Belon Pembukaan 2025


 Cuti Tahun Baru 2025 digunakan mencari lagi belon kaji cuaca yang masih berbaki. Bergerak semula ke Bukit Changgang jalan sebelum stesen minyak Petronas Jalan Tadom. Kali ini bergerak ke titik akhir radiosonde  2405011536 yang telah jatuh 6 Disember 2024 yang lalu. Semasa cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember 2024 sempat pergi meninjau di sekitar kolam pokok teratai sahaja.


Pada kali ini tergerak hati untuk meninjau ke titik akhir pula. Hari itu mencari sekitar jarak hingga 400m dari titik akhir. Oleh kerana tidak jumpa, percubaan kali kedua dibuat pagi ini. Altitud ketinggian akhir 408m agak tinggi juga. Belum cuba belum tahu. Berdasarkan tangkap layar di atas masih dalam kawasan kebun kelapa sawit lagi.


Bergerak terus dari jalan besar Bukit Changgang hingga menghampiri titik akhir. Berhenti di bahu jalan berdekatan kebun kelapa sawit bersebelahan dengan rumah sebuah-sebuah. Meletakkan kereta di bahu jalan berdekatan jambatan ke kebun. Air parit mengalir lesu. Mula memakai kasut dan membawa bersama beg sandang yang mengandungi pisau lipat dan kompas perismatik.


Aliran tali air menghadap ke deretan rumah sebuah-sebuah. Berpandukan GPS Waypont Finder terus menghala ke titik akhir. Ikut laluan sawit agak lecah. Maklumlah sekarang ini musim monsun.Bersebelah kanan merupakan deretan rumah. Lega hati kerana kawasan jatuhan dalam kebun kelapa sawit. Ada kerja pembinaan rumah juga di situ. Langkah terus berhati-hati. Kemudian beralih arah ke titik akhir. Menghadap sebelah kiri pula. Terus terpandang benang bergantungan.



Belon Pembukaan 2025

  Cuti Tahun Baru 2025 digunakan mencari lagi belon kaji cuaca yang masih berbaki. Bergerak semula ke Bukit Changgang jalan sebelum stesen m...