Tiga belon berturut

Credit 9M2MDZ

 Tiga belon berturut telah berjaya diperolehi oleh Zahrin 9M2MDZ. Belon terakhir belon KLIA pagi tadi. Jatuh di Kampung Hulu Chuchoh.

Credit 9M2MDZ

Pin lokasi mendarat radiosonde 2405015303 kawasan jalan Tailong. Mudah sahaja hendak ke tempat yang ditujui dengan menggunakan Google Map.

Credit 9M2MDZ

Belon dan peranti dalam genggaman Zahrin 9M2MDZ. Kelihatan serpihan belon agak besar juga.

Credit 9M2MDZ

Kebiasaannya ukuran jarak dari titik akhir ke peranti yang dijumpa telah direkod 37.7m. Ukuran bagi altitud ketinggian akhir 296m.

Credit 9M2MDZ

Belon diatas tanah keliling kawasan kelapa sawit. Longgokan belon kelihatannya agak besar. Penulis selalu dapat belon tinggal muncung yang diikat tali rafiar itu.

Credit 9M2MDZ

Peranti tergantung dari pelepah kelapa sawit. Kawasan kebun ini sangat bersih. Tidak kelihatan rumput-rampai di tanah serta persekitaran tersebut.

Credit 9M2MDZ

Kejayaan kedua merupakan belon pagi semalam di KLIA. Radiosonde 2405015285 telah jatuh di belakang Met Malaysia sahaja.

Credit 9M2MDZ

Ada laluan untuk ke lokasi jatuhan belon pagi tersebut. Ladang kelapa sawit milik MAB. Penulis pernah juga mencari dalam kawasan bersebelahan KLIA ini.


Peranti dan belon dalam genggaman Zahrin 9M2MDZ.

Credit 9M2MDZ

Jarak 1.2m dari titik akhir ke belon bagi altitud ketinggian 65m sahaja.

Credit 9M2MDZ

Jarak ukuran yang diukur oleh Zahrin 9M2MDZ

Credit 9M2MDZ

Kejayaan ketiga belon malam kelmarin. Radiosonde 2405015301 jatuh di Kota Warisan. Tepi jalan sahaja memudahkan akses.

Credit 9M2MDZ

Pin merah dalam Google Map sasaran bagi pemburu belon. Lagi-lagi jatuh tepi jalan merupakan satu anugerah.

Credit 9M2MDZ

Peranti mencecah tanah berhampiran pelepah sawit kering.

Credit 9M2MDZ

Benang tergantung sangat membantu mengesan belon an peranti radiosonde.

Credit 9M2MDZ

Kejayaan ketiga dalam genggaman Zahrin 9M2MDZ.

Credit 9M2MDZ

Menurut Zahrin 9M2MDZ, laluan tersebut untuk masuk lokasi belon jatuh. Tahniah Zahrin 9M2MDZ tiga belon berturut-turut berjaya dijumpai untuk musim 2025.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Yatt 9M2YAT Berjaya mendapat lesen Ozonsonde

  Semalam hari Jumaat 7 Mac 2025, Yatt 9M2YAT telah berjaya mendapat belon Ozone KLIA. Jatuh di Kampung Kathong bersebelahan Pusat Matrikula...