Radiosonde D20051292 Belon KLIA


 Belon KLIA objek aprs D20051292 altitud ketinggian 13907m. Isyarat terima dari stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan. Sejak seawal 7:35 pagi isyarat frekuensi 401.110MHz diterima readabilty 5/9 dari Bangi.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040134 altitud ketinggian 16623m. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA21 altitud ketinggian 9993m.
Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9W2GEE-14 di Johor Bharu.

Jam 8:41 pagi belon Bayan Lepas telah blast altitud ketinggian 24851m berbanding pagi semalam 28741m.

Jam 8:49 pagi belon KLIA pula blast, altitud ketinggian 24003m berbanding 28904 pagi semalam. Nampaknya, pagi ini belon kempis dengan lebih cepat lagi berbanding pagi semalam.

Kedudukan terakhir belon Bayan Lepas altitud ketinggian 1434m berbanding 2507m pagi semalam. Pagi ini lebih rendah altitud bagi menerima isyarat terakhir dari Sungai Petani.


Jam 9:11 pagi muncul belon Kota Bharu objek aprs D20043271 altitud ketinggian 8009m. Berada di ruang angkasa Chanae, Narathiwat Thailand. Telah blast altitud ketinggian yang agak rendah iaitu 9409m sahaja. Rakan boleh monitor frekuensi 401.910MHz. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani, Kedah.

Jam 9:18 isyarat terputus-putus bagi belon KLIA dari Bangi. Altitud ketinggian 2810m. Kedudukan terakhir belon KLIA altitud ketinggian 817m.


Kemeriahan belon pada pagi ini, terdapat empat buah belon yang aktif. Belon Bayan Lepas, Kota Bharu, KLIA dan Paya Lebar. Belon Paya lebar blast  jam 9:38 pagi altitud ketinggian 35910m. Belon terakhir yang blast pada pagi ini. Jangkaan mendarat masih ke dalam laut Selat Melaka.

Pada sebelah malam pula, belon KLIA objek aprs D20051190 altitud ketinggian maksimum 31155m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 1220m isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.

Belon Paya lebar objek aprs IMS8AFA22 altitud ketinggian 36120m pada jam 9:46 malam. Ini mengatasi ketinggian maksimum pagi tadi iaitu 35910m. Jam 9:57 malam barulah belon Paya Lebar blast pada altitud ketinggian 36334m. Oh! belum kempis lagi, data menunjukkan belon masih menaik lagi altitud ketinggian 36387m. Altitud ketinggian 36404m barulah kempis beberapa minit kemudian.

Kemungkinan mendarat berhampiran Pulau Rangsang, Indonesia menyeberangi Selat Melaka. Kini berhampiran ruang udara Pulau Kukup. Jam 10:20 malam semakin rapat atau kekal berhampiran Pulau Kukup altitud ketinggian 17987m tetapi jangkaan ke laut juga terjunnya.



73, Jojet de 9w2dya




No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...