Pagi ini Team Central berjaya recovery dua belon KLIA. Penulis sendiri hasil mengkaji peta belon pagi semalam berjaya mencari laluan akses ke radiosonde 2405015815. Jatuh pagi semalam jam 9:28 pagi. Koordinat 2.70482 darjah Utara dan 101.7203 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 122m dan altitud ketinggian maksimum adalah 26,397 m.
Usai menghantar harmonic ke sekolah terus memandu ke KLIA melalui Jenderam dan Salak. Tiba di runway tengah tempat orang melihat kapal terbang berlepas kini. Meletak jelopi bawah pokok agak berteduh. Bersiap sedia beg galas serta memeriksa GPS Waypoint Finder tertera jarak hampir 700m lebih.
Pemandangan dari jelopi diparkirkan landasan bahagian tengah. KLIA mempunyai tiga runway. Berjalan dari sini berjumpa tempat kontraktor punyai tempat simpanan barang. Ikut laluan sawit tanah merah. Kemudian belok ke kanan menghala ke lampu landasan kapal terbang. Selisih dengan kenderaan pacuan roda ketika bergerak ke titik akhir.
Laluan sawit yang terang ini menunjukkan sering diguna oleh kenderaan. Ketika pulang berselisih dengan seekor anak lembu muda. Lembu berpatah balaik ketika penulis meneruskan perjalanan ke jalan besar. Sebelah kiri terdapat parit dan pagar menunjukkan syarikat perladangan yang berbeza.
Melewati barisan lampu landasan belok ke kiri dan terpaksa melepasi air bertakung kerana kawasan rendah. Jalan terus beberapa meter sahaja lagi hingga memasuki laluan barisan kelapa sawit mula bersemak.
Menghampiri titik akhir tiada tanda bahawa belon ada di situ. Pasti ada ke hadapan sedikit memandangkan altitud ketinggian terakhir hanyalah 122 meter sahaja. Lagi rendah mudahlah mencarinya walaupun kawasan sekitar agak bersemak.
Memerhatikan setiap sudut dengan penuh berhati-hati. Memandangkan kawasan kelapa sawit agak tua dan bersemak tidak berkemas. Kemudian melihat sebelah sempadan ternyata terlihat benang tersangkut pada pokok renek bersemak. Ikut benang ke bawah hingga terlihat peranti berada betul dalam parit yang kering.
Mencari laluan yang selamat untuk masuk turun ke bawah dalam parit kering tersebut. Selepas berjaya turun terus membuat kerja-kerja perekodan. Kemudian menarik benang dan ternyata belon tersangkut pada pokok renek ke hadapan lagi.
Sempat mengambil gambar kapal terbang dari parit kering tersebut. Cuba menghantar laporan di laman sesawang SondHub tetapi gagal kerana tiada liputan talian. Maklumlah berada di dalam parit bawah tanah. Kemudian putuskan benang dan terus memanjat semula tebing naik ke atas semula.
Jarak 24 meter merupkan jarak peranti ke titik akhir. Jarum berwarna hijau menunjukan ia terlalu hampir dengan titik akhir.
Kawasan titik akhir merupakan laluan sawit. Malangnya agak bersemak tidak berjaga berbanding ladang bersebelahan. Walaupun agak bersemak seperti ini. Namun, titik akhir yang rendah menggagahkan diri juga untuk pergi mencari.
Simpang antara jalan tanah merah ke laluan bersemak titik akhir di hadapan. Kmudian bergerak untuk ke ladang kelapa sawit sebelah pula untuk mengambil belon yang tersangkut tersebut.
Masuk ke ladang sebelah melalui laluan motor yang melalui parit sempadan tersebut. Merujuk GPS Waypoint Finder semula. Kemudian naik batas yang menjadi sempadan bersebelahan parit tadi. Berada di atas batas dengan berhati-hati kerana agak bersemak. Silap langkah pasti boleh jatuh ke parit kering yang agak tinggi melebih dua meter kedalamannya.
Jarak 30.8 meter merupakan jarak belon ke titik akhir. Belon berada di hadapan peranti. Rujuk tangkap layar di atas. Saat akhir belon bertukar arah berpatah balik.
Belon tersangkut pada pokok renek pada batas ban sebelah parit kering. Ketika menarik keluar belon terdapat serpihan tersangkut pada belon.
Hasil tangkapan pagi tadi. Walaupun ia jatuh pagi semalam, bau belon masih kuat lagi. Sebelum ini jumpa belon hilang sepenuhnya.
Laluan masuk ke ladang sebelah melalui parit yang kering itu. Motorrsikal dan lembu-lembu menggunakan laluan ini untuk menghubungkan kedua kawasan ladang.
Papan tanda tertera pemilik ladang Malaysia Airport Berhad. Kawasan rendah ini digenangi air. Nasib baik ada laluan kenderaan. lalu sahaja tanpa merentasi pokok kelapa sawit yang sangat bersemak ini.
Sempat mengambil gambar kapal terbang yang baru berlepas. Mengikut laluan sama lebih mudah dan menyakinkan. Perlu keluar segera untuk bersiap ke saltmine pula.
Jejak laluan hasil cerapan jam Garmin mode Tactical. Jarak keseluruhan 3.61km dalam tempoh masa 1 jam 5 minit 38 saat. Jumlah kalori yang digunakan adalah 399 kalori.
Manakala belon KLIA pagi jatuh di Bandar Enstek. Zahrin 9W2MDZ telah berjaya recover dengan mudah sebelum ke saltmine juga.
Belon KLIA radiosonde 2405015808 jatuh jam 9:45 pagi. Koordinat 2.74412 darjah Utara dan 101.75994 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 188m dan ketinggian maksimum 31,122m.
Credit 9W2MDZ |
Peranti jatuh di atas tanah di bawah pokok kelihatannya. Daun-daun kering serta ranting-ranting kayu di sekeliling.
Credit 9W2MDZ |
Kelihatan benang tergantung dari dahan pokok. Sudah pasti belon tersangkut dari atas pokok. Paling penting peranti di atas tanah dalam keadaan baik.
Credit 9W2MDZ |
Peranti radiosonde 2405015808 dalam genggaman berserta serpihan belon turut berjaya dijumpai.
Credit 9W2MDZ |
Kebiasaannya belon mula jatuh ke darat memberi petanda banjir mungkin boleh berlaku. Berwaspadalah selalu dan peka pada amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Selamat memburu!
73 Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment