Cuti hujung tahun lepas sempat membawa harmonic bercuti ke Melaka. Destinasi pertama adalah A Famosa Resort, Alor Gajah. Kali kedua Damia ke sini kerana ingin pergi Pulau Monyet. Pemergian pertama pada Februari 2024 yang lalu tidak berkesempatan. Maka cuti hujung tahun 2024 ini mengambil peluang sekali lagi.
Memandu dari Bangi lebih selesa melalui jalan dalam sahaja. Menghala ke Nilai merentasi Labu hingga ke Seremban. Terus keluar melalui Senawang hinggalah Kota. Singgah sarapan terlebih dahulu sebelum ke Alor Gajah. Tiba di A Famosa Resort kelihatan tempat letak kereta masih banyak yang kosong lagi. Membuat bayaran masuk di kaunter. Dewasa RM60 dan kanak-kanak RM50 untuk warganegara.
Melepasi lorong masuk terus ke jeti Pulau Monyet. Staf menyatakan jeti dibuka jam 12.00 tengah hari. Terpaksa berpatah balik melihat persembahan haiwan terlebih dahulu. Menghampiri jam 12.00 tengah hari Damia mengajak ke jeti semula. Oleh kerana agak awal dapatlah kami duduk di bangku agak hadapan. Sempat melihat staf menghantar makanan kepada seekor monyet yang tinggal sendirian di pulau kecil bertentangan jeti. Sangkaanku pasti pulau itu yang akan dikunjungi nanti.
Melepasi jam 12.00 tengah hari, staf sedang sibuk bersedia untuk membawa pengunjung. Setelah kembali menghantar makanan monyet tunggal di pulau kecil itu, barulah bergerak ke Pulau Monyet. Bot yang kami naik berbentuk pelantar yang berbumbung dengan enjin berkuasa tinggi. Pengendali bot memastikan penumpang duduk dengan keseimbangan yang betul. Jika berat sebelah pemanduan terganggu dan pasti tidak stabil.
Beberapa minit kemudian tibalah kami di Pulau Monyet tersebut. Staf cuba memanggil beberapa ekor monyet kecil yang ada di atas pokok renek. Umpan buah anggur dan potongan jagung monyet tersebut datang dekat. Amat jinak sekali. Puas melihat keletah monyet kecil tersebut Damia ajak pulang ke jeti semula.
Beratur menunggu menaiki bot pelantar semula. Terpaksa menunggu trip yang kedua baru dapat menyeberang semula. Tiba di jeti membeli makanan haiwan. Capybara diberi makan. Namun, pada kali ini haiwan tersebut mengantuk dan tidur sahaja. Kemudian, memberi makan kura-kura gergasi pula.
Ada juga lelabi dalam kolam tersebut. Menghulur potongan lobak terus berebut untuk makan. Menyelam sambil makan lobak tersebut. Air kolam pula jernih membolehkan kelakuan diperhatikan.
Sungguh berselera makan potongan lobak oleh labi-labi tersebut. Damia sebelum ini hanya mengenali kura-kura sahaja. Pada kali ini, dapat berkenalan adik-beradik kura-kura iaitu labi-labi. Kemudian bergerak ke kura-kura gergasi tersebut untuk memberi makan.
Usai memberi makan terus ke kafeteria untuk makan tengah hari. Ketika makan hujan mencurah dengan lebatnya. Semua aktiviti tidak dapat dijalankan. Usai makan ke surau untuk solat zohor terlebih dahulu. Hujan semakin reda. Usai solat terus ke persembahan wild-wild west pula. Aksi koboi dan tembak-menembak. Awas! bunyi letupannnya agak kuat. Masa pertama kali dahulu, Damia sangat terkejut dan agak takut. Tidak pada kali ini. Damia dapat mengahayati jalan cerita dengan baik dan tidak terkejut lagi.
Usai persembahan koboi tersebut hujan kembali turun. Boleh dilihat bandar koboi tersebut telah dinaik taraf. Ada beberapa penambahan pada bangunan yang menjadi latar belakang cerita. Jalan cerita sama sahaja. Pasti menarik dan memberi satu pengalaman yang baru menonton aksi secara langsung.
Setelah beberapa minit hujan pun semakin reda. Orang ramai berpusu-pusu keluar untuk melakukan aktiviti masing-masing. Damia mengajak ke tempat persembahan gajah. Semasa hala ke sana melihat haiwan kebasahan akibat hujan lebat sebentar tadi. Ada seekor memerang berjaya keluar dari kawasan kurungan. Jinak hendak menghampiri orang untuk minta makan. Bila dekat lari pula. Jinak-jinak merpati.
Tiba di kawasan persembahan gajah sudah ada pengunjung setia menunggu. Walaupun persembahan agak lama lagi, terdapat segelintar telah sabar menunggu. Penantian tidak sia-sia. Tiba-tiba dua ekor gajah telah datang terlebih awal. Sudah pasti menggembirakan Damia yang suka akan haiwan. Membeli makanan untuk gajah tersebut. Patah-patahkan potongan lobak merah membolehkan ia diberi makan dengan banyak kali.
Gajah dengan penuh harapan menunggu untuk dihulurkan makanan. Dua ekor gajah tersebut sangat jinak dan baik. Walaupun bebas ia tetap dipantau oleh penjaganya. Setelah masuk waktu persembahan barulah dua ekor gajah tersebut masuk kembali. Tepat jam 5.00 petang persembahan gajah pun bermula.
Usai persembahan gajah bergerak pula ke persembahan akuatik gajah. Persembahan terkini melihat gajah berenang. Masuk ke dalam orang ramai memenuhi ruang duduk yang ada. Hadapan mata sebuah akuarium yang besar bagi menonton aksi gajah berenang.
Seekor gajah betina mula masuk ke dalam air. Para pengunjung duduk di tempat masing-masing meleihat dihadapan kaca akuarium aksi gajah sedang berenang. Sambil berenang pengacara memberi maklumat tentang aksi yang dilakukan oleh gajah tersebut.
Selesai persembahan Gajah Akuatik. Bergerak ke tempat menunggu trak untuk ke safari. Perlu beratur mengikut lorong yang disediakan. Pada kali ada penambahbaikan sedang dijalankan bagi kemudahan haiwan tersebut. Puas naik trak sambil mendengar maklumat setiap haiwan yang dilalui dari pemandu. Bergerak keluar ke kereta untuk mencari tempat penginapan di Ayer Keroh pula.
Hotel Seri Malaysia menjadi pilihan untuk dua malam seterusnya. Ini disebabkan lokasi yang dikunjungi berada disekitar kawasan ini sahaja.
Selepas sarapan di Coffee House terus ke Taman Rama-rama Melaka bersebelahan dengan plaza tol Ayer Keroh sahaja. Kami tiba staff berduyun-duyun baru tiba bagi memulakan tugas. Setelah bersedia barulah kami dapat membuat pembayaran. Tiket bagi dewasa RM33.00 dan kanak-kanak RM29.00 sahaja. Bekas memberi makanan pula berharga RM8.00.
Oleh kerana bekas makanan belum tersedia lagi. Bersiar-siar berdekatan kaunter makanan tersebut. Masuk sahaja dari pintu hiruk-pikuk bunyi burung nuri telah kedengaran. Sangat bergerak aktif terbang ke sana ke mari di dalam kurungan.
Suasana persekitaran taman ini amat mententeramkan jiwa. Lebih-lebih lagi mendengar deruan air yang mengalir. Rama-rama memerlukan persekitaran yang aman damai terbang bebas mencari makanan.
Sering dilihat juga hinggap di dedaunan yang menghijau. Air mencurah turun menderu menghasilkan irama yang mengasyikkan. Simfoni alam walaupun buatan dan rekaan dapat menghasilkan suasana habitat alam semulajadi.
Sekumpulan rerama pelbagai spesies hinggap di konkrit bentuk batang kayu. Sangat meriah di bahagian kawasan kurungan rerama yang pertama ini. Kemudian berselisih dengan staf yang terdapat bekas rerama. Rupanya pengunjung diberi peluang untuk melepaskan rerama dalam bekas tersebut. Membebaskan rerama simbolik kepada usaha mencintai flora dan fauna yang harus dikekalkan.
Keluar sahaja kurung rerama pertama melalui kawasan gua yang terdapat serangga pelbagai spesies. Penulis lebih tertarik dengan lanskap air terjun yang mengalir di situ. Batu-batu di penuhi lumut memberi suasana yang menghijau sejuk mata memandang.
Ikan koi berebut-rebut setelah palet makanan ikan dilemparkan ke dalam kolam tersebut. Sudah pasti Damia orang yang paling seronok melihat ikan-ikan ini merebut makanan.
Kolam ikan yang dihiasi air terjun bermula dari atas tadi mengalir ke bawah ke kawasan kolam ikan koi ini. Suasana hijau ini menyerupai kawasan hutan sangat menenangkan dengan deruan air yang mengalir di celah-celah batu.
Air terjun buatan seperti ini memberi gambaran awal agar selepas ini dapat merasakan alam semula jadi yang sebenar bagi Damia. Tumbuhan akuatik turut menghiasi persekitaran kolam dan aliran air tersebut. Sebelum ke kolam koi ini penulis telah mencuba memberi makan burung Emu. Alat keselamatan seperti cermin mata perlu dipakai bagi mengelakkan dipatuk burung tersebut.
Kurungan rerama yang kedua turut tidak kurang menarik juga. Pokok bunga yang banyak ditanam menjadi tempat rerama mencari makanan. Madu turut diberikan kepada rerama di sini selain buah-buahan. Hinggap pada bunga-bungaan yang kembang mekar mencari sedikit madu bagi meneruskan hidup yang tidak terlalu panjang jangka hayatnya.
Seterus melalui kawasan reptilia buaya dan kaiman. Merujuk kepada staf yang menjaga kawasan tersebut. Ada seekor buaya yang kudung kaki akibat digigit buaya lain. Terdapat satu kawasan kurungan buaya telah ditutup kerana musim buaya mengeram telur-telur. Ia tidak boleh diganggu kacau.
Kemudian melalui kawasan reptilia yang sudah pastinya haiwan tersebut adalah ular selain bianatang berbisa yang lain. Pelbagai spesies reptilia boleh ditemui.
Sudah pasti Damia lebih berminat menjinakkan burung Kakaktua dariapada reptilia tersebut. Burung akan hinggap di tangan kerana minat terhadap makanan yang ada. Sungguh jinak dan cantik sekali dengan pelbagai aksi.
Kemudian ke kawasan kura-kura gergasi pula. Pastilah aktiviti memberi makanan pada kura-kura ini satu kepuasan dan keseronokkan bagi Damia.
Staf taman rama-rama ini turut memantau semasa aktiviti ini berjalan. Kura-kura ini boleh mencapai usia beratus tahun ini sangat kuat dan lasak. Kura-kura Sulcata ini sering menjadi haiwan utama setiap pusat dan taman haiwan.
Seterusnya kami ke Taman Buaya pula. Tetapi sebelum itu mencari Taman Burung dekat Taman Botani. Sayang tinggal kurungan besar yang reput dimakan hari. Pusat itu telah ditutup. Singgah di Hutan Lipur sebentar dan kemudian meninjau di Taman Tema. Taman Tema Air tersebut bukanlah tarikan utama Damia ke sini.
Bayaran tiket Taman Buaya Melaka dewasa adalah RM19.00 dan kanak-kanak RM15.00. Bekas makanan haiwan pula berharga RM10.00 sahaja. Destinasi pertama memberi rusa makan dalam kurungan. Kemudian terdapat joyride kuda di taman ini. Sudah pastilah Damia tidak melepaskan peluang keemasan ini.
Menunggang kuda mengelilingi kandang haiwan ternakan sambil melihat buaya-buaya juga. Kemudian masuk ke kandang haiwan ternakan memberi pelbagi haiwan sepert arnab, ayam itik dan keldai juga. Seekor keldai membuat bising merajuk kerana tiada pengunjung memberi makan kepadanya.
Kurungan berdinding merah ini terdapat buaya tembaga. Demonstrasi memberi haiwan ini makan ada dipertunjukkan di sini. Aksi buaya merebut seekor daging ayam sambil berdiri setinggi mungkin menunjukkan kekuatan buaya mendapatkan makanan.
Aksi Damia memberi makan kambing dari luar pagar sahaja. Sebelum ini telah masuk ke dalam kurungan tersebut. Namun, aksi kambing berkeruman mendapatkan makanan sangat tidak menyelesakan Damia. Kambing-kambing ini agak agresif jika lambat menghulurkan makanan. Pasti ia kerumun dan berebut-rebut mendapatkan palet tersebut.
Ada kolam ikan juga di Taman Buaya Melaka ini. Ikan-ikan berebut makanan. Tapi tidaklah semeriah ikan koi di Taman Rama-rama Melaka sebelum ini. Ada kolam renang yang agak luas juga di sini. Pengunjung boleh bermain air dan berenang di dalam kolam renang yang disediakan. Gerai makan dan minum turut disediakan. Perut lapar dan dahaga tidaklah perlu dirisaukan ketika berada di sini. Pilih sahaja menu kegemaran mengikut citarasa sendiri.
Seterusnya ke kurungan unggas yang agak besar dan luas. Terdapat kolam kura-kura di sini. Ada potongan kang-kong yang boleh diambil dan seterusnya memberi makan pada kura-kura tersebut. Pelbagai spesies burung, ayam dan itik bergerak bebas dalam kurungan ini.
Lanskap aliran air yang indah ini direka bagi melahirkan habitat yang indah dan cantik untuk segala unggas di sini. Kelihatan ikan berenang-renang di aliran air buatan ini. Keluar kurungan ada kemudahan tandas dan surau turut disediakan. Model-model bangunan ikonik negara turut menarik perhatian pengunjung seperti Bangunan Parlimen, Litar F1 Sepang, Jambatan Pulau Pinang dan lain-lain lagi.
Seterusnya berjalan kaki ke Zoo Melaka pula. Bergerak melalui lintasan bawah tanah terus ke kaunter Zoo. Ketika tiba hujan turun sebentar. Kaunter tutup seketika bagi melihat situasi ketika itu. Kedengaran petugas kaunter menyatakan tiket tidak akan dikembalikan jikalau cuaca tidak mengizinkan. Sabar menunggu seketika, kaunter dibuka untuk jualan tiket seterusnya. Harga tiket dewasa RM33.00 dan kanak-kanak RM26.00 tidak termasuk servis caj dan cukai hiburan.
Pelbagai haiwan terdapat di Zoo Melaka ini. Ada pelbagai perkhidmatan menjadi pilihan bagi melawat kawasan sekitar zoo ini. Kami berdua lebih selesa berjalan kaki sahaja. Lebih dekat dan puas melihat pelbagai spesies haiwan.
Melewati kawasan joyride sudah pasti aktiviti ini tidak dapat dilepaskan Damia. Sangat suka menunggang kuda. Kali ini kuda lebih tinggi. Sudah pasti lebih seronok berbanding di Taman Buaya Melaka tadi. Kawasan menunggang lebih luas dan besar serta lebih selamat. Ramai penunggang menunggu giliran untuk menunggang juga. Sebelum menunggang membuat bayaran di kaunter terlebih dahulu. Seterusnya memilih topi keselamatan yang sesuai.
Seblah arena terdapat kandang kambing lagi. Beli bekas makanan di gerai berhampiran. Memberi makan kambing antara aktiviti yang menyeronokkan juga. Aksi kambing berdiri menunggu dengan sabar makan dihulurkan.
Bersebelahan kurungan kambing terdapat arena kuda padi pula. Sudah pastilah ia diberi makan juga. Kuda menanti penuh kesabaran makanan dihulur.
Walaupun kuda padi ini kelihatan kecil dan saiz anak, namun sebenarnya umurnya lebih tua lagi. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Seterusnya melewati kurungan girafah. Hanya dikelilingi longgokan batu-batu yang dijadikan pagar. Mundar-mandir ke sana ke mari. Ada pengunjung cuba memberi makan dauan-daun. Pasti ada diet yang sesuai untuk haiwan-haiwan seperti ini. Hanya memberi makan berdasarkan makanan yang sesuai sahaja. Selain itu, kita ditegah sama sekali memberi sebarang makanan kepada haiwan di dalam zoo ini. Ini pasti mengganggu diet ataupun boleh memberi kesan buruk seperti keracunan dan gangguan makanan.
Sekawan rusa dibatasi oleh longkang bagi tujuan kurungan. Berlari ke sana ke mari menunjukkan sihat dan aktif. Rumput semakin botak menjadi hidangan sepanjang masa selain makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Harimau sedang tidur dengan nyenyak sekali ketika petang itu. Setiap kurungan hariamau kelihatan tidur sahaja waktu itu. Singgah di Kafe Harimau untuk melepaskan dahaga setelah penat berjalan.
Dua ekor singa bergelimpangan juga tdur dengan nyenyak. Waktu kucing besar tidur dengan nyenyak sekali. Maka, janganlah membuat bising ketika kucing besar ini sedang tidur. Seterusnya bergerak lagi ke beberapa kurungan haiwan lagi. Walaupun penat berjalan tetapi hati tetap riang gembira memberi pelbagai pengalaman melihat haiwan.
Singgah pula di kurungan gajah lalu membeli potongan tebu. Pastilah gajah datang dekat apabila hirisan tebu dihulurkan.
Dua ekor gajah menanti pengunjung menghulurkan makanan. Gajah merupakan haiwan yang sering menarik perhatian pengunjung di zoo mana-manapun. Usai bermesra dengan gajah terus berjalan hingga ke pintu masuk semula untuk pulang. Sepanjang laluan ada pelbagai spesies haiwan lagi.
Aktiviti petang itu berendam di dalam kolam Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh. Ramai tetamu turut serta mandi-manda di dalam kolam ini. Tanpa menggunakan pelampung Damia masih mampu berendam dengan seronoknya.
Hari terakhir merupakan hari Krismas. Usai sarapan di Coffee House, terus memandu ke Bandar Hilir. Oleh kerana cuti umum masih banyak lagi tempat letak kereta yang kosong. Hanya sempat menunjukkan Kota A Famosa yang sebenar kepadanya. Selepas itu pusing satu kali di Bandar Hilir tersebut sambil menunjukkan tempat-tempat menarik dan bersejarah.
Selamat Memburu!
Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment