Pagi isnin 30 September 2024 bergegas semula ke Jalan Punai, Banting. Malam sebelumnya berjaya mendapat belon KLIA di situ bersama Man Viper 9W2PRX. Sudah lama tidak menjalankan misi pencarian sebelah malam. Agak kalut sedikit hingga handy yang diletak atas tanah terlupa hendak ambil semula. Maklumlah tak cukup tangan hendak memegang lampu suluh serta telefon. Teringat semula ketika hendak sampai Bangi. Berpatah balik memang tidaklah.
Alhamdulillah handy masih elok di atas tanah. Agak kebasahan setelah ditimpa hujan. Pagi itu cuaca mendung dan hujan. Masuk dalam kereta barulah hendak mengkaji lokasi belon KLIA pagi itu pula. Setelah mengenal pasti lokasi barulah terus bergerak. Tiba di lokasi hujan masih turun lagi.
Berhenti lokasi selamat terlebih dahulu. Mengenal pasti lokasi belon jatuh dengan tepat lagi. Berpatah balik berpandukan anak panah GPS Waypoint Finder terus mencari lokasi berhenti yang selamat. Maklumlah jalan di sini bahu jalan agak sempit kerana kiri dan kanan terdapat parit. Setelah berhenti berjaya mendapat isyarat peranti yang masih aktif. Itulah sebabnya perlu pergi mendapatkan handy semula agar isyarat peranti boleh didengari. Lagipun radio ini ada AIR band. Monitor pilot berkomunikasi dengan Lumpur Radar.
Jarak lokasi kereta ke titik akhir adalah 566 m sahaja. Apabila menanggalkan antena tiada sebarang bunyi. Ini menandakan peranti sememangnya berada di dalam kawasan ladang kelapa sawit tersebut. Merujuk kepada jangkaan mendarat oleh laman sesawang SondeHub ia menghala ke Barat Laut. Lagipun altitud ketinggian terakhir adalah 1787m sangat tinggi. Jadi boleh abaikan dan terus memandu ke saltmine di Cheras.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment