Radiosonde IMS8AF86F Belon Paya Lebar


 Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AF86F dijangka jatuh di daratan pada malam ini. Parit Abu Bakar tempat pendaratan kemungkinannya. Jatuh kawasan Tanjung Piai. Ketika ini altitud ketinggian 15490m.



Belon KLIA objek aprs D20052378 altitud ketinggian 12465m melepasi garisan pantai Morib. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20042751 altitud ketinggian 12219m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.

Jam 9:05 malam belon KLIA terputus isyarat altitud ketinggian 2052m dari Bangi. Manakala belon Paya Lebar dijangka mendarat di Kg Permas Kecil. Isyarat terakhir belon KLIA altitud ketinggian 251m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Belon Kota Bharu objek aprs D20043325 altitud ketinggian 7476m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.

Isyarat terakhir belon Paya Lebar altitud ketinggian 335m. Jatuh berdekatan Jalan Haji Kunuk pada jam 9:22 malam. Altitud ketinggian maksimum malam ini 35359m.


Merujuk kepada peta satelit google, kawasan jatuhan merupakan ladang pokok  kelapa. Silap haribulan payung terjun boleh tersangkut pada pelepah kelapa. Namun boleh juga jatuh ke tanah kerana pokoknya ditanam jarang-jarang.

Kedudukan terakhir altitud malam ini lebih rendah 335m berbanding 378m di Pulau Carey pada 4 November yang lalu. Jam 10:18 malam Malis One telah melepasi Taman Pulai Emas memasuki jalan Nombor 5 jalan Skudai - Pontian. Jam 10:36 malam stesen 9M2ZAK-5 telah melepasi Pekan Nenas dan memasuki jalan J110.


Jam 10:55 malam tiba di Kg Air Masin memasuki jalan Permas - Chokoh. Satu jam 38 minit telah berlalu sejak isyarat terakhir diterima. Jam 11:02 simpang Parit Bugis. Terlajak jalan Haji Kunuk membuat parimeter di jalan parit bugis. Jam 11:25 malam berada di Permas Kechil. Jam 11:28 malam berpatah balik ke Kulai.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...