Jatuh Hujung Resam


 Belon KLIA pagi tadi berjaya dijumpai oleh Arul 9W2OCX di Tanjung Sepat. Berdekatan Jalan Sekolah, Arul 9W2OCX lebih kurang beberapa minit sebelumjam 4 petang berjaya menemui belon di dalam parit dekat dengan kawasan pokok resam. Rupanya kawasan hijau pekat dalam lot tanah tersebut ditumbuhi resam. Nasib baiklah belon terkeluar dari kawasan tersebut, hanya peranti berada di dalam.

Belon KLIA radiosonde 2405015155 jatuh jam 9:24 pagi. Koordinat 2.67816 darjah Utara dan 101.57452 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 147 m dan ketinggian maksimum 26,139 m. Arul 9W2OCX selepas tugasan barulah melancarkan misi pencarian pada sebelah petang.



Hampir pukul 4 petang isyarat radiosonde masih lagi dapat diterima dengan baik. Hanya satu bateri sahaja yang digunakan berbanding DFM-17 radiosonde yang lama menggunakan dua biji bateri. Ini mungkin penggunaan tenaga yang kurang semasa memancar. Bunyi yang berdetik sekali-sekala mungkin penyebab utama sangat menjimatkan. Beza dengan DFM-17 tenaga yang banyak digunakan kerana bunyi yang berterusan tanpa henti. Berhentipun sebab kita padamkan fungsi radiosonde ini.

Credit 9W2OCX

Kawasan baris atau batas kelapa sawit kelihatan amat kemas sekali.


Akhirnya belon berjaya ditemui berdekatan parit sempadan ladang kelapa sawit.

Credit 9W2OCX

Satu lot tanah penuh dengan resam. Kemungkinan tuan tanah tidak mengusahakan tanah tersebut. Mustahil tuan punya tanah menanam resam semulajadinya tumbuh merata-rata tempat. Haiwan ternakan pun tidak memakan resam tersebut.


Belon berada dalam parit manakala peranti dalam kawasan resam.


Peranti berjaya dalam genggaman radiosonde 2405015155.

Credit 9W2OCX

Pokok resam peranti berada di dalam kawasan tersebut. Rezeki sungguh hanya jatuh di tepi parit sahaja. Andai jatuh ditengah kawasan resam pening hendak mencarinya. Sangatlah azab untuk menebas resam bagi membuat laluan. Situasi mendaki gunung jika terserempak dengan resam pastilah memeningkan kepala sahaja.


Parit memisahkan antara ladang kelapa sawit dan lot tanah yang dipenuhi resam. Jikalau jatuh dalam lot tanah resam ini, pasti memikirkan dua kali sebelum hendak pergi mencarinya.

Credit 9W2OCX

Jarak 22.2 m kemungkinan jarak peranti dari titik akhir.



Hasil tangkapan petang tadi oleh Arul 9W2OCX dai Tanjung Sepat. Tahniah Arul 9W2OCX berjaya recover belon KLIA pagi tadi radiosonde 2405015155.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya



No comments:

Post a Comment

Jatuh Hujung Resam

  Belon KLIA pagi tadi berjaya dijumpai oleh Arul 9W2OCX di Tanjung Sepat. Berdekatan Jalan Sekolah, Arul 9W2OCX lebih kurang beberapa minit...