Credit 9M2MDZ |
Belon malam tadi jatuh di Pulau Carey masih hidup lagi. Ini disahkan oleh Zahrin 9M2MDZ yang telah pergi mencarinya pagi tadi. Radiosonde 2405015568 telah jatuh pada 17 Januari 2025 jam 21:26 malam. Koordinat 2.8519 darjah Utara dan 101.39286 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 515m dan ketinggian maksimum 26,410m.
Credit 9M2MDZ |
Zahrin 9M2MDZ berjaya mengesan radiosonde tersebut menggunakan peranti yang boleh mengesan koordinat terkini kerana isyarat masih lagi aktif. Kuasa bateri radiosonde mampu bertahan hingga 16 jam. Tidak mustahillah jika dapat bertemu semula menerima isyarat yang masih kuat. Koordinat terkini 2.85085 darjah Utara dan 101.39146 darjah Timur.
Credit 9M2MDZ |
Hasil pencarian pagi tadi di Pulau Carey oleh Zahrin 9M2MDZ. Kebiasaannya setiap awal tahun pasti belon kaji cuaca akan mendarat di Pulau Carey. Jika tidak bernasib baik akan terus ke Selat Melaka.
Seterusnya sebelum balik Nilai sempat singgah Sungai Lang, Banting. Radiosonde 2405015296 telah jatuh pada 13 Januari 2025 jam 21:25 malam. Koordinat 2.78692 darjah Utara dan 101.53075 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 375m dan ketinggian maksimum 29,141m.
Credit 9M2MDZ |
Credit 9M2MDZ |
Pemandangan hala ke tepi jalan pula. Kuda besi yang berjasa membawa tuan dari Nilai hingga ke Sungai Lang.
Credit 9M2MDZ |
Radiosonde 2405015296 dalam genggaman Zahrin 9M2MDZ merupakan yang kedua diperolehi pada hari ini.
Credit 9M2MDZ |
Dua peranti radiosonde berjaya dibawa pulang oleh Zahrin 9M2MDZ. Syabas dan Tahniah kepada beliau atas misi SAR di Pulau Carey dan Sg Lang.
Selamat Memburu!
Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment