Radiosonde D20070013 ditemui kawasan ladang sawit berbukit.


 Belon KLIA radiosonde D20070013 pada pagi ini jatuh di ladang Sime Darby Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Buat pertama kalinya penulis terpaksa mendaki bukit bagi mendapatkan peranti radiosonde D20070013. Jatuh di kawasan bukit berhampiran kawasan puncak.

Titik akhir belon ini bersebelahan Masjid Pekan Sepang. Jumpa di dalam ladang sawit sebelah Negeri Sembilan. Semasa tiba isyarat tersekat-sekat. Berhenti seberang jalan hadapan Masjid bagi mengesahkan isyarat masih aktif. Keluar sahaja pintu kereta, ternyata isyarat diterima dengan kuat.
Jangkaanku belon berada di kawasan kelapa sawit berhadapan Masjid Pekan Sepang. Terus memandu ke Pos Pengawal Ladang Sime Darby Bukit Pelandok yang tidak jauh dari sempadan negeri. Meletak kereta berhampiran pondok pengawal. Terus berjumpa petugas di Pondok Pengawal dengan memaklumkan tujuan kedatangan. Beliaupun memberi kebenaran untuk mencari setelah menunjukkan radio yang aktif berbunyi kuat. rdzTTGOsonde masih belum dapat mengunci koordinat yang masih aktif itu.


Terpaksalah berjalan melepasi kawasan perumahan pekerja sebelum berhenti di simpang tiga. rdzTTGOsonde mula mendapatkan koordinat terkini. Setelah stabil, barulah memasukkan koordinat ke dalam gps waypoint finder.

Setelah memasukkan koordinat baru, ternyata lokasi pencarian menunjukkan ke arah bukit. Jarak tinggal 291m sahaja ke lokasi pencarian.


Bukit di hadapan merupakan lokasi pencarian berdasarkan arah jarum kompas digital. Laluan sawit yang luas bertanah merah memudahkan pencarian. Berjalan hingga ke hujung jalan terdapat simpang tiga. Mengambil laluan sebelah kiri untuk mencari laluan yang lebih selamat ke puncak bukit. Lebih baik mencari laluan yang selamat daripada mengikut arah bearing menunjukkan ke arah bukit itu.

Seterusnya mencari laluan ke puncak bukit selepas melepasi simpang tiga yang kedua. Ternyata ada laluan sawit menuju ke atas bukit. Tanpa berlengah mengikut laluan itu sahaja. Beberapa langkah sahaja, dikejutkan dengan ayam hutan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiranku di situ. Terus mendaki hinggalah sampai ke puncak. Sewaktu ke puncak antena radio dicabut. Ketinggian puncak hasil cerapan jam Garmin adalah 57m dari aras laut. Jarak berbaki 53.9m sahaja ke peranti. Bergerak sahaja radio mula kedengaran. Ternyata peranti berada di lokasi jatuhan.


Melepasi satu lorong sawit kelihatan dari jauh benda putih di atas laluan. Sudah pasti itulah benda yang dicari setelah penat lelah mendakinya. Jatuh di laluan sawit di atas kawasan bukit yang agak tinggi. Tidak hairanlah isyarat dapat diterima sebelah Sepang lagi.


Jarak 2.8m merupakan peranti ditemui. Untungnya isyarat masih aktif membolehkan koordinat baru dikunci oleh peranti rdzTTGOsonde. Jatuh atas laluan yang berumput tidak memberi impak yang agak tinggi berbanding atas jalan raya berturap. Kebiasaannya jalan berturap memberi impak yang tinggi menyebabkan isyarat terus padam.


Peranti dan belon jatuh bersebelahan sahaja di kawasan laluan tanpa halangan kanopi pokok. Kelihatan pada kayu pine masih berbaki gulungan benang. Belon pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 26,555m.


Hasil cerapan jam Garmin koordinat 2 darjah 41.5511' Utara dan 101 darjah 45.4225' Timur. Cuaca agak baik tidak terlalu panas. Trek laluan agak licin memandangkan musim hujan berada dalam awal musim.


Peranti radiosonde D20070013 berada dalam genggaman bagi mengesahkan penemuannya di lokasi jatuhan. Kemudian menggulung benang serta memisahkan benang dan peranti. Setelah kerja perekodan, menurun balik ke pos pengawal dengan berhati-hati. Wajah kepuasan terpancar setelah yang dicari telah ditemui.

Jarak 398m merupakan jarak peranti ke titik akhir di sebelah Sepang. Bagi latitud ketinggian terakhir 1378m membawa kepada penemuan ini. Kelajuan angin13km/h dan bearing 107 darjah.


Kawasan perumahan pekerja ladang Sime Darby dilaluai sebelum pulang keluar ke pondok pengawal. Tiba sahaja di pondok pengawal, di sapa "Sudah jumpa ke?" Pegawai bertugas yang memberi kebenaran itu bertanya. Sambil menunjukkan hasil pencarian dengan muka yang ceria. Ucapan penghargaan kepada beliau kerana memberi keizinan masuk mencari belon dikawasan seliaan beliau.


Laluan menuju pondok terdapat beberapa palang. Memandangkan hari minggu sudah pastilah ia ditutup. Apapun, kebenaran masuk mencari lebih bagus walaupun berjalan kaki. Hasilnya peranti dibawa pulang dengan selamat.


Misi seterusnya meninjau beberapa lokasi jatuhan belon beberapa hari yang lepas. Walaupun menyedari sukar untuk dijumpai kerana altitud ketinggian di bawah 2000m. Melawat dan melihat keadaan kawasan sekitar pasti memberi kepuasan walaupun tidak menjumpainya. Bonus diperolehi jika berjaya menjumpainya. Misi mustahil ini tidak berlaku jika hadir semasa isyarat masih lagi aktif. Apakan daya misi ini hanyalah sekadar hobi masa lapang sahaja. Jikalau ada kelapangan pastlilah ia diburu pada masa ia baru jatuh.


Lokasi gambar diatas merupakan jalan yang dibesarkan antara Salak dan Sepang. Radiosonde D20069622 telah jatuh bertarikh 28 Oktober 2022 jam 21:10 malam. Jangkaan mendarat oleh laman sesawang sondehub berdekatan jalan ini. Namun tidak dijumpai sebarang tanda. Jarak ke titik akhir dari jalan belum berturap ini dalam lingkungan 400m. Altitud ketinggin terakhir adalah 1718m dengan kelajuan 22.22km/h sert bearing 112 darjah. Pada jangkaanku pasti mencecah jarak 1000m untuk menjumpainya. Berbaki lagi 600m perlulah mencari ke kawasan ladang kelapa sawit.

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde D20067119 jatuh di IAB Bandar Enstek

 

Malam semalam berjaya menemui radiosonde D20067119 di Institut Aminudin Baki, Bandar Enstek. Jatuh bertarikh 26 Oktober 202 dengan altitud ketinggian terakhir 1625m. Altitud ketinggian maksimum 27,664m. Koordinat titik akhir 2.73436 darjah Utara dan 101.78245 darjah Timur. Kelajuan 26km/h dengan bearing 101 darjah.

Misi bersama Arul 9W2OCX berjaya mengesan isyarat yang masih aktif berdekatan simpang lampu isyarat berdekatan Kg LBJ. Kemudian ke hadapan lagi barulah dapat isyarat dengan lebih kuat lagi. Ketika melepasi persimpangan N54 Persiaran Pendidikan ternyata isyarat dapat dikuncikan oleh peranti rdzTTGOsonde.

Credit 9W2OCX
Arul 9W2OCX memberhentikan vannya selepas simpang itu. Selepas memasukkan koordinat baru ke dalam gps waypoint finder. Jarak ke peranti hanyalah 125m sahaja. Keadaan gelap menyukarkan pencarian.

Hasil semakan di peta google, kawasan tersebut adalah Institut Aminudin Baki. Maka kami seperti biasa perlu ke pos pengawal bagi mendapatkan kebenaran memasuki kawasan.


Tiba di balai pengawal disambut oleh dua orang pengawal yang bertugas. Pengawal yang berpengalaman ini mendengar tujuan kedatangan kami pada malam itu. Arul 9W2OCX memaklumkan lokasi dan jarak peranti kepada mereka. Tanpa berlengah panjang kami terus dibawa lokasi belon jatuh. Berbekalkan dua lampu suluh, menjadi pedoman menuju lokasi jatuhan. Mengikut jalan utama tinggal berbaki beberapa meter sahaja. Mengikut laluan yang telah lama ditinggalkan agak bersemak. Namun, pencarian mesti dilakukan demi mendapatkan peranti yang tidak berapa jauh sahaja lagi.

Tiba dilokasi, peranti kelihatan di tebing bukit bersempadan dengan kawasan sawit. Kami semua gembira berjaya menemui barang yang dicari. Berdasarkan pengalaman yang ada oleh pengawal tersebut berjaya membawa kami ke peranti.


Semak dan duri diharungi demi sebuah belon. Kerjasama dan bantuan yang diberikan sangatlah dihargai. Arul 9W2OCX seperti kebiasaannya melaporkan hasil pertemuan dalam laman sesawang SondeHub. Turut diletak nama kedua Pengawal yang membantu kami mencari. Jarak peranti yang ditemui ke titik akhir dalah 1062m bagi altitud ketinggian 1625m.


Selepas menghantar laporan kami bergambar kenangan bagi meraikan kejayaan malam itu. Kamipun berpatah balik mengikut laluan sama hingga keluar semula ke jalan besar dan seterusnya ke balai pengawal.


Seronok dapat bekerjasama dengan pengawal yang berpengalaman. Hanya mereka sahaja yang tahu keadaan sebenar sesuatu lokasi. Oleh itu, kebenaran perlu dilakukan demi keselamatan serta pengetahuan pemilik premis.


Sebelum pulang sekali lagi kami bergambar kenangan. Aku menghulurkan sedikit saguhati bagi menghargai bantuan dan pertolongan yang telah diberikan. Tanpa bantuan mereka pastilah usaha ini tidak berjaya. Sudahlah lampu suluhpun tertinggal di dalam kereta yang diletakkan di Shell Kota Warisan. Tanpa lampu suluh mustahil usaha ini dapat dilakukan dalam kepekatan malam.

73, Jojet de 9w2dya

Tuan Kebun Pisang Pulangkan Belon


 Pada hari ini sempat melancarkan misi mencari beberapa lokasi belon. Belon KLIA radiosonde D20073331 telah ditemui dihadapan pintu kebun pisang. Hanya belon sahaja yang diletakkan di atas tunggul kayu hadapan pintu pagar kebun. Peranti tidak kelihatan bersama belon tu.

Jarak 115m dari pintu pagar kebun pisang ke titik akhir di dusun durian. Sebelum itu, aku dan Arul 9W2OCX pergi ke belakang kebun ini di kawasan dusun durian. Beberapa ekor anjing yang berteduh dalam pondok telah menyambut kehadiran kami. Titik akhir di kawasan dusun ini. Bearing 165 darjah tepat menghala dalam kebun pisang. Altitud ketinggian terakhir adalah 189m.  Sememangnya kemungkinan jatuh dalam kebun pisang ini.


Sebenarnya hari isnin 24 Oktober 2022 telah sampai ke sini. Bercakap dengan tuan kebun. Kemungkinan susulan dari perbualan itu, tuan kebun telah meletakkan di hadapan pintu kebunnya. Jika dibenarkan masuk ke kebun pasti peranti dan belon telah dibawa pulang. Apapun penemuan ini mengesahkan radiosonde D20073331 telah jatuh di kawasan itu.
Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX









Credit 9W2OCX

Credit 9W2DCW

Radiosonde D20069568 jatuh di Bagan Lalang


 Belon KLIA pagi semalam radiosonde D20069568 telah jatuh di Bagan Lalang. Setelah tiba di lokasi jatuhan tiada isyarat dapat didengari. Kemungkinan belon telah terhempas jatuh dengan kuat.


Merujuk arah jatuhan ia akan melintas jalan utama hingga ke atas ban. Altittud ketinggian terakhir 1655m adalah sangat tinggi. Ketinggian maksimum pagi itu adalah 30,600m.


Berjaya pergi ke ban hingga jarak 1008m ke arah titik akhir. Tiba di sini isyarat tetap senyap. Sebelum itu meletak kereta di bahu jalan utama bagi mengesan isyarat. Tiada juga isyarat di jalan utama terus memandu ke ban.


Pemandangan ban dari jarak 1008m ke titik akhir. Sebelah kiri dan kanan ban adalah hutan. Tidak dapat dilihat kelibat belon tersangkut pada pokok-pokok.


Jarak paling jauh boleh sampai ke titik akhir adalah 1036m. Memandangkan keadaan keliling ban adalah hutan.


Pemandangan selekoh ban bagi jarak 1036m ke titik akhir. Jikalau isyarat masih aktif bolehlah koordinat terkini dapat dikesan. Tidak pada kali ini, misi agak sukar memandangkan altitud ketinggian terakhir adalah sangat tinggi. Bertambah pula, keadaan persekitaran yang sangat mencabar.


Belon KLIA malam tadi turut melewati Negeri Sembilan. Kawasan Bukit Pelandok yang berbalam-balam sangat mencabar. Isyarat terakhir mendapat altitud ketinggian 2448m bagi laman sesawang aprs-map.info . 

Laman sesawang SondeHub Tracker berjaya mendapat altitud ketinggian terakhir 2271m. Sangat jauh kepada stesen penyuap yang rata-rata berada di Lembah Klang.

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA altitud akhir 1481m berjaya dijumpai

Belon KLIA pagi tadi, radiosonde D20069459 berjaya ditemui bersama harmonic. Altitud ketinggian terakhir 1481.33m adalah agak sukar dicari. Namun, pagi ini berjaya menemuinya di Sungai Pelek. Jatuh jam 9:23 pagi dengan ketinggian maksimum adalah 28,798m.
 

Koordinat 2.66221 darjah Utara dan 101.71096 darjah Timur. Bearing 169 darjah serta kelajuan 35.19km/h. Bertolak dari base station Bangi melalui Jenderam terus ke Sungai Pelek. Semasa di Pekan Sungai Pelek isyarat telah mula menerjah masuk. Kedengaran sehingga jelas setelah menghampiri taman perumahan Lestari Indah.


Setelah isyarat semakin kuat keluar dari corong radio. Mengeluarkan senjata yang amat berkesan bagi mengenal pasti koordinat terkini. Namun, koordinat tidak dapat juga dikuncikan. Terpaksalah memandu masuk ke dalam laluan sawit hingga melepasi kebun buah naga.


Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba. Peranti rdzTTGOsonde telah berjaya mengunci koordinat terkini melalui isyarat  yang sedang aktif. Koordinat yang berjaya dikunci adalah 2.65415 darjah Utara dan 101.71543 darjah Timur. Kemudian terus memasukkan koordinat tersebut ke dalam GPS waypoint finder. Kemudian berjaya mendapat arah peranti jatuh. Lebih kurang 300m kehadapan mengikut laluan sawit  tersebut.

Tanpa berlengah terus memandu beberapa meter ke hadapan. Setelah jarum gps waypoint finder tepat 90 darjah kereta diberhentikan dibahu jalan. Jarak berbaki 178m sahaja lagi. Malangnya ada parit bersebelahan kereta diletakkan. Nasib baik ada laluan ke blok kelapa sawit ini.


Ladang kelapa sawitnya sangat kemas. Namun terpaksa berhati-hati kerana keadaan tanah yang lecah dan licin. Terus ke hadapan memburu belon melalui barisan pokok sawit. rdzTTGOsonde terus dipegang hingga peranti berjaya ditemui tergantung elok di bawah pokok manggis.


Patutlah isyarat dapat diterima dengan baik kerana tergantung di bawah pokok manggis. Deretan pokok manggis dilihat ditanam bersebelahan parit yang menjadi sempadan antara blok.


Apabila angin bertiup kencang, peranti kadangkala bergerak turun dan naik seperti lif. Damia harmonic buat pertama kali mengikut abahnya mencari belon sangat gembira. Sayangnya belon tersangkut pada pelepah sawit bersebelahan pokok manggis ini. Agaknya benang terlurut sedikit sahaja. Benang kelihatan terlalu pendek apabila ia ditarik. Ada juga mencari keliling pokok, namum tidak kelihatan belon jatuh di atas tanah.


Alhamdulillah rezeki Damia, isyarat masih lagi aktif. Koordinat baru dikunci menjadi panduan peranti mudah diperolehi. Aksespun mudah kerana berhampiran dengan laluan utama sawit. Kawasan peranti ditemui juga sangat bersih dan kemas. Ini faktor memudahkan misi pencarian.


Usaha menurunkan belon gagal. Ia tersangkut diatas pokok. Apabila ditarik-tarik benang akhirnya putus. Belon kekal tersangkut di atas pokok. Hanya peranti berjaya dibawa pulang.


Peranti tergantung elok di bawah pokok manggis yang agak muda. Kelihatan parit dibelakangnya boleh dilihat juga kesan air berwarna oren. Bersih dan kemas bawah pohon manggis ini. Memudahkan ia dilihat dari jauh juga.


Jarak peranti yang ditemui ke titik akhir adalah 1021m. Nasib baik isyarat masih lagi aktif. Pasti sukar melakukan pencarian jika bergantung semata-mata kepada koordinat terakhir belon. Ini memandangkan kawasan ladang kelapa sawit ini dikelilingi dengan pelbagai saiz parit.


Selepas perekodan data dilakukan berjalan pulang ke kereta dengan hati gembira. Berpatah keluar semula ke Pekan Sungai Pelek untuk singgah di masjid untuk solat Zohor. Usai solat terus memandu ke Batu Laut untuk makan tengah hari. Hentian rehat ini mempunyai pelbagai hidangan yang menarik dan sedap. Setiap kali misi pencarian dilakukan, pastinya gerai makanan di sini menjadi pilihan.


Sambil menghabiskan makan misi seterusnya dirangka. Radiosonde D20073331 telah jatuh pada 23 Oktober 2022 jam 8:51 malam. Merujuk kepada google map ada berbaki 3km untuk ke  tempat yang dituju.


Radiosonde D20073331 koordinat 2.69479 darjah Utara dan 101.49625 darjah timur. Jatuh di Jalan Durian berdekatan Kuan Wellness Ecopark.


Tiba di Jalan Durian merujuk kepada arah jarum gps waypoint finder. Jarum menunjukkan ke arah kawasan kebun sawit. Kemudian masuk ke dalam sedikit. Namun , tiada tanda belon di situ. Kemudian keluar semula selepas terlihat seekor lembu betina masuk ke dalam kebun itu. Terdapat beberapa ekor anjing pula menyalak. Tanpa berlengah lagi terus keluar ke kereta semula.

Percubaan kali kedua terpaksa mencari seorang diri pula. Harmonic dan xyl menunggu di dalam kereta sahaja. Kami berhubung melalui radio sahaja. Damia sangat seronok dapat menggunakan radio berkomunikasi dengan abahnya. Penerimaan isyarat dari kereta ke handheld sangat baik. Masuk ke dalam hingga dusun durian turut tidak menemui apa-apa.


Berhadapan kebun durian merupan kebun pisang. Pekerja kebun pisang menyedari kehadiranku. Lalu menerangkan tujuan kehadiranku. Namun, tidak mendapat kerjasama bagi mencari ke dalam kebun pisangnya.


Jarak 128m merupakan jarak kereta di bahu jalan ke titik akhir. Namun kali ini rezeki tidak menyebelahi kami. "Abah jumpa belon tak?" tanya Damia kepadaku semasa menggunakan radio.

Kemudian kami pulang melalui Banting. Seterusnya memandu melalui Kg Batu Untung terus ke Banting. Melalui jalan Kg Seri Cheeding ke Rimbayu. Keluar SKVE melalui Saujana Putra balik ke Bangi.

73, Jojet de 9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...