Tawan Genting Peras


 Pagi ini berjaya menawan Genting Peras dengan catatan masa 2 jam 18 minit 39 saat. Jarak yang berjaya dilalui adalah 14.58km dengan pace 9:30/km. Kalori yang dibakar sebanyak 970.


Bergerak dari Bangi singgah Hj Tapah di Semenyih untuk sarapan terlebih dahulu. Pesan roti telur dan teh tarik sebagai bekalan tenaga. Awal pagi restoran pada hari minggu sememangnya lengang. Usai sarapan dan ke tandas membuat pembayaran di kaunter. Jangan lupa imbas MySejahtera dan suhu badan setiap kali masuk premis. Memandu keluar ke kiri dan seterusnya ke kanan Jalan Sungai Lalang.


Cuaca pagi ini sedikit hujan dan berkabus. Melepasi Sungai Tekala dan Empangan Semenyih sudah kelihatan penunggang basikal menggunakan laluan yang sama. Simpang Peres lebih ramai lagi penunggang menunggu di situ. Motif pertama melalui jalan genting peres itu untuk mencari tempat letak kereta yang selamat. Terjumpa satu kawasan lapang yang menyajikan pemandangan indah. Ada sebuah kereta di situ. Bertanya samada boleh meletakkan kereta. Bersiap berkasut dan beg yang diisikan dengan 2 botol air minuman.


Sebenarnya aku tak tahupun jarak sebenar ke Genting Peras. Cubalah setakat mana yang boleh. Beberapa penunggang berehat di tepi jalan itu. Membetulkan sesuatu pada bahagian basikal. Maklumlah dari simpang peres mendaki agak curam juga. Altitud ketinggian tempat letak kereta itu adalah 243m dari aras laut.


Set jam kepada mode lari dan terus memulakan langkah perlahan-lahan. Suasana jalan sangat meriah dengan penunggang basikal. Tambah meriah dengan suasana berkabus sangat manyamankan. Bertegur sapa dengan penunggang yang berehat seketika di tepi jalan. Semua saling memberi kata semangat di antara satu sama lain.


Berlari jalan berliku disamping menikmati banjaran titiwangsa. Puncak tertinggi adalah Gunung Hitam turut dapat dilihat. Melalui beberapa buah rumah orang Asli di tepi jalan disergah oleh dua ekor anjing. Tak kejar sebab tuannya ada di situ memarahnya semula. Jalan pagi turut dimeriahkan oleh konvoi kereta dan motorsikal berkuasa tinggi. Penunggang motorsikal dengan deruman enjin sambil melayan selekoh.


Tibanya di Genting Peras suasana meriah dengan penunggang basikal berehat di tepi jalan. Ada gerai minuman di sekitar sempadan daerah Jelebu dan Hulu Langat. Jarak tujuh kilometer berjaya dicapai ketika tiba di sini. Aku terus ke hadapan mencari titik tertinggi di Genting Peras. Berdekatan dengan papan tanda parti politik berehat seketika. Situlah banjaran titiwangsa dengan altitud ketinggian 462m dari aras laut.


Selepas melepaskan dahaga dan lelah bergerak turun ke papan tanda Genting Peras. Mercu tanda berjaya menawan puncak Genting Peras. Menjadi tumpuan ramai bergambar kenangan. Ambil gambar papan tanda sahaja. Ramai yang menunggu giliran bergambar kenangan.


Pegerai menegur dan memberi senyuman. Penunggang basikal di kiri dan kanan memenuhi bahu jalan sambil berehat. Konvoi motorsikal berkuasa tinggi turut  tiba dari arah Kuala Klawang. Semasa hendak meneruskan larian, salah seorang penunggang kelihatan motornya telah terbaring. Nasib rakannya berada di situ turut membantunya menegakkan semula motorsikal.


Cuaca panas di Genting Peres tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan larian. Arah balik lebih mudah kerana menuruni bukit ke tempat letak kereta dengan jarak tujuh kilometer. Berselisih lagi dengan beberapa penunggang basikal semasa arah balik.


Melalui laluan yang sama dengan cuaca agak panas. Singgah di air terjun tepi jalan menikmati keindahannya. Air terjun pertama dari Genting Peres agak besar. Sering menjadi tempat persinggahan pemandu ketika melalui laluan ini.



Air terjun yang  kedua agak kecil. Banyak kawasan titisan air sepanjang permukaan batu di situ. Oleh kerana panggilan alam telah berlaku. Bolehlah melepaskan hajat di sini dengan turun ke bawah agar tiada siapa dapat melihat. Selepas itu, barulah lega dan boleh meneruskan larian. 


Antara titisan air di tepi batu mendamaikan mata melihat. Larian diteruskan ke tempat letak kereta. Jam 11 pagi sudah siap menyejukkan badan dan bertukar pakaian sambil melayan motorsikal berkuasa tinggi lalu-lalang.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...