Radiosonde D20067119 jatuh di IAB Bandar Enstek

 

Malam semalam berjaya menemui radiosonde D20067119 di Institut Aminudin Baki, Bandar Enstek. Jatuh bertarikh 26 Oktober 202 dengan altitud ketinggian terakhir 1625m. Altitud ketinggian maksimum 27,664m. Koordinat titik akhir 2.73436 darjah Utara dan 101.78245 darjah Timur. Kelajuan 26km/h dengan bearing 101 darjah.

Misi bersama Arul 9W2OCX berjaya mengesan isyarat yang masih aktif berdekatan simpang lampu isyarat berdekatan Kg LBJ. Kemudian ke hadapan lagi barulah dapat isyarat dengan lebih kuat lagi. Ketika melepasi persimpangan N54 Persiaran Pendidikan ternyata isyarat dapat dikuncikan oleh peranti rdzTTGOsonde.

Credit 9W2OCX
Arul 9W2OCX memberhentikan vannya selepas simpang itu. Selepas memasukkan koordinat baru ke dalam gps waypoint finder. Jarak ke peranti hanyalah 125m sahaja. Keadaan gelap menyukarkan pencarian.

Hasil semakan di peta google, kawasan tersebut adalah Institut Aminudin Baki. Maka kami seperti biasa perlu ke pos pengawal bagi mendapatkan kebenaran memasuki kawasan.


Tiba di balai pengawal disambut oleh dua orang pengawal yang bertugas. Pengawal yang berpengalaman ini mendengar tujuan kedatangan kami pada malam itu. Arul 9W2OCX memaklumkan lokasi dan jarak peranti kepada mereka. Tanpa berlengah panjang kami terus dibawa lokasi belon jatuh. Berbekalkan dua lampu suluh, menjadi pedoman menuju lokasi jatuhan. Mengikut jalan utama tinggal berbaki beberapa meter sahaja. Mengikut laluan yang telah lama ditinggalkan agak bersemak. Namun, pencarian mesti dilakukan demi mendapatkan peranti yang tidak berapa jauh sahaja lagi.

Tiba dilokasi, peranti kelihatan di tebing bukit bersempadan dengan kawasan sawit. Kami semua gembira berjaya menemui barang yang dicari. Berdasarkan pengalaman yang ada oleh pengawal tersebut berjaya membawa kami ke peranti.


Semak dan duri diharungi demi sebuah belon. Kerjasama dan bantuan yang diberikan sangatlah dihargai. Arul 9W2OCX seperti kebiasaannya melaporkan hasil pertemuan dalam laman sesawang SondeHub. Turut diletak nama kedua Pengawal yang membantu kami mencari. Jarak peranti yang ditemui ke titik akhir dalah 1062m bagi altitud ketinggian 1625m.


Selepas menghantar laporan kami bergambar kenangan bagi meraikan kejayaan malam itu. Kamipun berpatah balik mengikut laluan sama hingga keluar semula ke jalan besar dan seterusnya ke balai pengawal.


Seronok dapat bekerjasama dengan pengawal yang berpengalaman. Hanya mereka sahaja yang tahu keadaan sebenar sesuatu lokasi. Oleh itu, kebenaran perlu dilakukan demi keselamatan serta pengetahuan pemilik premis.


Sebelum pulang sekali lagi kami bergambar kenangan. Aku menghulurkan sedikit saguhati bagi menghargai bantuan dan pertolongan yang telah diberikan. Tanpa bantuan mereka pastilah usaha ini tidak berjaya. Sudahlah lampu suluhpun tertinggal di dalam kereta yang diletakkan di Shell Kota Warisan. Tanpa lampu suluh mustahil usaha ini dapat dilakukan dalam kepekatan malam.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...