Radiosonde IMS8AFA5F Belon Paya Lebar


 Jangkaan mendarat belon Paya Lebar malam ini di daratan. Kg Sungai Boh kawasan pendaratan dalam jangkaannya.


Belon KLIA objek aprs D20052366 altitud ketinggian 12929m. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Belon Kota Bharu objek aprs D20043097 altitud ketinggian 15660m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis. Belon Bayan Lepas dan Kuantan masih tidak muncul.

Kedudukan terkini belon Paya Lebar akan masuk ke Selat Johor. Musnahlah harapan jatuh ke daratan berhampiran Tanjung Pelepas.
Jam 8:39 malam muncul belon Bayan Lepas objek aprs D20040120 altitud ketinggian 24347m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis.


Belon Bayan Lepas telahpun blast altitud ketinggian 26444m. Isyarat diterima dari stesen radisonde 9W2ATR-6 di Perlis. Jam 8:52 malam belon KLIA pula blast altitud ketinggian 22974m.

Kedudukan terakhir belon Paya Lebar altitud ketinggian 848m jatuh ke dalam Selat Johor. Belon KLIA berlegar-legar di Morib. Tidak pasti boleh jatuh ke darat malam ini.  Bergantung kepada bayu laut menolaknya arah ke darat. Jam 9:08 isyarat mula terputus dari Bangi altitud ketinggian 1400m. Malam ini tetap jatuh ke dalam laut jua. Kedudukan terakhir belon KLIA altitud ketinggian 315m. Isyarat terakhir dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Misi Mencari Radiosonde D20052320 Berjaya di Shah Alam

  Hari ini berjaya mencari radiosonde D20052320 di Shah Alam. Belon ini jatuh pada 18 Disember 2021 sewaktu banjir besar melanda Selangor da...