Merujuk kepada SondeHub pula, belon ini menggunakan kod RS92-SGP L2243373. Jam 3:23 petang altitud ketinggian 4572m serta maksimum hingga 27498m. Lokasi di Rantau dekat Port Dickson, menerima isyarat dari stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.
Jangkaan mendarat berdekatan Kg Kachong jalan N 102 Rantau - Pedas. Merujuk keratan rentas belon ini mendaki secara mendatar sahaja sebelum agak curam terhempas ke bumi.
Belon ini mengguna jenis sonde RS92-SGP keluaran Vaisala. Frekuensi yang boleh dipantau adalah 403MHz.
Jejak bermula dari Gemas, tetapi tidak pasti tempat pelepasannya. Kebarangkalian mungkin dari Segamat. Mulai esok sudah boleh merentas negeri. Ada kesempatan lain pasti peranti radiosonde ini menjadi sasarannya.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment