Tak Jumpa

Credit 9M2MDZ

 Pada ahad lepas 12 Januari 2025 sempat mencari satu sahaja belon kaji cuaca. Misi solo ketika itu di Kampung Batu Laut. Radiosonde 2405015302 telah jatuh pada 4 Januari 2025 jam 9:35 pagi. Koordinat 2.68628 darjah Utara dan 101.51492 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 330m dan ketinggian maksimum 28,420m


Titik akhir bukti telah sampai ke kawasan tersebut. Meletak kereta di kawasan lapang bertentangan dengan sebuah rumah penduduk lorong Wagiman. Keluar dari Lorong Wagiman bergerak ke titik akhir melepasi parit besar. Ada lorong masuk ke kebun kelapa sawit. Sebelah tanah tersebut ada rumah penduduk. Maka, mudahlah operasi SAR dijalankan tanpa mengganggu penduduk.


Kebun kelapa sawit agak bersih juga. Terpakasa belok ke kiri sedikit untuk tiba ke titik akhir. Sampai titik akhir mengenal pasti arah belon mendarat. Arahnya bukan di kawasan kebun sawit itu. Mengarah masuk ke petak sebelah. Ke depan sikit kawasan paya. Bergerak hingga menemukan jalan kampung di sebelah belakang kebun sawit tersebut.


Pemandangan petak sebelah arah belon jatuh merupakan tanah yang tidak diusahakan. Manakan tidak, kawasan tersebut berpaya. Kemudian kembali masuk ke dalam kebun sawit semula. Bergerak semula ke titik akhir sambil mata melilau. Namun, tidak menjumpai sebarang tanda.


Kali kedua dari titik akhir cuba mengarah ke belon jatuh. Masuk petak sebelah adalah dusun buah-buahan yang agak semak. Terus berpatah balik kerana kawasan tersebut tidak boleh dimasuki. Keluar balik ke kebun kelapa sawit dan terus ke kereta semula. Menyusur laluan yang sama hingga keluar semula ke Jalan Dusun di Kampung Batu Laut ini. Masuk semula lorong Wagiman untuk bergerak pulang.


Seterusnya bergerak ke Petronas Kanchong Darat di Jalan Durian. Port kami untuk berkumpul sebelum melancarkan misi. Mengikut perancangan ada beberapa misi SAR lagi. Namun, perancangan tidak dapat diteruskan memandangkan motorsikal Arul 9M2OCX telah rosak dan dihantar ke bengkel.


Sebenarnya Arul 9M2OCX ingin menghantar kabel coax radio juga yang telah ditempah. Maka, terus ke bengkel motorsikal tersebut di Puchong Perdana. Sempat bola mata terlebih dahulu di kedai mamak. Dua gulungan kabel coax tersebut untuk antena radio bagi aprs. Perjalanan dari Banting melalui Sri Cheeding masuk ke Rimbayu. Terus ke Kampung Lombong sampailah ke Puchong Perdana.


Usai mengeteh singgah sebentar di masjid terapung di Puchong Perdana tersebut. Teringat dahulu sebelum Masjid dibina ada pertandingan memancing yang dianjurkan oleh MPSJ. Ketika itu sedang  menjalani latihan praktikal di Unit Sukan dan Kebudayaan.


Selesai solat Zohor sempat mengintai di dasar tasik tersebut. Air jernih menampakkan susuk tubuh ikan berenang-renang dengan gembira. Terus pulang memandu mengikut LDP menghala ke Bangi.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Gajah Akuatik

  Cuti hujung tahun lepas sempat membawa harmonic bercuti ke Melaka. Destinasi pertama adalah A Famosa Resort, Alor Gajah. Kali kedua Damia ...