Bukit Tunggul, Jenderam


 Pagi tadi berkesempatan untuk melakukan pendakian ke puncak Bukit Tunggul, Jenderam. Oleh kerana berhampiran dengan base stesen. Pendakian agak lewat bermula jam 8:47 pagi aplikasi Strava mode Hike diaktifkan. 


Kawasan parkir kereta agak luas. Bayaran RM2 diberi kepada penjaga tersebut. Ada dua gerai makanan dan minuman di permulaan trek pendakian. Jalan berbatu kelikir yang agak luas memudahkan perjalanan. Beberapa minit selepas berjalan, kelihatan sungai untuk berhenti berehat. Ia juga dikenali sebagai RnR Bukit Tunggul. Kelihatan beberapa peminat kereta kawalan jauh turut melakukan aktiviti hobi mereka disitu.


Selepas itu, perjalanan diteruskan melalui jalan berbatu kelikir yang kadang kala memaksa diri melelakukan pendakian. Melihatkan kepada jumlah kereta yang agak banyak di bawah tadi. Pastilah ramai pengunjung pada pagi minggu ini. Ternyata betul, kerana beberapa kali selisih dengan pengunjung yang turun dari puncak bukit.

WX pada pagi itu mendung sahaja. Kelihatan awan yang tebal boleh dilihat dari kawasan pemandangan sebelum puncak. Pemandangan sebelah barat ini merupakan kawasan sebelah Jenderam. Perjalanan ke sini memerlukan pendakian beberapa bukit kecil yang telah dilabelkan Bukit Janda dan Bukit Bujang. 


Selepas dua label itu, trek pendakian ke puncak semakin mencabar. Trek bertukar kepada trek hutan yang agak mencabar tetapi Hutan Bukit memberi pengalaman yang berharga. Kelihatan masih terdapat pohon balak seperti meranti masih wujud disini. Rasanya Hutan Dara ini pernah diteroka pada zaman dahulu. Laluan batu kelikir itu kemungkinan adalah laluan balak pada zaman dahulu. Mungkin laluan digunakan oleh pekerja TNB bagi penyelenggaraan talian kuasa tinggi yang terdapat di banjaran bukit ini.


Terdapat sebuah beirut menandakan puncak Bukit Tunggul yang dicatat ketinggiannya 278m dan 912 kaki. Besi beirut turut diwarnakan dengan tema bendera Selangor Merah Kuning. Terdapat bendera Jalur Gemilang dan Negeri Selangor megah berdiri dan berkibar di angkasa.


Kawasan trek dipenuhi resam telah diracunkan bagi kawasan talian tinggi TNB. Pemandangan utara merukan kawasan Putrajaya. Kelihatan awan gelap menyelubungi puncak. Ramai pengunjung yang lebih awal tiba berehat dengan menikmati bekalan yang dibawa. Hilang penat sesi bergambar kenangan pula mengambil tempat.


Apabila beirut tiada orang untuk bergambar, akupun cuba masuk ke dalamnya. Kebiasaanku mencari tarikh beirut ini dibuat oleh  Juruukur pada zaman dahulu. Pastinya tulisan hitam itu tidak hilang dilapuk zaman. Sah jumpa nama dan tarikh yang dicatatkan 2 November 1947. Nasib baiklah pendaki yang suka mencatatkan sesuatu dipermukaan besi beirut ini tidak mencontengnya. Jikalau tidak, pasti tarikh ini tidak dapat dikesan.


Selepas puas melihat hasil contengan kenangan di bawah beirut itu. Berehat di salah satu tiang talian kuasa tinggi TNB dengan membasah tekak. Perjalanan pendakian mengambil masa lebih kurang sejam dengan jarak lebih 2km. Banyak batu-batu tunggul di sekitar puncak bawah menara talian ini. Mungkin sempena batu-batu tunggul yang banyak ini puncak mendapat  nama.


Jam 9:47 pagi mencuba membuat panggilan kepada mana-mana stesen yang dapat mencapai. Bekerja menggunakan hand-held Baofeng dengan antena Nagoya NA-771. Beberapa kali memanggil dan sahutanku berjaya didengari oleh rakan di Lukut, Negeri Sembilan. Pada mulanya beliau tidak menyatakan isyarat panggilannya. Terima readability 5/9 dari puncak Bukit Tunggul. Sehingga beliau sudah QRTpun masih tidak mendapat jawapannya. Gaya dan cara percakapannya stesen ini sememangnya dikenali melalui kerap monitor di Marts Linking. Akhirnya tekaanku betul dan stesen 9W2ADD telah mengesahkannya. 


Mengesahkan contact memerlukan isyarat panggilan kedua stesen diterima. Barulah komunikasi dua pihak terjadi atau berlangsung antara satu sama lain. Memandangkan aku berada dipuncak bukit. Kemungkinan QSO ini dapat dipantau oleh stesen lain juga. Aku membuat panggilan itu di frekuensi V38 145.475MHZ.


Sebalik resam ini, pemandangan KLIA. Dua menara kawalan ATC dapat dikesan dari sini. Setelah Abg Adinda 9W2ADD mendarat. Panggilan terus dibuat dan disahut oleh Pak Hasan 9W2CLA di sebelah KV Sepang basenya Desa Putra. Sedang sibuk berQSO tidak perasan bateripun habis rupanya aku bercakap seorang diri.
Cuacapun tidak baik hujan rintik dan mengambil keputusan untuk ke Pilon sebelah bukit di sebelah selatan.


Perjalanan di atas permatang bukit agak mudah kerana permukaan agak mendatar. Beberapa minit sampai ke pilon bukit kedua. Gambar diatas adalah pilon puncak bukit Tunggul. Sebelah kiri tiang pilon itu adalah beirut di kedudukan di bawahnya.


Pemandangan puncak pilon kedua arah selatan di Nilai. Hadapan sedikit pilon ini adalah sempadan negeri. Cuba mencari juga batu sempadan, tetapi memang tiada. Hanya garisan di atas google maps sahaja dapat dikesan.


Kawasan resam disekitar pilon yang sentiasa dijaga dan dibersihkan. Kelihatan awan gelap menyelubungi ruang udara Nilai. Kemudian aku cuba menjejak trek ke bawah jikalau terjumpa lagi batu sempadan. Semamang tiada diletak diatas tanah. Papan tanda juga tiada kelihatan. Trek ke bawah ini menghala ke Kampung Jenderam Hulu.

Pilon-pilon ini juga merentangi lebuhraya Elite. Kelihatan kenderan sibuk mengunkannya ke destinasi masing-masing. Arah ini juga menuju ke Lukut base 9W2AAD. LOS yang sangat cantik terus mengarah ke sana. Mungkin juga bantuan awan-awan yang tebal memboleh isyarat menjangkau jauh ke Lukut.


Selepas tidak menemui batu sempadan, berpatah balik ke beirut semula. Perjalanan melalui permatang bukit dipayungi pokok suasana lebih redup. Terperasan beberapa batang pokok tongkat ali di permatang itu. 


Tiba dipuncak terdapat dua orang pendaki sibuk mengambil gambar dengan berpayung. Cuaca semakin panas menyebabkan ramai pendaki duduk berehat dibawah pohon pokok . Ketika itu, terdapat 3 orang penunggang motorsikal scrambler baru tiba. Kawasan rehat itu agak lapang dan landai dan sangat sesuai untuk melepaskan lelah.


Cuaca yang semakin panas membolehkan pemandangan yang lebih jelas kelihatan. Pemandangan arah utara menghadap base 9W2CLA. Sangat dekat membolehkan penerimaan pancaran sangat jelas readabilty 5/9. Perjalanan turun selisih dengan seorang lagi penunggang motor yang berhati-hati mendaki trek. Deruan enjin motorsikal itu memecah kesunyian hutan.


Pemandangan Jenderam yang semakin hampir menunjukkan altitud ketinggian semakin rendah dan menghampiri ke tempat permulaan semula. Selisih juga dengan sekumpulan peminat permainan kawalan radio. Kereta 4WD mini yang dikawal sedang mendaki mengikut laluan pendakian. Rugi tak ambil gambar melihat kereta yang bekerja keras mendaki bukit.

73, Jojet de 9w2dya
























 























No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...