Belon KLIA objek aprs D20052281 masih lagi aktif jam 9:56 malam. Altitud ketinggian maksimum malam ini adalah 30571m. Jam 9:58 malam mula terputus-putus isyarat dari Bangi altitud ketinggian 1518m. Jam 10 malam altitud ketinggian 451m isyarat dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.
Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFB4E turut mencapai kedudukan terakhir beberapa minit yang lalu. Altitud ketinggian minimum direkodkan adalah 431m. Jatuh ke dalam laut pada malam ini, berbanding malam semalam di darat. Isyarat terakhir dikesan oleh stesen radiosonde 9W2DCW-14 di Pontian dalam peta aprs Tanjung Piai.
Belon Kuantan objek aprs D20056888 altitud ketinggian maksimum adalah 29041m. Isyarat terakhir diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai dengan altitud ketinggian 19807m.
Belon Kota Bharu objek aprs D20042482 altitud ketinggian maksimum adalah 10205m. Isyarat terakhir diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis dengan altitud ketinggian 5022m.
Belon Bayan Lepas objek aprs D20040050 altitud ketinggian maksimum adalah 20602m. Isyarat terakhir diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai petani dengan altitud ketinggian 686m.
Lagi dekat belon dengan stesen radiosonde lagi rendahlah altitudnya. Lagi rendah bermaksud lebih mudahlah untuk menjejak payload yang menjadi buruan itu. Kebanyakan belon jatuh ke dalam laut. Ini menambahkan lagi kesukaran untuk mencarinya. Kawasan hutan, paya, ladang menjadi cabaran yang lebih menyukarkan. Usaha tanpa penat lelah pasti akhirnya nanti membuahkan hasil.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment