Titian perjalanan


 Pada masa cuti Hari Buruh yang lalu berkesempatan mencari dua belon Klia bersama Zahrin 9W2MDZ. Belon Klia pagi itu telah mendarat di tebing Sungai Jijan. Kami bertemu di jalan bersebelahan SPAD. Zahrin 9W2MDZ telah membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum menunggu kehadiranku.


Isyarat dapat didengari dari bulatan bersebelaha padang golf Seriemas lagi. Oleh kerana hujan lebat telah berlaku sehari sebelumnya, kesan air banjir dapat dilihat sepanjang tebing.  Ketika melalui hadapan sebuah rumah di tepi jalan yang berkedudukan lebih tinggi dengan berhati-hati menurun. Tiba di kawasan kebun tepi sungai kesan air bah dapat dilihat pada rumput-rumput. Ini menandakan kawasan rendah. Sememangnya tidak sesuai untuk dibina rumah di laluan air ini.


Kuasa air turut menumbangkan sebatang pohon kelapa sawit. Hidup di tepi tebing menyembah bumi apabila terhakis akibat keganasan air bah. Tanpa berfikir panjang, itulah laluan yang kami perlu redahi untuk mendapatkan peranti. Ia jatuh diseberang sungai sana. Batang pokok ini menjadi titi kami untuk menyeberang sungai Jijan ini.


Habis tercabut akar dan runtuh di tebing sugai. Air bah yang mengganas dengan sekelip mata berubah meruntuhkan tebing dengan mudah. Kelihatan sebelahnya ada sebatang pokoksaiwt turut menunggu masa menjadi mangsa seterusnya.


Pemandangan sugai Jijan mengalir agak deras ke hilir hingga ke Salak. Beting sebelah kanan yang berumput itulah kawasan belon dipercayai mendarat di situ.


Pemandangan bahagian hulu sungai Jijan. Gambar ini diambil atas batang pokok yang tumbang itu. Sikit hari lagi hujan lebat pasti menolok batang ini ke tepi. Inilah pemandangan sungai di Kampung Jijan. 


Aksi Zahrin 9W2MDZ percubaan melepasi pelepah-pelepah sawit untuk menyeberang sungai. Perlu berhati-hati di bahagian ini kerana pelepahnya terdapat  berduri tajam. Bagi biasa dengan aktiviti outdoor perjalanan cabaran seperti ini sangat menyeronokkan. Hanya mempunyai hati yang kental dan sukakan cabaran sanggup meneroka mencari pengalaman yang baru. Sebelah hadapan itu adalah kampung Jijan.


Kesan runtuh bahagian pangkal pokok. Pelepah membantu kami melintas dengan mudah. Ada setandan buah lagi masih melekat. Elok-elok sahaja panjang  batang pokok ini membolehkan kami melintas sungai dengan mudah. Jikalau tiada titi ini, pasti kami akan mengikut sebelah kampung.



Berjaya melepasi titi terus mengikut beting ke arah hadapan. Zahrin 9W2MDZ berpandukan gps waypoint finder terus mengira jarak ke peranti.

Koordinat peranti yang dijumpai rujuk dibahagian bawah jarak 5.6m tersebut iaitu 2.768160 darjah Utara dan 101.771513 darjah Timur.



No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...