Main Salji di SnowLim Wonderland


 Semalam sempat pergi ke SnowLim Wonderland di Seremban. Taman Tema Salji di Taman Oakland, Seremban. Damia yang teringin mendapat pengalman merasai bermain salji dalam suhu yang dingin. Suhu taman tema ini merekodkan suhu negatif 13 darjah selsius. Sangat sejuk hingga ke tulang sum-sum.


Damia dalam iglu hanya satu-satunya tempat berlindung dari suhu yang ekstrem di luar. Agak panas sedikit berbanding di luar iglu. Terdapat satu maja dan empat kerusi. Hendak dudukpun tak mampu kerana kesejukan. Baik berdiri dan bergambar kenangan. Gambar di luarpun tidak sempat nak ambil kerana tidak tahan dengan suhu yang melampau ini.



Kerusi untuk diduduk yang bukan dari ais mampulah untuk duduk. Itupun duduk sebentar sahaja kerana tidak tahan dengan suhu sekitar. Ketika mula-mula masuk kami menaiki tiub yang diikat seperti merry go around. Habis sejuk telinga dan terasa pedihnya juga. Apa bila bergerak laju kedingin angin menerpa pada wajah. Nasib baik pakai topi tahanlah juga kesejukkan.


Kerusi yang Damia duduk berbentuk bulat macam kuali kiranya. Kerusi yang diperbuat dari plastik pastilah selesa untuk digunakan. Hiasan dan ukiran yang menarik untuk tarikan pengunjung bergambar kenangan.


Patung penguin yang sinonim dengan kehidupan di kutub. Ada pelbagai watak ikon yang lain turut dipaparkan dalam taman tema ini. Ukiran bunga raya sebagai bunga kebangsaan tidak kurang menarik juga.


Selepas puas melihat apa yang ada dalam tema salji ini, Damia ajak keluar kerana tidak tahan kesejukan. Mencari sarung tangan agar lebih selesa. Tiket dewasa RM60 dan kanak-kanak RM50. Baju sejuk disediakan bagi menghadapi suhu yang ekstrim tersebut. Tandas tiada di dalam taman tema ini. Luar ada disediakan.


Damia seronok mengutip ais menjadi batu atau kepal. Batang-batang pokok turut diliputi air. Para pekerja setiap masa menyapu titisan salji yang melekat pada tiang-tiang agar tidak berkumpul menjadi banyak dan besar.


Belakang iglu terdapat gelongsor yang menyeronokkan menggunakan pelampung sahaja. Kami berdua berulang kali bermain tiub bergelongsor ini. Ada sekali percikan ais masuk ke mulut juga semasa menuruni gelongsor yang menarik ini. Ada satu lagi gelongsor yang agak lebar tetapi jarak yang pendek tidak menjadi pilihan kami.


Kali kedua masuk suasana berkabus, mungkin suhu semakin menuru. Ada bertanya kepada staff tentang suhu di dalam. Menurutnya suhu negatif 23 darjah selsius. Ada pengunjung yang dilihat bulu mata turut penuh dengan ais. Mungkin berada di situ lebih lama hinggakan ais meliputi bulu mata.


Damia mengambil ais lalu menjadi kepal-kepal hingga terbawa keluar tetap menjadi batu. Semasa keluar berhenti seketika di hadapan pintu bagi menyesuaikan dengan suhu keliling bagi tubuh badan. Tiket boleh digunakan hingga jam 9.30 malam.


Puas menghadapi suhu ekstrem, Damia ajak keluar kerana sudah puas hati bemain. Pulangkan baju sejuk dan imbas pada pintu keluar. Selepas itu kami ke kafe sebelah Apakaba menikmati ais krim di bangku yang disediakan. Selesai makan terus ke AEON Seremban 2 berjalan-jalan seketika.


Sempat solat zohor dan makan tengah hari di Aeon tersebut. Puas berjalan-jalan terus menghala ke Putrajaya melalui Dengkil. Destinasi seterusnya Taman Equestrian Putrajaya. Kegemaran Damia ingin joyride dan memberi makan lobak merah yang di beli di Seremban 2 tadi.



Kali ini Damia dapat mengemudi kuda sambil dipantau oleh staf pusat ini. Sangat seronok tunggangan kali ini dapat mengemudi kuda sendiri. Selalu ke sini, pada kali ini berpeluang mengemudi kuda dengan baik.


Damia melengkapkan satu pusingan menunggang kuda. Tiket RM15 seorang. Mendapat giliran ke-18. Sambil menunggu memberi seekor kuda yang ditambat berhampiran tempat menunggu. Habis dua bungkus lobak merah dimakan kuda seekor itu.


Kemudian mencari surau di bangunan pentdbiran. Terlihat batu tanda GM 2 yang telah dicat warna biru. Tanda ini berhampiran bangunan pentadbiran menghampiri jalan masuk utama. Koordinat 2.896046 darjah Utara dan 101.685209 darjah Timur.


Tidak berapa jauh GM2 terjumpa pula batu tanda GM3 berhampiran bangunan pentadbiran juga. Koordinat 2.895718 darjah Utara dan 101.685120 darjah Timur.


Usai solat terus menghala ke bangunan sebelah bangunan pentadbiran adalah astaka untuk padang bola sepak dan astaka untuk sukan polo. Terjumpa batu tanda GM5c pula. Koordinat 2.896012 darjah Utara dan 101.686316 darjah Timur.


Sebenarnya berjaya menjumpai tiga lagi batu tanda GM disekitar bangunan kandang kuda pada. GM 7 berhampiran bangunan depan kandang kuda. Koordinat 2.894884 darjah Utara dan 101.687689 darjah Timur.


Batu tanda GM 10 berada bahagian belakang bangunan kandang kuda bersama dengan GM 9. Koordinat GM 10 2.894427 darjah Utara dan 101.687976 darjah Timur.



Gambar ini diambil 18 Ogos yang lalu ketika Damia menunggang joyride di sini juga. Terpandang batu tanda aras yang dicat biru telah menarik perhatian penulis. Koordinat GM 9 2.944465 darjah Utara dan 101.692287 darjah Timur.


Najma seekor kuda yang beramah mesra dengan pengunjung di tepi padang polo. Damia orang terakhir mengambil gambar sebelum bergerak ke kandangnya.


Damia berjaya memegang Najma untuk sesi bergambar. Pada mulanya agak sukar juga, Akhirnya Najma memberi kerjasama yang baik.


Mengusap kepala kuda juga interksi yang baik antara manusia dan haiwan. Ada yang tidak dapat untuk mengusap mungkin kerana takut atau kuda tidak berminat. Kuda mempunyai naluri mengetahui hati budi manusia tersebut. Kuda boleh memberi kerjasama yang baik mahupun sebaliknya.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...