Radiosonde D20054736 Belon Kuantan


 Pagi ini belon Kuantan objek aprs D20054736 terima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 dari Sungai Petani. Jangkaan jatuh di Jengka 22. Masih berada di ruang angkasa Bandar Jengka. Altitud ketinggian 31901m. Terima isyarat 402.01MHz sangat baik 5/9 dari Bangi. Ayuh rakan ham Jengka boleh bersedia memburu peranti radiosonde.

Jam 9:28 pagi telah blast altitud ketinggian 32848m. Boleh kedengaran sewaktu belon kempis dan mula turun menggunakan payung terjun ketika ini.

Jangkaan jatuh dikawasan Gunung Senyum pula. Bersedia di kawasan persekitaran tersebut. Belon Kuantan telah dapat dikesan juga stesen Radiosonde kawasan tengah 9W2RUT-4 dan 9M4GPT selain Sungai Petani 9W2EYR-14 membuka laluan.

Jam 9:35 berada di ruang angkasa antara Jengka 14 dan 16. Altitud ketinggian 18755m. Mungkin jatuh berhampiran jalan utama antara Jengka 22 dan 23. Altitud ketinggian 12830m. Isyaratpun sudah macam bunyi keretapi semput.

Jam 9:45 pagi berada di persekitaran Gunung Jebak Puyuh. Isyarat masih kedengaran di corong radio dan kadang terputus-putus.  Putus terus jam 9:46 dan macam keretapi semula. Sekejap ada sekejap tiada dan terus hilang. Altitud ketinggian 8093m ketika ini.

Isyarat masih di terima stesen di Bukit Beruntung dan Sg Buloh. Altitud ketinggian 7548m mungkin rekod terakhir dicapai dari 9W2RUT-4.


Kedudukan terakhir belon Kuantan dikesan dari Bukit Beruntung. Pagi ini seperti biasa, belon Bayan Lepas, KLIA dan Changi turut aktif. Tidak muncul adalah belon Kota Bharu.




No comments:

Post a Comment

Belon Radiosonde D20054270 jatuh di Banting

  Pada malam ini jam 21:08 belon radiosonde D20054270 telah jatuh di Banting. Lokasi merujuk peta google satelit jatuh kawasan hutan. Altitu...