Petang semalam WX sangat baik. Peluang seperti ini digunakan untuk beriadah mendaki Bukit Tunggul, Jenderam. Memandu kurang 15 minit dari base stesen amatlah pantas. Dekat sahaja dari rumah. Bolehlah beriadah selalu di sini.
Tiba di parkir kereta, hanya terdapat sebuah kereta sahaja pada petang itu. Akupun bersiap-siap menukar kasut sukan yang sesuai. Tiba-tiba sebuah jelopi turut kelihatan. Pemandunya bertanyakan tujuan aku. Amir namanya tinggal di apartment di Southville yang tidak jauh dari sini. Diapun berniat untuk mendaki ke Bukit Tunggul juga. Maka akupun tunggu beberapa seketika untuk beliau menyiapkan dirinya.
Menurut Amir lagi, sebelum ini telah tiba tetapi tiada siapa untuk bertanya arah ke puncak. Pertama kali hendak ke sini tetapi tidak tahu arah ke sana. Pertemuan singkat ini membolehkan perjalanan petang ini berteman. Bagusnya ada kawan semasa mendaki. Bolehlah bersembang dan bertukar-tukar fikiran.
Setelah Amir bersedia, perjalanan dimulakan dengan mengaktifkan aplikasi strava. Radio ditangan kiri manakala telefon ditangan kanan. Oleh kerana trek tidak memerlukan memegang sesuatu semasa pendakian. Bolehlah tangan digunakan untuk memegang sesuatu. Amalan pendakian biasanya tangan perlulah bebas dari sebarang benda. Ia penting untuk digunakan semasa berpaut pada dahan atau pokok. Terutamanya permukaan trek yang berkecerunan tinggi.
Pendakian melalui laluan batu kelikir pada awalnya agak mudah sebelum melalui kecuranan agak tinggi. Persekitaran ladang sawit sebelum melalui talian voltan tinggi. Oleh kerana musim tengkujuh telahpun tiba. Anak sungai semakin deras dan kedengaran jatuh di jeram bunyi semakin kuat. Kawasan air jeram ini kelihatan sebuah keluarga melakukan aktiviti berkelah di sini. Sememangnya sebuah kereta di parkir tadi pastilah milik mereka. Jadi kami berdulah sahaja yang mendaki ke puncak petang itu.
Pendakian santai tetapi memerlukan tenaga sewaktu kawasan berkecerunan tinggi. Berhenti seketika di simpang pertama di kawasan talian tinggi di sebelah kanan. Laluannya terus mengikut laluan pacuan empat roda atau bekas balak sahaja. Ada batu kelikir putih sepanjang laluan. Kadangkala beberapa tempat hilang di bawa arus hujan.
Kemudian perjalanan turun perlulah berhati-hati. Treknya santai-santai sahaja sambil menikmati keindahan persekitarannya. Pokok-pokok yang tiba-tiba bergoyang disebabkan terdapat beberapa ekor monyet. Sangat aktif pada petang itu. Beberapa kali ternampak beberapa ekor melompat-lompat antara dahan.
Kemudian mendaki bukit kedua yang berangin. Ambil kesempatan menghilangkan lelah. Selepas menuruni bukit ini, pilon di puncak dapat dilihat dari sini. Turun berhati-hati batu-batu yang banyak agak rapuh boleh menyebabkan hilang keseimbangan badan. Amir pernah melakukan pembedahan ACL. Maka terpaksa lebih berhati-hati ketika menuruni untuk mengelakkan kecederaan lutut berulang kembali. Kasut yang mempunyai tapak sesuai dapat mengelakkan diri tergelincir semasa mandaki atau menuruni trek.
Turun sahaja bukit kedua ini, akan nampak simpang. Ikut sahaja jalan kelikir sebelah kiri. Boleh juga melihat bekas tayar motor scrambler yang sangat aktif menggunakan laluan ini juga. Ikutlah jalan yang kelihatan yang lebih bersih atau tidak semak. Cuba lihat bekas tapak-tapak kasut pendaki yang melaluinya. Pasti itulah laluan yang betul ke puncak. Banyak lorong di sebelah kiri dan kanan permatang yang kita lalui itu. Abaikan sahaja. Puncak pasti laluan ke hadapan sama ada mendaki atau menuruni beberapa bukit.
Semakin dekat dengan puncak laluan semakin sempit. Hutan bukit dengan balak yang tinggi. Tahap kesukaran semakin mencabar. Kepuasan pasti terpancar apabila tiba di kawasan berdekatan puncak. Kawasan berlebal Bukit Beirut yang redup dipenuhi pokok manjadi tempat berkumpul para pendaki. Amir yang pertama kali pendaki meminta take 5 melepaskan penatnya.
Bangunan ikonik di Kuala Lumpur jelas kelihatan. Terpandang di beirut seekor babi tunggal berada di situ mancari makanan. Kamipun memerhati sahaja dan sempat mengambil gambar kenangan. Nasib baik tidak terus ke beirut. Pasti kami akan dikejar babi tunggal itu yang jelas kelihatan taringnya dari jauh. Setelah ia hilang dari pandangan. Kami tunggu beberapa seketika untuk memastikan ia benar-benar talah pergi dari puncak itu. Tangan bersedia dengan ketul batu dan membaling ke arah puncak. Perlahan-lahan jalan ke beirut untuk memastikan keadaan selamat. Ternyata babi itu telah tiada. Namun masih berhati-hati dengan memanjat tiang pilon untuk memastikan sudah selamat.
Selepas keadaan benr-benar selamat barulah bernafas lega. Amir sudah penat dan mengeluarkan coklat untuk mendapatkan tenaga semula. Jarak hampir 3 km dari parkir kereta ke puncak. Aku cuba mengaktifka Igate, tetapi tiada kedengaran packet dari kawasan sekitar. Pemandangan KLIA dan Selat Melaka juga jelas kelihatan. Sekali-sekala kelihatan kapal terbang melakukan pelepasan. Selepas PKP penerbangan semakin rancak. Kedengaran bunyi kapal terbang semakin banyak kini.
Selepas puas menikmati keindahan pemandangan dari puncak. Perjalanan turun melalui trek yang sama ke parkir. Suasana semakin gelap memandangkan hujung tahun matahari terbit dan terbenam lebih cepat. Kami sampai di parkir sebelum azan manghrib berkumandang. Amirpun bergerak pulang berterima kasih dan berjaya menunaikan hasrat mendaki puncak pertama kali melakukan aktiviti trekking seumur hidupnya.
Ketika ingin bersiap untuk pulang. Terdapat sebuah kereta datang ke arahku. Pemandu keluar memberi salam dan bertanyakan kepastian Bukit Tunggul. Akupun menunjukkan trek ke puncak dan membenarkan kata bahawa di sinilah tempat permulaan ke sana.
Kebiasaan pagi hari sabtu dan ahad kereta akan penuh di parkir ini. Ini menunjukkan ramai orang beriadah ke puncak. Jangan lupa sediakan wang kecil RM2 untuk bayaran parkir ini. Ada penjaga yang akan mengutipnya.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment