Taman Rekreasi Terbaru di KL


 Sabtu 5 Oktober 2024 telah berkesempatan ke taman rekreasi terbaru di Kuala Lumpur. Oleh kerana buka jam 5 petang. Pergi ke KLCC terlebih dahulu. Hujan telah turun  sejak jam 3 petang.


Replika Menara Berkembar Petronas Lego di kedai alat permainan yang terkenal di sini. Mencari-cari barang mainan yang diminati. Namun tiada dan terjumpa di Isetan bahagian permainan kanak-kanak.


99 Wonderland Park bersebelahan Pasar Borong Kuala Lumpur sahaja. Kawasan tadahan air bertukar menjadi taman rekreasi yang menarik pengunjung. Wildlife in The City pada lambang korporat taman ini dengan dua ekor Tapir ikon Malaysia menjadi latar logo.


Sebelum itu solat asar di Surau Taman Seri Murni memandang cuaca hujan. Usai solat terus meletakkan kereta di parkir hadapan pintu masuk. Beratur membeli tiket dengan bayaran RM80. Dewasa RM45 dan Kanak-kanak RM35. Harga ini termasuk percuma Madagascar carousel ride, paddle boat, Ferris Wheel dan train.


Selepas dipakai tag gelang seperti taman tema lain berjalan ke titian hala ke restoran. Kelihatan bot persiaran mengelilingi tasik tersebut. Tengah tasik air pancut berirama jam 8 malam. Kami tidak menunggu detik tersebut kerana Damia lebih berminat melihat haiwan yang ada sahaja.


Melepasi titian itu melalui patung haiwan zodiak. Haiwan menurut kepercayaan masyarakat cina. Sebelah tasik adalah tempat pedal bot. Oleh kerana basah, selepas hujan aktiviti mengayuh tidak sesuai. Terus melepasi restoran menemui Flamingo. Kemudian kawasan sangkar burung. Spisies yang ada Blue dan Gold Macaw, Sulphur Crested Cockatoo, Golah, Orange Winged Amazon, African Grey, Cockatiel, Chestnut-Fronted Macaw dan Eclectus.


Kemudian sebelah tasik terdapat lagun unggas itik seperti spesies Great White Pelican, Bar-Headed Goose, Mute Swan, Mandarin Duck, Wood Duck, African Spoonbill, Red-Crested Pochard, Black Swan, Scarlet Ibis, dan Peafowl.


Laluan melihat Tapir yang berada dalam kandang sahaja. Jadi, keluar semula terus ke hadapan lagi melihat Beruang Matahari. Ada dua ekor dalam kurungan yang bergerak ke sana-sini. Sangat aktif tak berhenti-henti jalan mundar-mandir.


Sebelum tiba di akuarium ikan gergasi, melalui Jalan Panda terlebih dahulu. Replika panda-panda pelbagai aksi di tebing bukit berlatar belakangkan pokok-pokok buluh. Ini menambahkan suasana habitat panda sebenar.


Kemudian menghampiri kandang Serval Cat, African Civet dan Caracal. Tiba kawasan akuarium ikan gergasi merupakan permulaan titian sejauh 175 meter panjangnya.


Selepas itu melihat telatah memerang, African Crested  Porcupine, Mara dan Mongoose. Damia memberi kacang panjang pada memerang yang kelaparan. Setiap seekor mendapat satu. Ada yang pandai mengambil walau terjatuh pergi kutip semula. Ada juga yang tunggu diberi dengan elok hanya menunggu sahaja.


Aksi berebut-rebut memerang mencuit hati melihat keletah. Haiwan yang sangat aktif dan pandai menarik perhatian pengunjung yang datang ke tempatnya.


Burung yang bersanggul cantik ini cuba mematuk lobak yang dihulurkan. Sebelah kiri pula telah memasuki kawasan Wild Island. Beberapa spesies monyet bergerak aktif meminta makanan. Menghulurkan tangan meminta sesuatu dari orang ramai.


Seterusnya, disebelah burung ini merupakan haiwan kegemaran Damia iaitu Capybara. Ada sepasang Capybara dewasa telah berjaya mendapat empat ekor anak. Pertama kali Damia ke sini dulu tidak dapat melihat lebih dekat. Pada kali ini, Capybara dewasa makan setiap yang dihulur oleh Damia. Baling potongan lobak kepada anaknya pasti mencari-cari makanan yang dibaling itu. Anak-anak Capybara ini tidak datang menghampiri pengunjung. Kemungkinan takut atau segan dengan kehadiran pengunjung.


Selepas puas memberi Capybara makan bergerak ke pintu masuk Pulau. Ada rakun yang aktif bermain bersama penjaganya. Kemudian, berhampiran Rakun terdapat kotak Tikus belanda atau Prairie Dog. Pada mulanya ada dua ekor sahaja. Selepas beberapa lama di situ bertambah lagi tiga ekor oleh penjaga meletakkan ke dalam kotak tersebut. Sangat aktif memakan makanan yang diberi. Damia suka memegang dan mengangkat haiwan jinak tersebut.


Leka membelai tikus belanda ini terdapat seekor burung unta yang bergerak bebas. Agak besar dan sangat berani meminta makanan. Tahu orang memegang bekas makanan tanpa segan silu meminta makanan tersebut.


Seterusnya melihat-lihat haiwan lain yang ada di pulau tersebut. Antara yang disenaraikan dalam risalah yang diberi adalah Brown Capuchin, Bat-Eared Fox, Ring-Tailed Lemur, ular-ular, Asian Palm Civet, Ferret, Green Iguana, Common Marmoset, Sulcata Tortoise, African Crowned Crane dan Burung Unta.


Lemur ekor belang ini juga sangat jinak. Memakan makan yang dihulur dengan mata yang bulat itu mencuit hati juga. Lepas dapat makan duduk bertenggek rapat-rapat dengan yang lain. Mungkin kesejukan keranasuhu persekitaran rendah selepas hujan.


Aksi lemur memanjat jaring meminta makanan daripada Damia. Pandai menghulurkan tangan meminta makan. Tangan yang lebut elokmengambil makanan tanpa jatuh. Tidak pula memcakar. Mudahlah beri makanan kepada lemur yang jinak ini.


Puas bermain dengan lemur bergerak ke sangkar marmoset pula. Haiwan kecil berbulu yang comel ini juga pandai meminta makanan juga. Sangat aktif selepas berjaya mendapat makanan yang dihulurkan.


Kemudian meninjau Sulcata. Hanya ada seekor sahaja kura-kura besar ini menghampiri pintu. Namun, yang seekor ini kepalanya masuk dalam cengkerangnya. Tidak dapatlah hendak menghulurkan makanan. Sulcata yang berada jauh di dalam turut tidur dalam cengkerang masing-masing.


Melepasi kolam buaya tembaga terlihat seekor yang timbul bahagian kepala sahaja. Semakin menghampiri senja semakin bertambah pengunjung. Mungkin menunggu persembahan air pancut dan lampu pada  amalam hari.


Terus ke pintu masuk terdapat deretan Beruang Universal dan Master Panda. Patung-patung beruang dicat mengikut tema negara-negara yang ada di dunia. Kemudian ke kedai cenderahati. Damia melihat-lihat patung-patung haiwan yang boleh dibawa balik. Patung kura-kura berjaya menambat hati untuk dibawa pulang.


Puas mendapat yang dihajati terus ke taman Dinosaur. Menaiki tangga hingga bertemu Trex di atas puncak. Pemandangan 360 darjah melihat kawasan persekitaran taman rekreasi ini.


Suasana menghampiri senja dan mendung selepas hujan. Replika haiwan yang pasti menarik ketika waktu malam. Damia pernah pergi ketika waktu malam. Kali ini datang sememang mahu melihat haiwan sahaja. Puas berjalan kamipun balik tanpa menunggu waktu malam seperti pengunjung lain.


Pemandangan menghadap pulau haiwan. Air tasik ditiup angin mencetuskan gelombang-gelombang kecil. Bot persiaran pula meluncur laju mengelilingi tasik ini.


Rakaman video di atas taman dinosaur suasana persekitaran taman rekreasi 99 Wonderland Park. Bawa bersama keluarga pasti menggembirakan hati semua.

Selamat berkunjung!
Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...