi Mencari Radiosonde di Kanchong Tengah, Banting


 Pagi tadi menjalankan misi mencari radiosonde dekat Kanchong Tengah, Banting. Belon KLIA jatuh di sini sebelah malam semalam. Objek aprs D20039910 altitud ketinggian terakhir 387m. Altitud ketinggian maksimum adalah 19213m. Hujan lebat malam tadi antara punca belon KLIA terbang rendah hingga 19000m sahaja.


Jatuh pada koordinat 2.74766 darjah Utara dan 101.52429 darjah Timur. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh. Bekalan bateri ada baki 4.75 volt.


Kawasan jatuh di kelilingi kelapa sawit merujuk kepada peta google. Seawal tujuh pagi telah bertolak dari Bangi. Tiba di Banting sejam kemudian. Tiba simpang Tali Air masuk ke kiri jalan nombor B121. Menghala ke Kampung Kanchong Tengah terus hingga ke tapak jatuhan belon.


Melepasi simpang Kampung Kanchong Tengah berhenti di tepi jalan bagi mengesan kedudukan terkini. Mengaktifkan SondeHub serta merujuk aprs. Stesen 9W2DYA-10 diaktifkan bagi memboleh kedudukan terkini dapat dikesan. Selepas dapat mengenalpasti kedudukan perjalanan ke hadapan lagi diteruskan. Tapak jatuhan belon KLIA masih jauh dihadapan.


Perjalanan diteruskan ke hadapan lagi. Kesukaran untuk meletakkan kereta di tepi jalan disebabkan bahu jalan yang kurang sesuai. Kawasan paya gambut tanah menjadi mendap dan menyebabkan bahu jalan menjadi lebih dalam.


Arah angin semasa belon KLIA jatuh dekat Kanchong Tengah. Angin menghala ke tenggara altitud ketinggian berbaki 387m. Memandu hingga hujung jalan dan berpatah balik. Mencari simpang yang sesuai untuk meletakkan kenderaan dengan selamat. Jalan yang dilalui itu adalah Jalan Sempadan dan Jalan Kantan.


Masalahnya di kawasan ladang kelapa sawit ini adalah liputan talian. Akibatnya internet tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memantau di sondehub dan aprs. Berulang alik jalan yang sama bagi mencari kedudukan yang tepat. Jam 9:20 pagi meletakkan jelopi di suatu simpang. Kedudukan telah dikenalpasti dengan bantuan stesen 9W2DYA-10.


Kedudukan berhampiran tapak mendarat belon KLIA. Berjalan ditepi jalan sambil mata meliar mencari sesuatu yang hilang. Tidak berani masuk ke dalam ladang sawit kerana terlalu semak. Ladang milik persendirian menyebabkan ladang seperti kurang dijaga.


Parit di keliling ladang kelapa sawit memastikan sistem pengairan berada pada tahap terbaik. Berjalan ke arah hadapan di tepi Jalan Sempadan sambil mata meliar melihat sekeliling. Kemudian berpatah balik ke arah kereta berjalan ke belakang pula.


Titi  parit diseberang untuk mengintai dicelah daun sawit. Sangat semak namun ada trek untuk kerja mengutip hasil. Macam hutan sudah rupanya. Masukpun tak berani! Mencabar sungguh.



Tertinjau-tinjau bahagian atas pokok jua. Mana tahu payung terjun tersangkut. Bolehlah jolok. Namun tidak jumpa juga. Lebih baik mencuba daripada duduk diam. Kawasan ladang sawit milik persendirian rata-rata agak tidak berjaga berbanding milik syarikat perladangan.


Berjalan dari satu titi ke titi yang lain. Cuaca pagi itu cerah dan berangin. Kelihatan banyak ayam hutan dan pelbagai spesies burung menghuni kawasan ladang ini.


Jalan Sempadan ini boleh menghala ke Batu Laut. Kereta lalu-lalang sekali-sekala ke destinasi masing-masing. Jalannya agak sempit disamping bahu jalan yang agak tinggi. Parit di kiri dan kanan adalah lanskap biasa di kawasan tanah gambut.

Setelah puas meninjau di setiap titi, berpatah balik ke jelopi. Cuba mengikut jalan batu ke dalam pula. Mata melilau kiri dan kanan jalan. Banyak burung berterbangan setelah melihat kelibatku melalui jalan itu. Sampai penghujung berpatah balik ke jelopi semula.

Misi keempat pencarian radiosonde masih lagi gagal. Namum memberi pengalaman yang baik untuk pencarian seterusnya. Mencuba lebih baik daripada tidak bertindak apa-apa.

73, Jojet de 9w2dya

Misi Radiosonde Pantai Kelanang dan Mendaki Bukit Jugra


 Malam tadi belon KLIA telah jatuh berhampiran perairan Pantai Kelanang. Altitud terakhir direkodkan adalah 71m. Memang sangat hampir dengan permukaan. Malangnya tetap jatuh ke laut.


Misi mustahil mencari radiosonde adalah yang ketiga dalam bulan ini. Seawal jam 8 pagi lagi bertolak ke Banting dari Bangi. QRV 401.111MHz bagi belon KLIA D20039747. Terus ke laut juga walaupun awan banyak di ruang udara pagi ini.


Ingatkan pagi ini jatuh ke darat. Tetap laju melepasi garisan pantai Morib. Tiba di Banting suasana basah menandakan baru sahaja hujan turun. Menuju arah ke pantai Kelanang melalui ladang kelapa sawit di kiri dan kanan jalan. Tiba di Pantai Kelanang kelihatan air bertakung merata tempat. Tanya kepada peniaga mengesahkan bahawa hujan lebat telah turun pagi tadi.


Tempat letak kereta yang luas serta terdapat medan selera. Banyak khemah didirikan di sini bagi pengunjung yang bermalam. Ada kemudahan tandas dan surau turut disediakan bagi kegunaan pengunjung.


Pantai berpasir putih dengan pokok ru menjadi pilihan pengunjung berkhemah di bawahnya. Air surut pagi ini membawa pengunjung pergi ke tengah pantai yang agak berlumpur. Pokok bakau merupakan sistem pertahanan hakisan semulajadi kawasan pantai ini. Mata meliar-liar jikalau kelihatan payung terjun yang terdampar. Manakan dapat memandangkan pengunjung yang ramai pasti terjumpa terlebih dahulu. Terutama yang berkhemah dari semalam lagi.


Melepasi surau longgokan batu menjadi agen penghalang hakisan. Akupun menyusur laluan tepian batu ini melihat-lihat kawasan persekitaran.


Berjalan hingga ke hujung mencari sehingga dapat menjumpainya. Kelihatan di tengah laut nelayan mencari sesuatu sebagai mata pencarian. Hanya berdiri sahaja. Aras laut paras pinggang sahaja. Menjaring ikan atau mencari kerang tidak pasti. Tapi memang kelihatan ramai sibuk melakukan di tengah laut itu.


Sebelah kiri merupakan kawasan paya bakau. Banyak monyet mencari makan melompat  ke sana-sini. Sehinggalah longgokan batu tiada. Pencarian masih lagi gagal. Arus laut sangat kuat juga. Keberangkalian hanyut lebih jauh mungkin boleh terjadi.


Jika air laut melimpah melepasi paras tebing. Kawasan hutan bakau mengambil peranan menghalang air terus mengganas masuk ke daratan. Aliran air terdapat di sebelah hutan bakau. Habitat yang baik untuk hidupan dua alam.


Kedudukan stesen 9W2DYA-10 di hujung jalan. Ketika ini tetap memantau radio belon KLIA sambil mata meliar meneruskan pencarian.


Jam 9:42 pagi isyarat terputus dari Pantai Kelanang. Altitud ketinggian terakhir direkodkan adalah 770m. Kemudian berjalan ke pintu hadapan untuk mengambil gambar tulisan Pantai Kelanang sebagai mercu tanda tempat peranginan ini.


Terdapat gerai jualan hasil laut di sini. Bolehlah membeli hasil laut yang segar dibawa pulang. Kemudian pergi ke medan selera untuk mengalas perut. Pesan nasi ayam dan teh ais. Sesudah kekenyangan pencarian diteruskan ke sebelah atas Pantai Kelanang. Rupanya ada satu lagi kawasan letak kereta di sebelah belakang medan selera. 


Terdapat pos kawalan Pertahanan awam bagi mengawal aktiviti pantai. Aku menyusur pantai yang kelihatan banyak siput berada di dalam air yang cetek kejernihan. Kawasan pokok bakau membentuk pagar di gigi pantai. Ramai pengunjung berjalan ke arah kawasan pantai yang lapang. Keliling dengan kawasan hijau sambil bermain air dan dihempas ombak.


Oleh kerana air surut pagi itu, membolehkan pengunjung bergerak bebas memilih kawasan yang sesuai untuk bermandi-manda. Walaupun jauh berjalan pasti berbaloi jika tempat itu sunyi dari gangguan orang lain. 


Pemandangan kawasan bakau membentuk tembok penahan ombak semulajadi. Tertinjau-tinjau bawah pokok jikalau benda yang dicari dapat dikenal pasti. Tapi tiada apapun boleh dicari. Berjalan sekeliling bakau yang dibawahnya anak-anak bakau membentuk duri-duri di atas pasir.


Anak-anak bakau ini adalah kesinambungan penting meneruskan kewujudan spesies ini. Masih tidak kelihatan benda yang dicari jauh ke dalam ini. Itulah misi mustahil yang telah maklum akan hasilnya. Lebih baik mencuba daripada tidak bertindak sesuatu.


Satu sudut terdapat aliran air mengandungi ikan belacak yang agak besar. Nampak kelibat aku terus berenang-renang dipermukaan. Laju betul renangan ikan itu. Seberang sana ketam bergerak aktif diatas permukaan tanah berlumpur bermain-main.


Aliran air lesu jangan disangka tiada sesuatu. Pada fikiranpun risau dengan sang bedal atau seangkatan dengannya. Peluang untuk meneroka sebigini harus tidak dilepaskan. Elok juga kejar belon ini. Banyak tempat dapat dijelajahi. Jauh berjalan luas pandangan. Pepatah melayu ada berkata.


Seterusnya pemanduan ke Masjid Al-Muttaqqin Kg Permatang Pasir. Tempat permulaan untuk mendaki Bukit Jugra. Selain Rumah Apinya ada laluan denai hutan hingga ke puncak bukit. Meletak jelopi disebelah masjid. Kenderaan banyak walaupun jam menunjukkan 11 pagi. Ini bermakna ramai pendaki masih berada di atas trek. Rujuk peta google telah ditandakan tempat permulaan trek Bukit Jugra. Kemudian boleh sembang dengan pendaki lain yang baru turun. Bersapa dan bertanya lebih-lebih lagi kali pertama sampai di sini.


Aktifkan applikasi yang berkaitan pada telefon pintar. Memberi kedudukan sebenar secara langsung. Kali ini ingin mencuba aplikasi peta topo. Aplikasi ini memaparkan peta topo yang lama. Ketinggian puncak merujuk peta ini adalah 242m dari aras laut. Jam turut diaktifkan dengan mode tactical yang boleh merekodkan altitud semasa.


Laluan bertar ke kolam takungan yang agak curam adalah halangan pertama. Sampai dipintu pagar terdapat papan tanda di permulaan trek hutan. Menyusur di tepi pagar kolam takungan itu hingga ke hujung sehingga permulaan kawasan hutan. Semasa melalui di tepi pagar inilah tiga ekor Lotong yang comel bermata, hidung dan mulut putih sedang menikmati daun.


Treknya agak mencabar juga. Selepas mendaki terpaksa menurun semula ke bawah. Naik semula hingga dilabelkan Bukit Jugra. Sepanjang laluan disediakan tali untuk langkah keselamatan. Ini kerana gaung yang curam disebelah bawahnya. Ramai masih aktif mendaki dan menurun dari puncak. Tak kira bangsa melakukan aktiviti untuk kecergasan dan kesihatan. Pelbagai peringkat umur juga. Muda mahupun tua turut dilihat sepanjang laluan.


Hampir sejam berjaya menawan puncak. Kawasan lapang bekas tapak stesen menara pemancar mungkin. Ada kesan bekas tiang di dataran itu. Kelilingnya terdapat beberapa tiang antena komunikasi tegak berdiri. Catatan jam merekodkan altitud ketinggian 231m dari aras laut. Lagi 11m telah hilang ketinggiannya akibat tanah yang dirata mungkin.


Dataran yang lapang dikelilingi tiang antena. Nasib jumpa batu aras JPUM. Ada buktilah menunjukkan titik tinggi di puncak Bukit Jugra.


Batu penanda aras segi enam tertera Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPM). Ada abjad TP dan nombor 372. Beberapa meter terdapat batang besi tercacak sebelahnya.


Tiang besi yang sering dijumpai dikawasan bukit atau tempat tinggi. Mungkin dahulu ada beirut jikalau dilihat kepada peta topo lama itu. Berjaya juga sampai titik trigonometri selepas tiba dikawasan dataran ini. Kepuasan terasa setelah berjaya berada titik paling tinggi setiap bukit.

Laluan bertar mengelilingi dataran menghubungkan hingga ke Rumah Api. Pemandangan Selat Melaka di hadapan sana. Banyak tinggalan bangunan JKR di sekitar puncak ini.


Bekas tapak tiang pemancar mungkin yang masih lagi terdapat di dataran. Hujung sana ada laluan bertar untuk turun ke bawah Rumah Api. Puas menjejak kaki di kawasan titik tertinggi puncak Bukit Jugra. Perjalanan turun mengikut laluan yang sama. Sampai di jelopi tepat jam 1 tengah hari. Azan berkumandang beberapa minit selepas itu. Pergi ke Masjid beberapa langkah sahaja untuk menenunaikan kewajipan. Habis solat terus pulang ke base station di Bangi.

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde D20039942 Belon KLIA


 Belon KLIA objek aprs D20039942 dilepaskan agak lambat pada pagi ini. Jam 8:13 pagi baru isyarat diterima dari Bangi di frekuensi 401.111MHz. Muncul di SondeHub jam 8:25 pagi altitud 3932m.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040394 altitud ketinggian 20224m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon Paya Lebar terdapat dua buah belon telah dilepaskan pagi ini. Objek aprs S4330530 dan IMS8AFAB3 dua jenis sonde dilepaskan. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2CDW-14 di Pontian bagi S4330530. Altitud ketinggian 17630m.


Belon Bali objek aprs IMS100Te altitud ketinggian 14149m. Isyarat diterima oleh stesen YD9ACN di frekuensi 404.403MHz.


Belon Kuantan objek aprs D20055914 altitud ketinggian 21920m. Isyarat dierima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai.

Radiosonde R2831483 Belon Paya Lebar


 Belon Paya Lebar objek aprs R2831483 altitud ketinggian 3760m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-14 di Kulai. Belon ozon keluaran Vaisala jenis RS41-SG dilepaskan pagi ini.



Belon KLIA objek aprs D20039774 altitud ketinggian 6993m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040313 altitud ketinggian 6842m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis.

Belon KLIA sudah melepasi garis pantai kemudian berpatah balik ke daratan. Ruang udara Kg Batu Lapan dekat Batu Laut. Pusing lagi arah Kg Ladang Batu. Kemudian sedang menghala semula ke pantai Batu Laut. Patah Kg Batu Untung pula. Selari dengan jalan Nombor 5 Port Dickson - Klang. Jam 8:46 pagi melepasi garisan pantai sekali lagi dan terus ke laut.

Altitud ketinggian maksimum belon Bayan Lepas adalah 23326m.
Altitud ketinggian maksimum belon KLIA adalah 25077m.


Terdapat satu belon yang aktif di Bali pagi ini. Isyarat diterima dari stesen YD9ACN objek aprs IMS100Te. Frekuensi belon ini adalah 404.404MHz. Jenis IMS1005202. Altitud ketinggian 14627m dipercayai dilepaskan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.


Belon Kota Bharu objek aprs D20040317 altitud ketinggian 8904m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis. Altitud ketinggian maksimum adalah 19470m.


Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...