Radiosonde D20053930 Belon KLIA


 Isyarat terputus jam 9:37 malam altitud ketinggian 2650m. Bermula terima isyarat seperti biasa 7:35 malam.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20044232 altitud ketinggian 778m jam 8:51 malam. Altitud ketinggian maksimum 24926 m dan minimum 415m.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA3A altitud ketinggian 11518m pada jam 9:38 malam. Masih meneruskan penerbangan ke aras yang lebih tinggi. Malam ini dijangkakan mendarat di Kukup. Ada peluang dapat peranti radiosonde jika betul mendarat atas daratan. Harapan angin terus bertiup ke arah timur. Mendarat di atas daratan menjadi harapan untuk memburu peranti radiosonde ini.

Frekuensi 401.901MHz bersedia untuk memantau. Jika dapat isyarat menunjukkan peranti masih aktif. Beberapa jam selepas jatuhpun bateri mampu bertahan lagi. Jadi, cepat-cepatlah mengejarnya sebelum isyarat terus hilang.

Jam 10:19 malam altitud ketinggian 4904m mengarah ke Kukup. Arah belon masih stabil kekal arah ke daratan. Sempat atau tidak kita tunggu isyarat terakhir ia di kesan oleh stesen radiosonde 9M2ZAK di Kulai. Terkini mungkin di Tanjung Pelepas menghampiri Selat Johor pula. Oh! tidak masih antara Kukup dan Tanjung Pelepas bagi zon mendarat malam ini. 

Ada peluang tak Malam ini? Tunggu dan lihat titik nokhtah. Jam 10:31 malam altitud ketinggian 3279m. Masih agak tinggi lagi. Namun boleh atau tidak mendarat kali ini bukan di dalam laut. Semakin menghampiri Pulu Kukup altitud ketinggian 3042m. Sasaran Stesen Janakuasa Tanjun Bin.


Jam 10:40 malam melewati Pulau Kukup altitud ketinggian 2319m.
Takut terlajak ke Selat Johor. Tanjung Piai masih dikelilingi laut. Terlajak bermaksud terlepas lagi peluang kali ini. Semakin ke arah tanjung Piai nampak gayanya. Altitud ketinggian 1901m masih lagi tinggi bermaksud jauh perjalanan boleh dilalui. Harapan kepada angin untuk terus bawa ke kawasan tengah lagi.

Jam 10:51 malam ruang udara Kg Bugis Peranakan. Altitud ketinggian 1206m. Kg Serang jadi sasaran mendarat jam 10:55 malam ini. Altitud ketinggian 739m. Ada rezeki malam ini jatuh didarat. Jatuh kawasan kampung mungkin boleh jumpa peranti radiosonde ini.

Jam 11:00 malam altitud masih di angka 739m. Hilang isyarat dari Kulai. Titik terakhir di Kg Serang (Serong). Tepat atau tidak tunggu laporan dari pasukan mencari dan menyelamat malam ini. Pasukan dari JB dan Kulai bergabung. Pucuk dicita ulam mendatang. Malam ini tunggu hasil pencarian mereka.


Kedudukan terakhir belon Paya Lebar malam ini. Jangkaan mendarat di Kg Serang (Serong). Jam 11:16 malam stesen 9W2GEE-9 telah bergerak ke kawasan pendaratan. 9W2GEE_chase telah diaktifkan di SondeHub.
Jauh juga nak ke Tanjung Piai dari JB. Stesen 9M2ZAK-7 turut aktif ke kawasan pencarian. Mereka akan bertemu di Pekan Nenas titik pertemuan.


Jam 11:31 malam dua stesen bergerak ke kawasan pencarian. 9M2ZAK-7 dan 9W2GEE-9 akan bertemu di Pekan Nenas. Semangat dua stesen ini mencari peranti radiosonde IMS100.
9M2ZAK-7 menggunakan Lebuhraya E3. Jam 11:44 malam keluar lebuhraya E3 menuju Pekan Nanas. Tidak pasti siapa berada dihadapan sekarang.

Jam 11:46 malam 9W2GEE-5 telah diaktifkan telah sampai awal di Pekan Nanas. Sedang menunggu ketibaan 9M2ZAK-7 dalam perjalanan. Kelihatan 9W2GEE-5 telahpun bergerak awal.


Sasaran utama objek aprs IMS8AFA3A di Tanjung Piai. Bateri peranti masih lagi aktif ketika ini. Stesen 9W2GEE-5 sedang menanti ketibaan 9M2ZAK-7 berkonvoi bersama lebih selamat di tengah malam ini.

Jam 12:05 tengah malam kelihat stesen 9M2ZAK-7 meneruskan perjalanan melalui laluan J110. Jam 12:19 melepasi Surau Parit Jerman. 9W2GEE-5 berada di hadapan 9M2ZAK-7 menuju Parit Jakon.

Jam 12:25 tiba Kg Permas Besar, seterusnya ke Bandar Permas. Kemudian melalui Jalan Serkat ke tempat sasaran. Kawasan pencarian semakin menghampiri.

Jam 12:35 telah menghampiri Kg Serkat laut. Kemudian menuju Kg Serong Darat.


Kawasan sasaran rasanya semakin dekat, usaha sedang dipergiatkan.
Persekitaran kawasan perpat kemungkinan kawasan pendaratan terakhir. Kg Serong Darat menjadi sasaran pencarian.
 

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...