WX suhu 35 darjah celsius


 Minggu ini stesen WX 9W2DYA-13 mencatatkan suhu sehingga 35 darjah celsius. Minggu ini telah diadakan Ujian SEGAK. Terasa suhu meningkat ketika menjalankan program ini. Bermula hari selasa 9 Mei 2023 suhunya adalah 35 darjah celsius. Memang ketika itu cuaca amat panas sekali.


Hari kedua Rabu 10 Mei 2023 suhu agak redup. Banyak awan dan berangin sedikit. Ini memudahkan pelaksanaan dijalankan. Tetapi hari ketiga Khamis 11 Mei 2023 suhu kembali mencecah 35.6 darjah celsius sebelum hujan turun. Selepas hujan berhenti masih juga terasa bahangnya.


Hari terakhir semalam, Jumaat 12 Mei 2023 suhu tetap mencecah 35 darjah celsius juga. Walaupun hujan ada turun sedikit tetap berbahang. Langkah KPM tidak membenarkan sebarang aktiviti luar merupakan satu langkah yang bijak ketika ini.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Pusing Sawah Bendang

  Cuti hari Malaysia pada tahun ini jatuh pada cuti penggal sekolah juga. Cuti panjang ini sekali lagi Damia mengajak ke Bukit Malawati, Kua...