Stesen K4UAH-11, K4UAH-12, K4UAH-13 dan K4UAH-15 diaktifkan


Pagi tadi beberapa stesen K4UAH telah diaktifkan. Seolah berlumba diantara satu sama lain. Pendahuluan adalah stesen K4UAH-11 dengan kelajuan 89 km/h dengan bearing 249 darjah. Altitud ketinggian 28387m dengan suhu -38 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.35 volt. Penerbangan berhampiran Arkabutla yang mempunyai sebuah tasik.


Kedudukan kedua adalah stesen K4UAH-15 dilepaskan dengan kelajuan 56 km/h berserta bearing 281 darjah. Altitud ketinggian 28794m yang paling tinggi antara yang lain dengan suhu -38 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.36 volt. Penerbangan di Laws Hill berhampiran Tasik Sardis.


Kedudukan ketiga pula, stesen K4UAH-12 dengan kelajuan 46 km/h berserta bearing 284 darjah. Altitud ketinggian 24565m dengan suhu -42 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.32 volt. Penerbangan di Dumas. Kelihatan juga satu stesen yang aktif adalah KF5PRT-1.


Kedudukan terakhir adalah K4UAH-13 dengan kelajuan 33 km/h dengan bearing 266 darjah. Altitud ketinggian 23462m dengan suhu -43 darjah celsius. Tenaga kuasa 1.33 volt. Penerbangan di Pisgah.


Manakala stesen K4UAH-6 kembali ke Laut Kara menghala Pulau October Revolution. Kelajuan 65 km/h dengan bearing 31 darjah. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenag solar 3.30 volt. Locator NQ18EF.

 

Stesen K4UAH-6 berada di Autonomnyy Okrug, Rusia


 Petang ini, stesen K4UAH-6 telah berada di Autonomnyy Okrug, Rusia. Waktu tempatan ketika ini adalah jam 12:37.


Jam 15:38 kelajuan 28 km/h dengan bearing 0 darjah arah utara. Altitud ketinggian 12720m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar tengah hari ini di sana 4.40 volt. Locator MP52XM.

Terdapat satu stesen yang aktif di Noyabrsk iaitu RK9KWI-10. Arah timur laut dari Noyabrsk iaitu Tarko-Sale juga kelihatan beberapa stesen yang aktif. Stesen tersebut adalah RT9K-SG, UA9KDF-1, UA9KDF-9, UA9KDF-5, RT9K-10, RR9KAB


Stesen K4UAH-6 berada di Perm, Rusia


 

Petang ini, stesen K4UAH-6 telah berada di Perm, Rusia. Waktu tempatan ketika ini adalah jam 15:45. Lewat tiga jam daripada waktu Malaysia.

Terdapat sebuah stesen di Perm iaitu R9FDO-9.

Jam 18:48 kelajuan 59 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar petang ini 4.30 volt. Locator LO87NF.

Ini merupakan laluan baru. Sebelum ini penerbangan tidak pernah melalui kawasan ini.

Jam 18:58 kelajuan 89 km/h dengan bearing kekal 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu turun 0 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.30 volt. Locator LO87QF.

Dua stesen  kelihatan di  Yekaterinburg iaitu RR9CAB dan R9CIR.

Jam 19:18 kelajuan 59 km/h dengan bearing 89 darjah. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator LO87UG.






Stesen K4UAH-6 berada di Jaroslavl, Rusia

Pada malam ini, stesen K4UAH-6 telah berada di Jaroslavl, Rusia. Waktu tempatan ketika ini adalah jam 17:48

Jam 22:38 kelajuan 80 km/h dengan bearing 133 darjah. Altitud ketinggian 12720m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar petang ini di sana adalah 3.30 volt. Locator KO97QV.

Terdapat beberapa stesen AIS yang aktif di Sungai Volga. Stesen tersebuat adalah Moskovskiy-7 (feri penumpang), Shlyuzovoy-125(Tug), Shlyuzovoy-94(Tug), Bayker, MO-513, OS-16, TN-626, Meteor-218, dan RT2M-1





Stesen K4UAH-6 menghala ke Pulau Yuzhny, Rusia


 Pada malam ini, sekali lagi penulis menjejak stesen K4UAH-6 sedang melakukan penerbangan ke Pulau Yuzhny, Rusia. Bentuknya seperti tulang belakang manusia sekali imbas.

Pada 12 Jun 2021 yang lalu, stesen ini pernah menghala ke pulau ini juga. Kali kedua jejak ke pulau ini dari arah negara Skandinavia.

Jam 22:38 kelajuan 15 km/h dengan bearing 30 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 3.40 volt. Locator LQ22AX.


Pulau Yuzhny terletak dalam kepulauan Novoya Zemlya. Ia juga merupakan pulau terbesar  benua Eropah di lautan Artik. Menjadi tapak ujian tenaga nuklear di kepulauan ini.


Keindahan taman negara di kepulauan ini yang tiada tolok banding.

Stesen K4UAH-6 meninggalkan negara Skandinavia.

 


Semalam stesen K4UAH-6 baru menghala ke negara Skandinavia. Pada malam ini, baru melepasi negara Skandinavia di utara Norway. Penerbangan berada laut Barents.

Terdapat dua stesen berhampiran iaitu LA4YUA-2 dan LA5SJA-B.
Waktu tempatan di Norway ketika ini adalah 16:12.

Jam 22:28 kelajuan 46 km/h dengan bearing 53 darjah. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar semakin rendah di petang ini 3.60 volt. Locator KQ50QF.

Pada 12 Jun 2021 penulis dalam blog ini pernah melaporkan bahawa stesen K4UAH-6 berada di laut Barents. Ketika itu menghampiri Pulau Yuzhny, Rusia. Pada hari merupakan permulaan perjalanan ke arah pulau tersebut sekali lagi dipantau oleh penulis.

Jam 22:38 kelajuan 37 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur memasuki perairan Rusia. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar makin kurang kepad 3.50 volt bagi minit terakhir. Locator KQ50SF.

Jam 22:58 kelajuan 46 km/h dengan bearing 53 darjah. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.30 volt semakin rendah. locator KQ50VG.

Jam 23:08 kelajuan 37 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur. Altitud ketinggian 12060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar naik semula kepada 3.40 volt. Locator KQ50XG.

Stesen K4UAH-6 menghala ke negara Skandinavia.


 Pada malam ini, stesen K4UAH-6 berada laut Norway menghala ke negara Skandinavia. Seperti dijangka pada hari semalam, stesen ini tidak menghala ke Pulau Svalbard. Sebaliknya terus ke arah selatan ke negara Skandinavia.

Jam 22:38 kelajuan 43 km/h dengan bearing 129 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator JQ52VB.

Pada 11 Jun 2021, penulis telah melaporkan stesen K4UAH-6 telah berada di Sweden. Ketika itu penerbangan dari Pulau Faroe di eropah.

Kali ini, penerbangan dari Greenland menghala ke negara Skandinavia. Laluan yang berbeza telah dipantau oleh penulis dalam blog ini.


Stesen K4UAH-6 melepasi Laut Greenland ke Pulau Svalbard, Norway.


 Pada malam ini, stesen K4UAH-6 berada di Laut Greenland menghala ke Pulau Svalbard, Norway. Pulau  paling utara yang boleh dikunjungi terletak di lautan Artik.



Jam 22:18 kelajuan 33 km/h dengan bearing 158 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator IQ98XJ.


Keindahan dikala waktu malam di Svalbard dengan memburu aurora di kaki langit.

Jam 22:28 kelajuan 30 km/h dengan bearing 158 darjah. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator JQ08AI.

Jam 22:38 kelajuan 11 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur. Altitud ketinggian kekal 12120m dengan suhu turun kepada 0 darjah celsius. Tenaga solar makin menurun 3.90 volt. Locator JQ08BI.

Jam 23:08 kelajuan 26 km/h dengan bearing 180 darjah arah selatan. Jikalau terus menerus ke arah selatan pasti tidak sampai ke Pulau Svalbard di sebelah timur. Altitud ketinggian 12120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.80 volt. Locator JQ08CG.

Stesen K4UAH-6 berada di Nunavut, Canada


 

Pagi ini stesen K4UAH-6 telahpun berada di Nunavut, Canada. Jika merujuk kepada peta, stesen ini telah melepasi Alabama. Percubaan mengelilingi dunia kali ke-8 pasti dalam genggaman.

Jam 22:28 kelajuan 59 km/h dengan bearing 62 darjah yang kini berada di Teluk Baffin. Penerbangan menghampiri Greenland. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator FQ91UL.

Waktu tempatan jam 12:38 tengah hari. Greenland wilayah autonomi Denmark yang meliputi 80% adalah ais. Masih terletak di Benua Amerika Utara.

Jam 22:38 kelajuan meningkat kepada 65km/h dengan bearing 32 darjah. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu naik 5 darjah celsius. Tenaga solar pagi ini di sana adalah 4.20 volt. Locator FQ91WN.


Jam 22:48 kelajuan 59 km/h dengan bearing 62 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator GQ01BO.


Hanya di Nuuk terdapat stesen WX BGGH di Greenland ini. Kawasan kutub yang sejuk dengan suhu 11.7 darjah celsius. Kelembapan 76% dengan tekanan udara 1006 mbar. Tiupan angin 1.8 m/s.

Jam 23:08 kelajuan 59 km/h dengan bearing 61 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator GQ01HR.



Stesen K4UAH-6 berada di Yellowknife, Canada



Pagi ini stesen K4UAH-6 masih meneruskan penerbangan di Yellowknife, Northwest Territories Canada. Nampak gayanya penerbangan di Amerika utara sahaja tidak melalui Alabama bagi melengkapkan pusingan kali ke-8 mengelilingi glob.

Waktu tempatan jam 17:31 masa ini beberapa detik sebelum matahari tenggelam.

Jam 7:38 kelajuan 78 km/h dengan bearing 69 darjah. Altitud ketinggian 12720m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator DP23EL
 



 

Stesen K4UAH-6 berada di Pulau Prince of Wales, Alaska


Pagi ini stesen K4UAH-6 telah memasuki Amerika Utara. Berada di ruang udara Pulau Prince of Wales, Alaska menuju Canada.

Waktu tempatan jam 15:43 bertarikh 13 Julai 2021. Jam 7:38 kelajuan 63 km/h dengan bearing 29 darjah. Altitud ketinggian 12960m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator CO36LA.


Jam 10:08 telah memasuki Canada dengan kelajuan 31 km/h dengan bearing 28 darjah. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar untuk jam terakhir ini adalah 3.70 volt. Locator CO47HF.

Jam 23:18 kelajuan 59 km/h dengan bearing  62 darjah. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.50 volt. Locator CP81IO. Ketika ini berada di Taman Negara Nahanni, Canada. Waktu tempatan adalah 9:18 pagi di Canada.

Jam 23:28 kelajuan menurun kepada 37 km/h dengan bearing 43 darjah. Altitud ketinggian kekal 12780m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar di pagi hari di sana adalah 3.60 volt semakin meningkat perlahan-lahan. Locator CP81JP.



 

Stesen K4UAH-6 semakin menjarakkan dari kepulauan Alaska



Pagi ini stesen K4UAH-6 semakin menjarakkan dari kepulauan di Alaska menuju ke Amerika Utara di lautan pasifik. Rekod mengelilingi glob bagi pusingan seterusnya semakin hampir. Setelah beberapa hari terperangkap di China dan Rusia. Penerbangan mendapat arah dan rentak yang betul untuk misi mengelilingi bumi.

Jam 6:48 kelajuan 72 km/h dengan bearing 89 darjah. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 5darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator BN19SC.

Jam 6:58 kelajuan meningkat kepada 78 km/h dengan bearing 110 darjah. Altitud ketinggian 13120 m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.20 volt. Locator BN19UB.

Jam 7:08 kelajuan menurun kepada 35 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian kekal 13120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar meningkat semula kepada 4.30 volt. Locator BN19VB.

Jam 7:18 kelajuan meningkat kepada 72 km/h dengan bearing 89 darjah. Altitud ketinggian meningkat kepada 13180m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar  kekal 4.30 volt. Locator BN19XB.

Jam 7:38 kelajuan menurun 35 km//h dengan bearing 89 darjah.         Altitud ketinggian kekal 13180m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt.

Jam 10:18 penerbangan ke arah tepat antara Vancouver dan Seattle. Kelajuan 35 km/h dengan bearing arah timur. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator BN39GB.

Jam 10:58 kelajuan 111km/h paling laju setakat ini mengikut catatan penulis. Bearing 75 darjah. Altitud ketinggian 13060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.90 volt. Locator BN39PD.

 

Stesen DW5CEL dan DW5CEL-7 diaktifkan malam ini


Pada malam ini kelihatan sekali lagi kemunculan stesen aprs DW5CEL. Stesen DW5CEL berada di Subang. Manakala Stesen DW5CEL-7 berada di perairan Selangor.

Hanya DW5CEL menggunakan RF mendapat packet melalui 9M2RKK-3 Bukit Lanjan dari Subang Jaya. Bermula jam 21:51 hingga penulisan ini berjaya mendapat 19 packet melalui 9M2RKK-3.

Merujuk kepada QRZ.com, DW5CEL dipegang oleh Blas Jr. A. Villareal dari Leyte Filipina. Kerap berada di tanahair kita.

 

Stesen K4UAH-6 menghampiri Near Islands, Amerika


 Setelah beberapa hari berpusing di Rusia, pagi ini stesen K4UAH-6 kembali semula ke Amerika melepasi garis tarikh antarabangsa. Menghampiri Near Islands bermaksud pulang kembali ke kampung semakin dihampiri.

Jam 8:38 kelajuan 33 km/h dengan bearing 89 darjah arah timur. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator RO51MX.

Jam 8:48 kelajuan meningkat kepada 69 km/h dengan bearing kekal ke timur. Altitud ketinggian kekal 13000m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar meningkat kepada 4.50 volt. Locator RO51OX.

Pulau Near merupakan jajaran pulau yang paling hujung di barat Alaska bersempadan dengan pulau di Rusia. Terdiri Pulau Attu, Pulau Aggattu dan Shemya. Pulau Attu terdapat Attu station dan Navy town. Panjangnya 56.3km dan lebar 32.2km serta titik tertinggi adalah Gunung Attu.

Pada Perang Dunia kedua, Jepun pernah berperang dengan Amerika di pulau ini. Masih terdapat kesan peninggalan PD ke-2 di pulau ini seperti kereta kebal dan kesan dan bekas peluru dan bermacam lagi.


Jam 10:18 kelajuan 48 km/h dengan bearing 96 darjah. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator RO61CW.

Jam 10:58 menghampiri Pulau Agattu dengan kelajuan 59 km/h bearing 83 darjah. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator RO61JX.



Stesen K4UAH-6 memasuki Laut Bering


Pagi ini kelihatan stesen K4UAH-6 telah masuki laut Bering semula. Beberapa hari sebelum ini, stesen ini tidak aktif hampir sehari. Jangkaan sudah mendarat atau hilang dari radar. Namun sehingga saat ini masih lagi meneruskan penerbangannya.

Jam 11:18 kelajuan 28 km/h dengan bearing 130 darjah. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator RO03DV.

 

Stesen K4UAH-6 kembali ke Laut Okhotsk, Rusia


Petang ini stesen K4UAH-6 kembali ke Laut Okhotsk mengarah ke Selatan. Tidak tahu ingin ke mana? Ikut arus angin membawa terbang di udara. Sudah beberapa hari di sekitar Rusia untuk kali kedua bagi pusingan ini.

Jam 15:38  kelajuan 39 km/h dengan bearing 134 arah tenggara. Altitud ketinggian 13180m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 3.80 volt.
 

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...