Hampir Seminggu Menghilang


 Hampir seminggu menghilang telah muncul pula pagi tadi. Belon KLIA tidak dapat dikesan sejak 10 Mei 2023 yang lalu. Hasil maklumat dipercayai pihak Met sedang menguji peranti baharu dalam tempoh tersebut. Ini telah disahkan setelah kedua rakan Weerut 9W2RUT dan Arul 9W2OCX telah membuat peninjauan semalam di Met Sepang. Mereka telah melihat belon telah dilepaskan seperti biasa. Namun, peranti tersebut tidak dapat didekod oleh Auto_RX dan rdzTTGOsonde.


Detik-detik belon dilepaskan petang semalam di Sepang. Ini menunjukkan sepanjang minggu lepas sememangnya belon telah dilepaskan ke udara. Masalahnya tidak dapat dekode menyebabkan ia tidak dapat dikesan di dalam laman sesawang Sondehub.


Belon terus terbang ke udara, namun tidak boleh dikesan. Oleh itu, tidak tahu lokasi ia jatuh mendarat pada petang itu. Video hasil rakaman milik Arul 9W2OCX. Perkhabaran mengatakan bahawa peranti baharu itu dihasilkan oleh Korea. Tunggu dan lihat. Adakah ia akan menggantikan radiosonde DFM17 ini?

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...