Lima belon Kajicuaca aktif pada malam ini


Belon pertama seperti biasa adalah belon Paya Lebar objek aprs IMS8AF8A7. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 349m berhampiran Tanjung Pelepas. Isyarat terakhir dari stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai.


Belon kedua adalah Bayan Lepas objek aprs D20040124. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 1375m. Isyarat terakhir diterima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.



Belon ketiga belon KLIA masih diruang udara berhampiran pantai Kanchong laut. Isyarat mula terputus-putus dari Bangi jam 9:23 malam. Terus hilang pada latitud ketinggian 3155m. Isyarat silih berganti dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh dan 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.


Kehilangn isyarat belon KLIA terus QSY ke belon Kuantan. Tiada isyarat diterima walaupun aktif kelihatan di Sondehub dan aprs. Monitor di frekuensi 402.010MHz. Isyarat diterima dari stsesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai, Johor. Objek aprs D20056886 malam ini bagi belon Kuantan.


Belon terakhir belon Kota Bharu objek aprs D20042686. Altitud ketinggian 4822m jam 9:34 malam. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis.

Semua stesen radiosonde pada malam ini dapat bekerja dengan baik. Ini membolehkan kesemua belon kajicuaca dapat dipantau.


Sementara itu juga, kelihatan stesen UR5FSV-8 telah berada di perairan berdekatan Sigli, Utara Sumatera. Kapal Alp Sweeper sering kelihatan berlayar di Selat Melaka. Kemungkinan seperti biasa dalam perjalanan ke Singapura. Kali terakhir stesen ini dipantau melalui blog ini adalah 13 April yang lalu.

73, Jojet de 9w2dya





 

No comments:

Post a Comment

Belon Radiosonde D20054270 jatuh di Banting

  Pada malam ini jam 21:08 belon radiosonde D20054270 telah jatuh di Banting. Lokasi merujuk peta google satelit jatuh kawasan hutan. Altitu...